BAB 5

206 16 1
                                    

"So,kita putus? Hubungan kita dah berakhir lah? Awak kejam! Saya tunggu awak 10 tahun,awak janji awak nak kahwin dengan saya. Sial punya jantan!!! Sini kau biar aku bunuh kau!!!!!!" jerit wanita itu. Tangannya memukul bidang lelaki di hadapannya.

"Aku mintak maaf. Aku buat nih bersebab"

"Bagitau aku apa sebab bodoh kau tu!!!" wanita itu sudah seperti dirasuk hantu.

"A..ak..aku gay"

Wanita itu terus terjelopok ke tanah.

-tamat-

Mulut Elyara terlopong. Ya Allah,punyalah dia ikut cerita ni daripada episod satu,ending dia haprak macam ni je?

" Siapalah pengarah cerita nih. Aku punyalah fikir sebab apa diorang putus rupanya si lelaki tu gay. Menyirap pulak darah aku bila tengok cerita ending nye macam ni' kata Elyara. Cucur bawang yang masih berasap itu dicicah dengan sos cili sebelum disuakan ke mulut.

Wazrina ketawa kegelian. "Tulah,yang kau rajin sangat layan cerita low class macam tu kenapa? Tengok aku,layan cerita omputeh je tau" Wazrina yang sedang menanda kertas peperiksaan berkata dengan riak. Heh!

Elyara menjeling. "Sedar sikit kau tu duduk mana. Duduk Malaysia,support lah drama melayu. Best tak best belakang cerita" balas Elyara. Jelas yang dia tidak puas hati apabila Wazrina melabelkan drama dan filem Malaysia tidak berkualiti. Belum tengok,belum tahu kan?

Wazrina tersenyum sumbing diperli oleh Elyara. Bila kawannya sudah bukak mulut pertahankan kebenaran,dia memang takde peluang nak cakap lebih.

"Rileks lah beb. Yelah,aku promise lepas nih aku layan cerita melayu je eh. So,kau yang kena masak,kemas rumah,basuh kain semua sebab aku sibuk nak layan drama melayu. Tau,beb" sindir Wazrina. Ambik kau,kan dah kena sebijik.

Elyara mencapai bantal kecil disebelahnya lalu dibalingkan ke arah Wazrina. Bantal itu sempat dielak oleh Wazrina menyebabkan Wazrina ketawa mengejek.

"Aku dah cakap yang kau ni memang takde skill nak membaling. El,bak sini tiga ketul cucur bawang kau tu. Sedap pulak aku tengok" pinta Wazrina. Air liurnya yang hampir meleleh sempat ditahan. Elyara punya air tangan memang kalah Chef Wan!

Elyara menghulurkan mangkuk yang telah diletakkan beberapa ketul cucur bawang lalu dihulurkan kepada Wazrina.

Wazrina memang selalu puji masakannya. Tapi dia kata cucur bawang paling favorite dia. Apa kelas cucur je?

"El,kau punya cucur bawang ni sedap gila do! Aku rasa nak makan hari-hari sebab sedap sangat ah beb!" puji Wazrina. Mulutnya penuh dengan cucur bawang.

"Kau kalau masa makan jangan bercakap boleh tak. Menyembur lah" dengus Elyara. Tangannya dikesat ke muka kononnya terkena tempias air liur Wazrina.

Wazrina ketawa. Cepat-cepat dia mengunyah cucur itu lalu menelannya.

"Beb,apa kata kau buat perniagaan kecil-kecilan?"

"Kau nak suruh aku berniaga apa pulak?" Elyara menggaru kepala.

Wazrina lantas mengetuk kepala Elyara. Elyara mengaduh. Tangannya diusapkan ke kepala.

"Bengaplah kau ni. Dah tentulah berniaga cucur bawang kau ni. Jual dekat sekolah aku lah. Mesti laku gila beb" cadang Wazrina. Mukanya kelihatan bersungguh-sungguh.

"Takde kerjalah aku nak berniaga cucur bawang. Kalau kau nak,kau buat sendiri" kata Elyara. Dia terus berlalu daripada ruang tamu.

Wazrina hanya terlebil-kebil bersama seketul cucur bawang di tangannya.

"Kau tersengih sensorang tu kenapa?" soal Wazrina. Daripada tadi dia lihat Elyara termenung. Lepas tu sengih sensorang. Buang tabiat ke apa kawannya sorang ni?

"Takde apalah. Rina,minggu depan kau takde nak pergi mana-mana ke?" tanya Elyara.

Muka Elyara dipandang pelik. "Kau tak kerja ke minggu depan?"

"Aah,cuti. Bos aku nak renovate bakeri tu" balas Elyara. Alat kawalan jauh dicapainya lalu menutup siaran televisyen memandangkan tiada rancangan yang menarik pada malam itu.

