BAB 8

181 15 7
                                    

"Dania tidur lagi. Alhamdulillah dia dah pulih. Encik jangan risau la" kata Wazrina di corong telefon. Kepalanya dianggukkan.

"Baiklah,nanti saya bagitahu Dania. Assalamualaikum" Wazrina mengucap salam sebelum mematikan talian.

Dania masih dibuai mimpi. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar,tiba-tiba Elyara memanggilnya.

"Rina,Encik Fadlan ke yang call kau tadi?" soal Elyara dalam suara yang lemah. Digagahkan diri untuk bangun namun dihalang oleh Wazrina.

"Kau rehat je hari ni. Tulah aku dah pesan kat kau pagi tadi suruh sarapan tapi kau ni degil" bebel Wazrina.

Elyara tersengih. Memang salahnya kerana tidak mengambil sarapan pada pagi tadi. Mungkin kerana terlalu teruja untuk ke sekolah Wazrina sampai lupa nak sarapan.

"Ha tadi Encik Fadlan tanya aku yang kau dah okey ke belum. Nasib baiklah dia terus call aku tau"

Berubah riak muka Elyara. Baru dia ingat dia muntah dalam kereta lelaki itu. Ya Allah!

"Rina,macam mana ni weh?" Elyara bersuara cemas.

"Yang kau menggigil ni dah kenapa?" tanya Wazrina apabila melihat keadaan Elyara begitu. Eh,takkan datang balik gastrik si Elyara ni?

"A..aak...aku dah termuntah dalam kereta dia. Lepastu aku terus pengsan" ujar Elyara.

Terbuntang mata Wazrina mendengar penjelasan Elyara. Tempah maut betul lah minah ni pergi muntah dekat kereta orang.

"Sengal betul kau ni El. Banyak-banyak tempat kau nak muntah kenapa kereta dia jugak jadi mangsa" Wazrina menggaru kepala. Pening dengan perangai pelik kawannya sorang.

Elyara hanya mendiamkan diri. "Ala tapi aku tak sengaja. Aku dah tak tahan masa tu. Tiba-tiba je terus termuntah tau."

Wazrina termenung seketika. Mindanya ligat memikir sesuatu. "El,aku nak kau jumpa dengan Encik Fadlan. Kau mintak maaf dekat dia" kata Wazrina.

Elyara terus bangun dari pembaringan. "What? Aku kena jumpa dia? Jangan harap" Elyara bersuara lantang. Memanglah dia rasa bersalah tapi untuk bersemuka dengan lelaki itu sumpah dia tak sanggup. Malu!

"Jangan nak mengada. Kau dah muntah dekat kereta dia lepastu tak mintak maaf? Ha cantik sangat perangai tu kan".

Ni payah ni bila Wazrina dah mula membebel. Segala ilmu di dada dia keluarkan sampai rasa nak berdarah telinga dengar.

"Yelah aku jumpa dia. Tapi kau kena ikut"

Wazrina menaikkan ibu jarinya.

****

Fikirannya menerawang seketika. Tugasnya untuk berucap pada majlis amal itu terbatal begitu sahaja. Ingatkan dah mintak tolong orang selesailah masalah,rupanya merumitkan lagi!

Fadlan tersenyum apabila terkenang akan kejadian pagi tadi. Jujurlah,seumur hidup dia tak pernah langsung kereta Audi kesayangannya dicemari kotoran apatah lagi muntah. Tapi si Dania nih memang berani betul.

"Whats up bro! Ni apahal tersengih sensorang?" sapa Adib dari belakang.

Oh ya,Adib merupakan kawan Fadlan yang paling rapat. Persahabatan mereka sudah terjalin sejak di bangku sekolah sehingga sekarang.

Fadlan bersalaman dengan Adib. "Alhamdulillah,sihat bro. Mana ada aku sengih,memandai kau je" balas Fadlan.

Adib membuat muka menyampah. "Hello brader aku kenal kau bukannya sehari dua,dah 12 tahun aku hafal segala pe'el kau nih. Ha,dah jumpa bunga baru ke?" Adib mengangkat kening kirinya.

Pelayan wanita yang memakai tudung berwarna hitam itu datang sambil menatang minuman yang dipesan mereka.

Adib mengucapkan terima kasih sejurus wanita itu meletakkan minuman di atas meja.

