BAB 14

54 4 0
                                    

Lapangan terbang KLIA 2 kelihatan agak sesak meskipun jam menunjukkan angka 6:30 pagi. Mungkin kerana guru-guru dari Semenanjung akan dipindahkan ke Sabah atau Sarawak pada hari yang sama yang menyebabkan suasana menjadi riuh.

Elyara duduk di bangku berdekatan dengan tandas sambil membaca novel sementara menunggu Wazrina yang berada di dalam tandas. Riak wajahnya saja tidak menunjukkan rasa sedih walhal hanya Allah saja yang tahu betapa dia akan rindu pada sahabatnya itu.

"Woi,kau termenung apa tu" sergah Wazrina apabila melihat kawannya yang khayal dengan dunianya sendiri.

Muka Wazrina dipandangnya kosong. "Rina,..." air mata Elyara mula bergenang memberi isyarat bahawa dia akan menangis. Konon mental kuat tapi hati ke laut!

Wazrina tergelak kecil melihat mimik muka Elyara seperti budak kecil yang hendak menangis. "Weh rileks ah. Aku bukan pergi mati,pergi Sabah je" seloroh Wazrina. Namun jauh di sudut hatinya,dia berasa kasihan pada Elyara. Yelah,selama ni diri dialah yang jadi kawan Elyara. Mestilah Elyara rasa sunyi en lepas ni? Hmm.

Elyara nencubit lengan Wazrina yang ditutupi dengan cardigan.

"Mulut kau tu boleh tak jangan celupar sangat" Elyara berkata dengan nada geram. Kadang dia agak terasa dengan gurauan Wazrina walaupun dia tahu niat kawan baiknya hanya ingin berseloroh.

"Iyelah iyelah. Ish kau ni aku gurau pun nak marah"

Elyara menjeling. Zip tas tangannya dibuka lalu mengambil pek tisu basah yang memang dibawa ke mana-mana. Tangannya yang berdebu dilap lembut menggunakan tisu basah itu. Elyara memang seorang yang pembersih. Tapi dia bukanlah seorang yang pembersih tahap kena mop lantai rumah tiga kali sehari. Itu melampau!

"Nanti dah sampai Sabah jangan lupa call aku. Jaga diri baik-baik. Mana tahu lepas ni kau dapat jodoh orang Sabah,ye tak?" Elyara mengusik temannya.

"Haih macam manalah bila kau dah takde ni Rina. Aku mana biasa hidup sensorang tanpa kau"

"Bereh boh. Kau pun jaga diri. Dah kahwin dengan Tuan Fadlan jangan lupa sponsor tiket aku balik KL. Hahahaha" Wazrina membalas usikan Elyara. Amboi main balas-balas pulak?

Elyara melambai Wazrina yang sedang menarik bagasi berwarna ungu lembut.

Senyumin terukir di wajah dua orang sahabat itu.


****


"Soleha?" nama itu terpacul di bibir Elyara tatkala melihat tuan empunya badan yang melanggarnya tadi.

Soleha beriak terkejut. "Sorry,tapi nama saya bukan Soleha" Soleha menafikan identiti dirinya walaupun terang lagi bersuluh Elyara sudah dapat mengecam dirinya.

Elyara termenung sendirian di ruangan kafe. Selepas menghantar Wazrina,kereta yang dipandunya terus menghala ke kafe ini. Untuk mencari ketenangan mungkin?

"So perempuan tu bukan Soleha? Mustahil. Aku kenal dia bukan baru sehari. Ya Allah petanda apa yang Kau cuba tunjukkan pada aku?"

Tanpa sedar,air mata Elyara mengalir sedikit demi sedikit. Kedudukannya yang agak tersorok menyebabkannya tidak kisah untuk menangis.

Kenapa peristiwa pahit tu perlu bertandang kembali ke fikirannya? Bukanlah niatnya untuk berdendam tetapi hati perempuan mana yang tidak terluka apabila kawan sendiri sanggup menganiaya kawan dengan merosakkan hari bahagianya?  Sudahlah tu,alasan yang diberi sangatlah tidak masuk dek akal.

"El,Fiq bukan sengaja buat macam ni dekat El. Tapi Fiq rasa El terlalu baik untuk Fiq. I'm sorry,mungkin antara kita memang dah takde jodoh?" tenang sahaja Taufiq memberitahu kepadaku. Pedih di hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.

"So tell me,who's that lucky girl?" soalku sinis. Aku hanya ingin menyembunyikan rasa sakit hati ni. No aku takkan nampak lemah depan lelaki jahanam ni!

"She is your......

"Your friend,Soleha" tiba-tiba aku terdengar suara yang sangat aku kenali.

"Wait,what??!!!" sumpah aku terkejut!

"El,betul apa yang Taufiq cakap tu. Antara kau dengan dia memang dah takde jodoh. Aku harap hubungan kita sebagai kawan masih sama macam dulu ye?"

"Yes sure. I hope both of you happy lepas Soleha gantikan tempat pengantin perempuan. Oh ya,congrats!" aku terus berlalu mengheret kedua kakiku ini dengan langkah yang berat. Hebat sungguh dugaanMu.

"Dania? Awak okay?"

Elyara mendongakkan mukanya untuk melihat gerangan tuan empunya suara tadi. Matanya dikecilkan untuk memastikan figura di hadapannya itu.

"Dania?"

"What? Tuan Fadlan dekat sini. Ah mampus aku nak cakap apa ni?"

"Eh awak,buat apa dekat sini?"

"Tengah sidai kain ni cik Dania" balas Tuan Fadlan sambil menunjukkan bekas minuman yang berisi ais americano. Chet,sidai kain konon.

"Eeee orang tanya betul-betul lah" Elyara berkata dengan nada geram.

Kerusi yang diperbuat daripada kayu tiruan itu ditariknya lalu duduk menghadap Elyara.

Kebetulan pula selepas dia selesai hendak berlalu,terlihatnya Elyara sedang duduk dengan kedua-dua belah tapak tangan di muka. So why not kan kalau dia tegur? Mana tahu boleh bantu?

"Saya nampak awak nangis tadi. Kenapa? Baru lepas kena reject ke?"

"Saya kena reject atau tidak bukan masalah awak pun" jawab Elyara. Sisa air matanya dilap menggunakan tisu jenama Kleenex.

"It must be my problem la. Bagitahu saya siapa lelaki yang berani reject perempuan comel macam awak ni?" Muka Fadlan sengaja diseriuskan.

Elyara tergelak kecil melihat muka lelaki itu berkerut. "Hish,apa muka berkerut ni dah macam anak tapir hilang mak je" gurau Elyara. Entahlah,makin lama dia rasa makin senang dengan Tuan Fadlan walaupun baru berapa kali je dia jumpa tapi hm entahlah.

Fadlan tersenyum lega selepas mendengar tawa dari bibir Elyara. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Elyara tidak kekok lagi dengannya. Ok ini sudah bagus!

Promise Dengan Saya? [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now