Macam biasa kami akan berkumpul untuk dengar cerita dari kak Reen,cuma bezanya kali ini aku dan ahli dorm berkumpul tengah dorm.Semua dah sediakan selimut dengan bantal masing-masing,wah macam nak tengok wayang.Aku antara orang terawal yang excited nak dengar cerita kak Reen ni.
~~~~~~~~~~~~~√
Kak Reen P.O. V:
Badan aku digoncang dengan perlahan.
Satu saat
Dua saat
Perlahan-lahan mataku dibuka.Dah siang ke? Cepatnya,rasa macam baru tidur~_~
Mataku menangkap susuk tubuh di hadapanku.Oh Syila,ahli dorm aku,kejap ,pakai baju sekolah? Weyh,aku bangun lambat ke apa?
Terus mataku celik.Kini aku sudah duduk,matanya masih merenung aku.
"Kenapa? "Soalku sambil menguap.Maklumlah aku tidur pukul 12 malam jadi rasa ngantuk sangat.
"Teman aku pergi ampaian"
Oh,dia nak jemur kain kot,fikirku sekadar menyedapkan hati.Syila sudah lengkap berpakaian sekolah.Tapi dorm masih gelap lupa pulak dia memang biasa bangun pukul 4 ,maklumlah budak asrama kalau bangun lambat memang penuhlah toilet alamatnya.
Perlahan-lahan aku turun dari katil.Syila menungguku di luar ,bosan menunggu barangkali.
Tudung labuh ku sarung ke muka.Mataku ditenyeh-tenyeh,kabur lak pagi-pagi ni.
Seketika aku keluar dari dorm.Syila membontotiku,aku hanya menonong mengikutinya.Aku masih dalam keadaan mengantuk.
Langkahnya perlahan diatur,jadi aku pun jalan sederhana laju.
Lima minit.
Sampai di anak tangga ke 5,Syila berhenti secara tiba-tiba.Angin pagi meniup lembut ke mukaku menambahkan lagi perasaan seram yang berselubung.
"Syila kenapa berhenti?"soalan terakhir yang aku soal kepadanya membuatkan dia berpaling.
Matanya tajam dan tepat memandangku,rambutnya panjang menggerebang,mukanya hodoh ,muncul ulat-ulat kuning pada wajahnya.Dia menyeringai,menampakkan gigi -gigi taringnya yang berdarah.
Aku terkaku di situ,lidahku kelu,tidak mampu berkata apa-apa.Dia merangkak kepadaku perlahan-lahan.
Tetapi kelajuannya makin bertambah.Kaki aku sudah tidak betah di sini.Aku membuka langkah seribu malangnya,aku tersungkur .
Dia sudah ada dekat denganku .Memandangku dengan wajah menyeramkan.Aku pengsan.Aku tidak sedar apa-apa lagi selepas itu.
~~~~~~~~~~~
Kami di tengah-tengah dorm sudah berasa gerun.Aku ? Lagilah takut walaupun aku suka cerita kak Reen,sepanjang dia bercerita terbayang-bayang aku wajah hantu ngesot itu.
Kau orang duduk asrama? Hati-hati, takut je nanti ada orang kejut pagi-pagi.
Hehehehehehehehehe ⏰
YOU ARE READING
#1: CERITA-CERITA HANTU
HorrorSeram ke? Nak tahu seram ke tak ,silakan baca..tapi cuba pandang kiri dan kanan ,ada orang tak?? #13_in_horror #14_in_horror (150117) #9_in_horror ( 220117) #10_in_horror (050317)(300317) Copyright® Anfa💯 No 🔞 No 🚭 No 💉💊 Just 👻 Start :110216 ...