Hot caramel yang masih berasap itu ditiupnya sedikit sebelum disuakan ke mulut.

"Bro,kau percaya tak kalau aku cakap ada perempuan berani muntah dalam kereta aku?" soal Fadlan menghadap Adib yang asyik dengan hot caramelnya.

Tersedak Adib dibuatnya. "Woi Fad,kau biar betul doh?" Adib menunjukkan riak tidak percaya. Air yang diminumnya tertumpah sedikit akibat tersedak.

Fadlan tergelak kecil. Ya,dia sudah jangkakan reaksi yang bakal ditunjukkan Adib apabila dia memberitahu hal tersebut.

"Jap,kau kan pantang kalau orang sentuh-sentuh kereta kau tu. Kereta kena muntah pun kau boleh sengih lagi ke bro? Wait,you like her?" Adib membuat spekulasi sesedap rasa ayam goreng berempah pulak.

"Apa jadah pulak aku suka dia. Jumpa pum baru sekali nak suka macam mana" jawab Fadlan. Jam tangannya dibetulkan.

Adib memerhatikan perbuatan Fadlan. "Kau dah kenapa pandang aku macam tu,Adib. Jangan cakap kau ada selera dengan aku" Fadlan menampar bahu Adib sambil wajahnya dimimikkan muka takut.

"Selekeh kau Fad. Em Fad,kau masih tak boleh lupakan dia ke? I mean ya dia dah tinggalkan kau 5 tahun kot,takkan still tak boleh move on?"

Keluhan kecil kedengaran di bibir Fadlan. Tengkuknya diusap perlahan untuk meredakan hatinya yang resah apabila ditanya begitu.

"Entahlah,Dib. Susah aku nak terangkan apa yang hati aku rasa sekarang. Memang dah 5 tahun dia tinggalkan aku tapi aku masih dapat rasa yang dia selalu ada dengan aku. Aku rindu dia,Dib" luah Fadlan. Matanya yang berair dikesat.

Adib menggelengkan kepalanya melihat keadaan Fadlan. Hati seorang lelaki yang masih tertunggu-tunggu kepulangan wanita tercinta walaupun itu adalah perkara yang sangat mustahil. Cinta pertama,memang sukar untuk dilupai.

"Sabarlah Fad. Ini semua takdir yang Allah dah tetapkan untuk kau. Kau perlu redha,inshaaAllah hidup kau akan lebih tenang. Aku tahu,untuk lupakan wanita yang pernah hadirkan rasa cinta ni memang susah bro. Susah gila. Tapi kau kena tahu,Allah maha pengasih,maha penyayang. Mintak petunjuk pada dia" nasihat Adib. Sebagai sahabat,mana mungkin dia sanggup melihat Fadlan dalam keadaan sedih. Kalau boleh,dia akan tolong sekuat semampu untuk memulihkan emosi kawannya itu.

Fadlan tersenyum nipis. Dia rasa bersyukur kerana Allah kurniakan Adib sebagai kawan baiknya. "Thanks, Dib. Aku cuba untuk lupakan dia walaupun memang payah. Tapi mungkin akan ambil masa yang lama kot sebab aku tak pernah sayang kat perempuan macam mana aku sayang pada Nazurah" Fadlan membalas. Bibirnya tersungging senyuman manis. Senyuman yang mampu menggoyah iman wanita. Hmm

Adib bangun dari duduknya. "Okaylah bro. Aku kena gerak dulu takut jalan jammed pulak. Aku tahu kau kuat. Allah ada,kau mintak je dengan Dia,Allah dengar setiap apa yang hamba-Nya luah" ucap Adib yang ingin bergegas keluar.

Mereka bersalaman. "Thank you bro. Hati-hati drive" pesan Fadlan.

"Kau sayang dia,sedekahkan al-fatihah untuk Nazurah. Dia pun mesti rindu kau" bisik Adib perlahan sambil menepuk bahu Fadlan.

Fadlan tersenyum sambil memerhati
bayangan Adib yang kian menghilang.

Assalamualaikum guys! Thankyou for 800+ viewers. Seperti yang dijanjikan saya akan update PDS? kan. Tapi sorry sebab lambat:( Ni pun baru berkesempatan nak tulis tapi idea cem tesumbat tanak keluar. Sorry for any mistakes,enjoy!❤

Promise Dengan Saya? [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now