BAB 2

217 19 0
                                    


"That's all" kata Fadlan lalu menyerahkan menu restoran kepada waitress.

Pelayan tadi terus beredar selepas mengambil pesanan.

Fadlan melihat jam tangan jenama Rolex pemberian Nazurah. Ingatannya pada Nazurah masih kukuh walaupun sudah 5 tahun Nazurah pergi dari hidupnya.

"I will never forget about you,dear" luah Fadlan sendiri. Dia mengeluh mengenangkan perkara lalu.

"Hey you buta ke apa hah?!!" terdengar jeritan sumbang seorang wanita di belakang membuatkan Fadlan menoleh.

"Mak aihhh seksi gila" bisik hati Fadlan. Cepat-cepat dia istighfar menepis segala godaan syaitan.

Elyara hanya menundukkan wajahnya. Kecut perut apabila ditengking begitu di depan orang ramai.

"Maaf cik. Saya betul-betul tak sengaja tumpahkan air kat baju cik. Nanti saya ganti balik,ye" Elyara memohon maaf. Wajahnya masih lagi ditundukkan.

"You kaya sangat ke nak ganti dress I yang harga beribu nih? Bodoh lah you nih" lancar sahaja mulut wanita itu mencarut pada Elyara.

Orang ramai mula berbisik antara satu sama lain. Suasana yang tadinya sunyi sudah menjadi riuh sedikit.

"Saya dah mintak maaf kan. Takpe,saya ada duit nak ganti dress cik yang tak cukup kain tu" jawab Elyara. Entah dari mana keberanian dia dapat untuk melawan wanita seksi ini.

Terus ditampar pipi mulus Elyara itu. "You are being so rude to me! How dare you,damn!!!" jerit wanita itu. Nafasnya turun naik menahan amarah. Mencerlung matanya memandang Elyara.

Elyara hanya mengusap pipi kanannya yang terasa pijar selepas ditampar wanita itu.

"What are you doing to this girl,young lady?" Fadlan mencelah. Sedari tadi dia hanya memerhati tingkah laku mereka berdua. Dia rasa terpanggil untuk menolong wanita yang bertudung ayu itu.

"Who are you? Between me and her is not your business,excuse me" ujar wanita itu. Tangannya disilangkan ke dada.

"You ni Zareen kan? Model terkenal tu?" tanya Fadlan. Ya,dia kenal wanita berpakaian seksi ini.

Zareen membulatkan matanya. "Gosh,mamat handsome nih kenal aku?" Zareen berkata perlahan.

Elyara hanya berdiri kaku di hadapan dua hamba Allah itu. "Alahai,diorang buat sesi berkenalan pulak. Aku dah macam tunggul berdiri dekat sini" monolog Elyara.

"Ehem..Maaf cik berdua,I have to go now. Oh ya Cik Zareen saya mintak maaf sekali lagi pasal tertumpahkan air dekat baju cik. Ni kad saya,nanti bila-bila cik boleh call untuk mintak ganti rugi. Saya pergi dulu" pamit Elyara sejurus memberi kadnya kepada Zareen. Dia terus berlalu keluar daripada restoran itu.

Fadlan dan Zareen hanya memandang antara satu sama lain.

Promise Dengan Saya? [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now