BAB 6

155 15 1
                                    

iPhone 6 miliknya diletakkan kembali ke dalam poket seluar. Mujurlah ibunya kejutkan dia pada pagi itu. Macam manalah dia boleh terlewat bangun padahal dah kunci jam.

"Shit! Jalan jammed pulak" keluh Fadlan. Tangannya dihentakkan ke stereng kereta. Matanya melilau ke arah luar tingkap.

Bunyi hon kereta menambahkan lagi keserabutan di kepalanya. Radionya dimatikan apabila ke semua lagu yang dimainkan tidak enak didengar pada pagi itu.

Yelah,dah tengah jammed lepastu takde mood tambah pulak DJ radio yang merepek entah apa-apa. Lebih baik matikan je radio daripada sakitkan hati.

"Good luck,Fad. This is your first time attending an event at school." ucap Tan Sri Zaidi sebelum dia keluar dari rumah. Bahunya ditepuk perlahan oleh Tan Sri Zaidi.

Fadlan mengangguk. Nak tak nak dia terpaksa jugak pergi majlis amal tu kan?

"InshaaAllah,papa. Lepasni Fad akan belajar untuk lebih bertanggungjawab dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Charles Holdings. No need to worry,pa" Fadlan meyakinkan papanya.

Tan Sri Zaidi tersenyum. Dia percaya dan yakin Fadlan dapat menggalas tanggungjawab sebagai CEO Charles Holdings dengan baik. Dia tahu anaknya berkemampuan.

Lamunannya terhenti apabila terdengar bunyi hon kereta berkali-kali di belakang. Lah dah lampu hijau rupanya.

Terus Fadlan menekan pedal minyak dan menyusur laju.

****

Wazrina memarkirkan kereta Suzuki Swift miliknya di hadapan kantin sekolah. Maklumlah,hari ni kan sekolahnya ada membuat majlis amal. Sudah tentu ramai orang kan?

"Besar jugak sekolah kau ni kan,Rina" kata Elyara dengan kagum. Matanya meliar di sekeliling kawasan sekolah.

Wazrina yang sudah berjalan ke hadapan hanya tersenyum mendengar kata Elyara.

"Normal lah tu sekolah menengah besar" balas Wazrina. Tangannya memegang plastik yang berisi kertas peperiksaan.

"El,kau tunggu dekat pondok tu kejap boleh tak? Aku ada nak hantar barang dekat pejabat lepastu nak pergi bilik guru jap. Kau tunggu tau" pesan Wazrina yang sudah menaiki tangga. Beg tangannya yang terlondeh dibetulkan rapi .

Elyara mengangguk. Kakinya dihayunkan menuju ke pondok yang berdekatan.

Alunan nasyid kedengaran sayup di kantin. Jarak antara kantin dan dewan bolehlah jauhnya jadi tak berapa nak dengar sound system tu.

"Parking kat padang pun dah penuh. Tulah kau Fad,lambat lagi dah tak dapat parking" rungut Fadlan sendirian. Matanya ligat mencari tempat parking.

"Haaa bolehlah dekat depan pondok tu. Dekat dengan kantin,bolehlah aku nak beli roti untuk alas perut" kata Fadlan seraya tangannya memusingkan stereng menuju ke pondok tersebut.

"Mak aihhh,mewahnya kereta cikgu ni bawak. Kaya betul cikgu-cikgu sekolah Rina ni" Elyara terpaku melihat ke arah kereta Audi yang baru tiba di hadapan pondok yang sedang dia duduk.

Fadlan terus keluar daripada perut kereta. Pintu kereta ditutup cermat.

"Siapa perempuan tu?" tanyanya di dalam hati. Namun,mengenangkan perutnya yang sudah berbunyi lagu hindustan terus saja dia berlalu ke kantin untuk mengalas perut.

Fadlan mengambil sebungkus roti berperisa coklat dan sekotak susu Good Day sebelum membayarnya.

Not RM10 dihulurkan kepada lelaki yang berumur lingkungan 40an. Lelaki itu tersenyum menerima huluran tersebut. Not tersebut diletakkan di dalam bekas putih yang berisi duit.

"Bakinya simpan ye pakcik" ucap Fadlan. Tangannya memegang bungkusan plastik berisi makanan yang dibelinya tadi.

Pakcik itu mengangguk. Senyuman manis dihadiahkan kepada Fadlan yang berlalu dari kantin.

"Alamak fail tertinggal pulak dalan kereta" kata Fadlan sambil menepuk dahi. Kepalanya digelengkan menyedari tentang kecuaiannya itu.

Fadlan bergegas ke keretanya untuk mengambil fail tersebut.

"Eh mamat ni kenapa jalan laju sangat nih" desis hati Elyara apabila melihat jejaka tadi kembali semula ke keretanya tadi. Kipas tangan yang dipegangnya dikibaskan di hadapan muka. Cuaca panas di Malaysia pada kebelakangan ini menyebabkan orang ramai tidak lekang membawa kipas ke mana sahaja mereka pergi.

Pintu kereta dibuka lalu mencari fail yang harus dibawanya pada pagi itu. Fail itu mempunyai isi kandungan tentang majlis amal di sekolah untuk dia berucap pada pagi itu. Dan ya,fail itu penting!

Fadlan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. "Ya Allah,mana pulak fail yang papa bagi tu" keluh Fadlan sendirian.

Peluh jantan yang mengalir di dahinya tidak dipedulikan lagi. Apa yang penting sekarang adalah fail tersebut!

Panahan mentari yang menyengat itu menyebabkan kulit putih Fadlan menjadi kemerah-kemerahan. Langsung tidak mencacatkan figura yang hampir sempurna itu.

"MashaaAllah,indahnya ciptaan Allah" Elyara leka merenung ke arah lelaki yang sedang mencari sesuatu di dalam kereta di hadapannya. Fikirannya khayal seketika menyaksikan hamba Allah yang padanya cukup sempurna.

Telefon bimbit milik Fadlan berbunyi tanda ada panggilan masuk. Terus diangkat panggilan tersebut.

"Yes?" tanya Fadlan di telefon.

Tiba-tiba mukanya berkerut mendengar berita yang disampaikan tadi.

Matanya melilau jikalau ada seseorang yang boleh membantunya ketika itu.

Pandangannya terhenti ke arah wanita bertudung bawal berwarna merah jambu yang sedang duduk di pondok berdekatan keretanya.

Langkah kakinya dihayunkan ke pondok itu.

"Ikut saya kejap" Fadlan menarik lengan Elyara sejurus berkata.

Elyara tercengang. Eh apa kena mamat handsome ni tiba-tiba tarik aku?

"Cik nak buat apa dengan saya hah? Kita dekat sekolah tau. Pakcik kepada pakcik punya ayah saya kerja polis. Cik jangan macam-macam dengan saya eh" ugut Elyara dengan suara yang keras. Habis melalut entah ke mana.

Kening Fadlan bertaut mendengar kata-kata wanita itu. "Awak senyap boleh tak? Bukan saya nak culik awak pun" balas Fadlan. Wajahnya dipalingkan.

"Masuk" arah Fadlan apabila mereka tiba di hadapan kereta Audi miliknya.

"NO"

Assalamualaikum and hi readers! Okay as my promise saya akan publish this week en hehehe. Sorry kalau ada yang tertunggu update PDS? nih ye. Alhamdulillah readers saya makin hari makin meningkat!! Huwaaaa terharunya!!! HAHAHA. Sorry kalau ada kurang apa-apa dalam cerita saya ni. Btw,jangan lupa vote aaa. Thankyou uolls❤

Promise Dengan Saya? [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now