Bab 9

295 32 6
                                    


Mereka menyulam kasih dan persahabatan sejak remaja tetapi adakah ia akan menjadi seperti penamat bagi setiap novel Inggeris yang melankolik; mereka tidak dapat bersama?

Si jejaka membawa diri yang merana, sanggup basah kuyup dalam hujan, tetap setia menunggu; bermula dari harapan duka lalu membangkitkan amarah.

Si gadis yang ditunggu, yang dicintai sudah ada di hadapan mata. Malangnya, cinta yang diharap bertukar menjadi paksaan dan mengheret kedua-dua hati untuk dilukai.

"Kenapa awak tak pernah fikirkan tentang diri saya? Sia-sia saja usaha saya selama ini. Awak tak pernah hargainya."

Si gadis menggeleng laju. "Bukan itu maksud saya, Kyungsoo.." rintihnya yang berjuraian air mata. Kaki ingin melangkah mendekati namun mati dengan suara si lelaki.

"Mungkin ini penamat bagi kisah kita, Yoo Haera.."

Mereka berpisah pada malam yang dilencung hujan itu. Dengan kaku, si gadis melihat cintanya beransur-ansur ditelan kelam malam.

"Kyungsoo!"

Haera terbangun dengan mengejut daripada mimpi buruk yang menyelubungi. Naik turun dadanya, mengambil nafas. Guruh masih berdentum perlahan di langit subuh. Haera melihat ke luar tingkap. Hanya satu persoalan yang menebak minda. Apa maksud mimpi tadi?

Pagi tiba dan Haera sudah bersiap lebih awal daripada biasa dek tak dapat lelapkan mata. Masa yang ada digunakan untuk membuat sarapan. Sekali lagi hatinya teringat pada si pemilik pasangan cincin perkahwinan di jari.

"Pagi, Haera." sapa Luhan dan terus sandwich yang tersedia di dalam pinggan di hadapannya, selamat disua ke dalam mulut. Sebelah tangan Luhan bertongkat ke atas kaunter dapur sambil dia menjenguk raut Haera yang termenung jauh. Bahu si gadis dicuit perlahan. "Kenapa ni?"

"Ah?" Haera tersentak kecil lantas menggeleng. "Takde apa-apalah."

"Kalau kau dah siap, jomlah aku hantarkan."

.

Luhan memberhentikan kereta tak jauh daripada pintu masuk bangunan pencakar langit yang menjadi tempat si gadis bekerja. "Hujan rintik ni. Ada payung tak?"

"Takpelah. Aku okay je dengan hujan." Suara Haera hanya lemah seperti malas hendak melayan.

"Kau suka atau benci hujan, Haera?" Tiba-tiba Luhan lontarkan soalan yang si gadis tahu ada maksud yang tersirat.

Haera hanya senyum tawar sebelum turun daripada kenderaan terbabit. "Aku pergi dulu, Luhan."

"Ah balik nanti aku jemput kau!" laung Luhan dari tingkap kereta yang separuh terbuka. Susuk Haera yang menjauh, berpaling semula dengan senyuman tenang diiringi anggukan kecil. Luhan tahu Haera ada jawapan untuk soalannya tadi.

Pintu lif terbuka memunculkan Kyungsoo yang segak bersut. Si pemuda itu melangkah keluar tanpa kata. Sebelum dia memasuki pejabat, meja yang menempatkan setiausahanya dipandang sekilas.

Degil itu kadang kala perlu. Kerana degil, matanya masih belum dibutakan dengan nafsu yang cuba melangkaui batas larangan. Kerana dia degil menyintai seorang gadis bernama Yoo Haera.

"You know what I mean right, Kyungsoo? No one can resist that thing." Senget senyuman Bomi yang merapatkan lagi badannya dengan si lelaki. Bau wangian semerbak bertebaran, hampir mengaburi akal logik.

"Even kalau saya tak boleh lakukan perkara itu dengan Haera, saya takkan paksa dia." Lingkaran tangan Bomi di leher dijatuhkan dan Kyungsoo menjauhkan diri. 

Hujan [Do Kyungsoo]Where stories live. Discover now