Wazrina mengangguk tanda mengerti. "Murah rezeki bos kau,ye"

"Alhamdulillah. Respek betul aku tengok Cik Farhana berniaga. Walaupun umur dia baru mencecah 20 an,tapi bisnes maju macam dah bertahun kot" kata Elyara. Ya,dia kagum melihat anak muda itu dalam mencapai cita-citanya. Si Dania Elyara ni? Sudahlah tiada kelebihan,masa nak kahwin pulak si lelaki lari. Hmm.

"Tulah,aku pun kagum tengok kebolehan dia uruskan perniagaan. Mesti parents dia bangga en". Yelah,siapa je tak bangga ada anak yang dah berjaya semasa di awal usia kan?

Elyara mengangkat bahu. "Taktahulah. Dia pernah cerita kat aku yang dia tak tinggal dengan famili dia. Aku pun tak tanya pulak kenapa. Masalah keluarga lah kot agaknya" balas Elyara. Mugnya yang berisi milo panas dikacau perlahan lalu dirapatkan ke bibir sebelum meneguknya. Kenapa air milo yang kita buat rasa dia lain gila dengan air milo dalam kotak? Eh,tetiba.

Mulut Wazrina dibentukkan O. "Ha baru aku ingat. Minggu depan sekolah aku ada buat majlis amal. Ada Tan Sri yang sponsor. So,boleh lah kau join aku. Kau cuti hari sekolah kan? Sebab hari Sabtu dengan Ahad aku memang tak dapat nak berjalan since aku kena uruskan pasal rumah sewa aku kat Sabah tu. Owner rumah tu mengada sikit,so aku kena selesaikan cepat" ujar Wazrina.

Kertas peperiksaan yang telah siap ditanda disusun lalu dimasukkan ke dalam plastik. Alhamdulillah,kerjanya sebagai cikgu di sekolah itu tidak terlalu sukar seperti mana yang dia sangka. Tapi,tak tahulah pulak apa cabaran yang bakal dihadapinya apabila bepindah ke Sabah. Ah,hentam jelah!

Elyara terdiam seketika. Memikirkan cadangan Wazrina yang mengajaknya untuk pergi ke majlis amal di sekolahnya itu. Tapi,dia kan orang luar? Boleh ke suka-suka hati je masuk sekolah?

"Orang luar boleh join ke majlis ni weh?"

"Boleh. Pengetua aku cakap,Tan Sri tu memang suruh jemput orang luar sekali. Daripada apa yang aku dengar,Tan Sri yang sponsor tu memang dah banyak kali dia buat majlis amal dekat sekolah-sekolah di Malaysia ni. Yang terbaru,dia ada sponsor untuk sekolah dekat Jordan" jelas Wazrina kepada Elyara yang kelihatan bingung.

Elyara mengangguk. Hatinya memuji sikap baik Tan Sri yang sudi membantu masyarakat. Bukan semua orang berada sudi untuk melakukan aktiviti amal seperti itu.

"Okaylah,aku join. Boleh jugak aku tengok kawasan sekolah kau macam mana"

"Mestilah boleh" balas Wazrina. Tangannya dicapai lagi seketul cucur bawang. Disuakan ke mulut lalu terus lumat masuk ke dalam esofogusnya.

"Beb,dekat sekolah kau takde ke cikgu lelaki yang hensem?" keluar dah miang si Elyara ni.

Wazrina mencubit paha Elayara. Tak malu punya kawan,ada pulak tanya pasal cikgu hensem?

"Gatal jugak kau ni kan El. Ingatkan dah tak berminat lepas habis cerita kau dengan Taufiq tu" ketelanjuran kata Wazrina membuatkan riak wajak Elyara berubah.

Elyara tersenyum pahit.

Menyedari kesilapannya itu,terus Wazrina memohon maaf. "El,sorry weh. Aku tak sengaja nak sebut nama mamat keparat tu. I didnt mean it" ucap Wazrina. Mukanya menunjukkan rasa bersalah.

Elyara ketawa kecil. Yang pastinya,ketawa itu hanya dibuat-buat.

"Takpelah. Aku tak kecik hati pun. Dahlah,cepat habiskan cucur ni. Aku nak basuh pinggan kat sinki tu. Nak harapkan kau basuh memang sampai berulatlah sinki tu jadinya" usik Elyara.

Pandai betul kau sembunyikan perasaan kau kan El. Aku tahu kau masih ingatkan si Taufiq tu.

Wazrina tersengih. Baki cucur di dalam mangkuk itu lantas dihabiskannya lalu diserahkan mangkuk itu kepada Elyara yang ingin berlalu ke dapur.

Promise Dengan Saya? [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now