Cerita 8 : Histeria<part 2>

1.1K 66 8
                                    

    Peluh menitik-nitik dari dahi ke pipi .*wah penatnya*
Sekarang baru tahu experience macam mana nak handle orang yang kena sampuk kut.First time buat semua ni.Beberapa budak tolong susunkan bantal kat bawah sebab nak letak budak tu ,yang sebenarnya bukan bilik bajik da jadi bilik iron.Tu baru betul .

      Setelah siap kami pun sukarelawan Malaysia tolong letakkan dia kat atas bantal2 tu memang susah sebab dia meronta -ronta  .Tapi kami tak boleh kompromi nak lepaskan dia sebab dia sangat agresif.Hritu dia ada juga kena sampuk tapi  kawan2 dia lepaskan dia ,jadi dia merangkak yang macam dalam cerita hantu tu.Ha macam tulah.

      Memang seramlah kan?

     Kami still dengan bacaan ayat kursi ,tak putus2 .Kami dah ikhtiar dengan panggil ustaz tapi jawapan ustaz sangat mengecewakan ,dia just kata budak tu tak nak lawan benda tu masuk dalam badan dia sebab tulah dia asyik kena sampuk. Ustaz2~

     Lepastu ,kami guba cara garam pulak.Letak garam dekat kaki dia ,tu tugas aku memandangkan orang yang jaga kaki dia dah penat ,nak tak nak gantikanlah jugak.Aku ambik sedikit garam dan letakkan di kakinya.

      Tendangan kakinya makin kuat.Kami yang menjaga kakinya berusaha untuk mengawal kakinya,huh ,agresif sungguh budak ni.

     Seketika ada seorang junior aku melangkah masuk .Dia sampai lambat sedikit sebab tasmi' di musolla[surau].
Dialah orang yang kami tunggu sejak tadi .

        Ayah dia merupakan seorang ustaz yang pandai dalam meruqyah orang dan dalam benda-benda ni.Lagipun tu memang kerja ayah dia.Secara tak langsung ,dia sebagai seorang anak memang dah lali dengan semua ni dan pandai nak selesaikan.

            Dia menyuruh kami berterusan membaca ayat kursi tanpa berhenti dan baca dengan lebih kuat.Dia memulakan sesi denganembaca potongan ayat dari surah ___~saya pun tak ingatlah,saya bkn bdk tahfiz~
Lepastu dia [Mai] tanya  Shila 
 

"Kau siapa?"

   Shila memandang kami dengan muka yang menakutkan seraya tergelak dan mengilai  macam pontianak.Kami dah kecut perut dah.

Hehehe

    Mai tidak berputus asa sebaliknya
mengikat shila dengan ayat ruqyah tang dihafalnya.Semasa hendak sampai ke kakinya ,semakin kuat raungan Shila.

      Kami terkejut apabila shila sudah pengsan .Matanya tertutup untuk kira-kira lima minit.Seketika dia bangun kembali.Benda tu nampaknya sudah tidak menguasai dirinya.tetapi...

     "Akak ,tolong saya kak,cakap kat mak a,,yah sa...ya ma..afkan sa..ya"

"Ak...ak pun ma..afkan saya"

    Air mata kami sudah mengalir dek tidak dapat menahan rasa sebak.Shila seperti tengah nazak kerana percakapannya  yang tersekat -sekat dan  nafasnya yang juga tersangkut-sangkut.

     "Shila,kamu kena terus kuat ,mak ayah  kamu on the way ke sini,kamu tak sayang dorang ke?"kata kata Mai menguatkan semangat Shila.

    Semakin lama nafasnya makin tersangkut-sangkut ,kami panik .

"Shila kamu kenapa ni?"
Akak fasilitator jibah sudah cuak.

    Shils cuba unruk memberitahu kami sesuatu tapi kami tidak dapat memahami.

   "Akak to....long saya ke ..na ce...kik"

Perkara ini menambahkan kerisauan kami kerana sudah memahami apa yang cuba disampaikan.Muka Shila juga semakin pucat.
  
   Akak fasi terus pergi kebelakang leher Shila dan membaca surah ___
[Tak ingat].Dia turut  mengurut perlahan leher Shila.

Akhirnya ,Shila sembuh dari gangguan itu.

Lepastu ,aku yang dah penat ni ajaklah kawan aku naik.Jam sudah menunjukkan 12.15 a.m.Nasib baik esok hari Sabtu.

    Keadaan Shila masa tu sangat lemah.Sampai nak pergi tandas pun 4 orang kena usung dia.

      Sesampainya aku di atas ,aku terus tukar baju dan tidur[baca doa dulu].Takut juga ada yang mengusik.
Tujelah pengalaman aku pasal budak kena rasuk,padahal ada lagi tapi tu nanti jelah okay.

Macam mana korang pernah tengok tak ?

A|N: terima kasih untuk semua readers  yang support saya dan cerita-cerita hantu ni.Teruskan vomment okay~alhamdulillah,Spm pun dah habis,update saya kali ini mungkin kerap lagilah kot.Terima kasih yang mendoakan saya,dan sesiapa yang ambil spm juga tahun ni,manfaatkan cuti anda ,jangan asyik tidur je okay,bye ,saya sayang and semua
♡salam sayang,
Anfa

😘😘😘

  

  
   

   

#1: CERITA-CERITA HANTUWhere stories live. Discover now