BAB 4

192 18 3
                                    

Wajah kedua orang tuanya dipandang silih berganti. Sejurus pulang dari restoran,terus Tan Sri Zaidi menyuruhnya pulang ke rumah. Kalau diikutkan hati,dia hendak terus balik ke kondonya kerana keletihan. Kerja ofis melambak kot!

"Ibu...papa..." panggil Fadlan. Tangannya dilambaikan di hadapan mereka. Eh,termenung apa?

"Ibu dengan papa tak termenung lah. Ada je depan kamu ni" sahut Puan Sri Syeda. Matanya memandang ke arah tubuh anak terunanya sorang tu.

"So,ada apa ibu dengan papa panggil Fad balik rumah ni? Mesti ada hal penting kan?" soal Fadlan yang masih merenung kedua ibu bapanya. Jarang mereka menyuruh dia pulang ke rumah. Kalau ada tu,mesti hal yang sangat mustahak.

"Yes,we have something important to discuss" jawab Tan Sri Zaidi yang hanya berdiam diri dari tadi. Lalu dia menghirup kopi panas yang terhidang di meja.

Fadlan terus duduk tegak. Otaknya ligat memikirkan perkara apa yang hendak dibincangkan oleh ibu dengan papa.

"Discuss about what?"

Tan Sri Zaidi dan Puan Sri Syeda berpandangan antara satu sama lain. Mungkin menanti siapa yang ingin bicara dahulu.

"Okay,let's straight to the poin. Minggu depan,papa ada buat majlis amal dekat SMK Sultan Amen. Your old school,remember?" Tan Sri Zaidi memulakan bicara.

Fadlan mengangguk. Mestilah dia ingat sekolah semasa zaman menengahnya dulu. Well,lagipun dia kan jejaka terhangat di sekolah tu. Cewah!

"So,papa nak Fad pergi sana minggu depan sebagai wakil daripada Charles Holdings. Sebab majlis amal tu papa yang sponsor" jelas Tan Sri Zaidi. Dia mahu Fadlan turun padang pula.

Fadlan menggaru kepala. "Pa,mana Fad biasa jenguk sekolah-sekolah ni. Why not papa je yang pergi lagipun papa kan yang sponsor,bukan Fad" ujar Fadlan. Jelas menunjukkan yang dia kurang setuju untuk menggantikan tempat papanya.

Tan Sri Zaidi menggeleng kepala. "I will not attend the event since I need to go to Japan for business. Fad kena biasakan diri dengan apa yang pernah papa buat sebelum ni. Lagipun,Fad kan bakal CEO Charles Holdings. Takkan sampai ke tua papa yang handle syarikat tu,kan yang" balas Tan Sri Zaidi seraya menjeling kepada isterinya.

Puan Sri Syeda mengangguk lalu tersenyum manis. "Your dad is right,Fadlan. Ibu pun setuju kalau Fad belajar biasakan diri dengan kerja amal ni. Alah,pergi sekolah tu bukannya lama pun. Fad tak perlu ucap panjang-panjang pun nanti. Alang-alang tu mana tahu kalau papa dengan ibu boleh dapat menantu kerja cikgu,ye tak bang?" kata Puan Sri Syeda. Matanya dilirikkan ke arah sang suami.

Aik,ibu dengan papa ni tak sabar nak bermenantu ke apa?

"Apa lah yang ibu merepek nih? Okay,Fad akan pergi majlis tu nanti. As your wish" Fadlan akur dengan arahan papanya. Yelah,dia kan anak sulung. Nak tak nak kenalah korbankan masa untuk berbakti kepada keluarga. Tak getew?

"Eh merepek apa pulak. Ibu dengan papa nih bila-bila je Allah boleh tarik nyawa tau. Jadi,sebelum kami pergi ibu teringin nak tengok Fad kahwin. Ada anak comel-comel. Aih,tak sabar pulak ibu nak menimang cucu" Puan Sri Syeda menunjukkan riak keterujaannya. Ya,dia pun bukannya muda lagi nak menunggu si Fadlan nih kahwin.

Ah sudah,nih yang lemah bila ibu dah start cerita pasal benda sedih-sedih ni. Fadlan tersengih memandang mereka.

"Betul apa yang ibu cakap tu,Fad. Papa harap sangat sempat tengok Fad naik pelamin" kata Tan Sri Zaidi pula.

"Ibu,papa. Dah habis bincang kan pasal event dekat sekolah tu? Fad mintak diri dulu. Kondo tu tak berkemas lagi. Esok kerja pulak"

"Fad,belajarlah untuk bukak pintu hati Fad tu. Terima takdir yang Allah dah tentukan. Allah lebih sayangkan Nazurah. Fad kena beri peluang dekat diri Fad untuk jatuh cinta semula. Ibu tahu mesti ada seseorang yang boleh gantikan tempat Nazurah untuk bahagiakan Fad. Mesti Nazurah sedih kalau dia tengok Fad still macam ni" pujuk Puan Sri Syeda. Dia sudah penat melihat anaknya bersedih. Bukannya tak ada perempuan yang nak dekat si Fadlan,cuma dia tahu anaknya masih belum boleh menerima kenyataan yang Nazurah bukan untuk dirinya.

"No ibu. Takkan ada siapa yang layak gantikan tempat Nazurah. No and never. Hanya Nazurah je yang mampu bahagiakan Fad. Please,ibu papa" balas Fadlan lalu terus pergi meninggalkan villa mewah itu.

Bunyi deruman enjin kereta kedengaran di luar.

"Kenapa semua tak faham? Aku takkan boleh jatuh cinta dekat mana-mana perempuan kecuali Nazurah. Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Aku hanya akan bahagia dengan Nazurah. Apa payah sangat nak faham? Nazurah,i miss you my dear" rintih Fadlan yang sedang memandu. Matanya terasa panas. Mutiara jernih yang mengalir cepat-cepat dikesatnya.

Matanya kembali fokus terhadap pemanduan pada malam itu. Jiwa Fadlan merintih kepedihan. Mungkin orang melihat dari sudut sisinya sebagai seorang lelaki yang dingin dan tidak berperasaan. Ah,pedulikan apa yang orang nak kata! Hidup aku,biar aku yang tentukan. Aku yang rasa perit. Yang terlukanya aku. Takpe,biarlah orang nak kata dia kejam sekalipun kerana berharap pada yang tidak akan kembali. Namun,sekeping hati rapuh milik Fadlan akan tetap terus menunggu cinta wanita bernama Anis Nazurah. Itu janjinya.

Assalamualaikum and hi to all my readers! Actually this is not my first story on Wattpad. Sebab story yang sebelum nih saya dah delete sebab takde idea. Hehehe. Apa-apa pun stay tuned ye dengan PDS nih. Saya tak janjikan yang cerita nih best,tapi saya akan buat yang terbaik supaya cerita ni jadi best,inshaaAllah. Jangan lupa vote dan comment ye! Malam ni last terawih hm sobsob. Apa-apa pun yang mana nak balik kampung tu,hv a safe journey ye. InshaaAllah,masa raya nanti pun saya akan update so jangan lupa baca!❤

Promise Dengan Saya? [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now