Cerita 18 : Kak Reen II

102 5 0
                                    

Malam Jumaat ,

Kami berkumpul macam biasa di tengah- tengah dorm untuk mendengar cerita hantu daripada kak Reen.

××××××××××××××××××××××××××××××××

Aku tidur seperti biasa malam tu.Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat.Pukul 12 seingat aku ,aku sudah berlayar ke alam mimpi.
Malam itu masih sama macam kebanyakan malam,perasaan takut itu masih menyelubungiku.

Ya ,aku tahu yang aku mempunyai kebolehan yang tak kebanyakan orang ada.Perkara itu membuat aku lebih takut terutama ketika bersendiri.Bukan setiap saat aku nampak benda-benda seram ini,tetapi benda-benda ini datang waktu-waktu yang tidak patut terutama ketika aku sedang takut.

   Malam itu sebelum tidur ,adik dormku Aireesa mengajak semua ahli dorm untuk makan-makan ,biasalah bila family dia datang selalunya ada sahaja makanan yang dia bawa untuk kami.Tidak terkecuali aku ,semua teruja dapat makan freelah katakan.Sambil makan kami berborak-borak tentang hal ehwal semasa di asrama ataupun tentang drama-drama terkini yang sedang meletop di televisyen.Aku terasa haus sangat pada malam ini,jadinya air 100 Plus yang dibawa Aireesa ,banyak jugalah aku minum.

   "Aireesa terima kasih tau bawak makanan tuk satu dorm"ucap aku tanda terima kasih

   "Sama-sama,lain kali saya bawak lagi tau" sambut Aireesa.

   Suara menjadi riuh kembali dek mendengar kata-kata Aireesa sebentar tadi.Pantang betul kami bila ada yang bawa makanan untuk dorm haha.
  
     Sesudah itu ,semua beransur ke katil masing-masing untuk membuat hal sendiri.Aku kembali ke katil dan berborak dengan jiran katilku, Mawar .Agak lama juga kami berbual,selepas itu aku sudah mengantuk.Mungkin kekenyangan kerana makan makanan tadi.

  Sudah tiba masanya untuk aku melelapkan mata.Tak lama selepas tu,aku sudah berada di alam mimpi.

3.40 am

  Aku terjaga kerana mahu membuang air kecil.Padan muka tadi minum air banyak tak ingat dunia ,perliku dalam hati.Ah sudah ni kalau aku tak pergi tandas ,ada juga tangki yang pecah kejap lagi.

  Nak tak nak aku kena beranikan diri untuk pergi ke tandas.Aku kejut Mawar ,sepertinya tiada respon-respon positif dari dia.

   Aku menyarung tudung dan menuju ke arah pintu dorm.Hatiku tidak sedap ,seperti ada sesuatu yang bakal terjadi. Takde papela Reen ,perasaan kau je tu,menyedapkan hati sendiri.

    Tombol pintu ku pegang dan pulas perlahan-lahan .Daun pintu ditolak seminima yang mungkin supaya bunyi 'kreekk' dapat dikurangkan.Akhirnya pintu terbuka sedikit.

   Aku tolak lagi sedikit demi sedikit.
Pandanganku tertumpu pada lantai dekat sebelah tembok.Ah sudah ,dugaan apa lagi ni.Detak jantungku makin laju.Kelihatan seorang perempuan berdiri di hadapanku.Berambut panjang menutupi mata ,bajunya berwarna putih seperti dalam kebanyakan filem-filem hantu.

    Lidahku kelu ,aku tak tahu apa yang dia mahu dariku.Aku gagahkan diri pakai selipar dan lari dari situ .Fuhh..dia bukan ada di situ sahaja ,rupanya di sepanjang tembok ada lembaga yang sama.

  Aku berlari tak cukup tanah hampir semua rak kasut untuk dorm-dorm yang aku lalu aku langgar.Aku terlalu takut.Dia tak mengacauku di tandas aku lega ,tetapi masih terbayang aku rupanya itu.Balik daripada tandas ,dia sudah tiada .Aku bersyukur dia sudah pergi dari situ.

    Keesokannya ,aku demam,mungkin terlalu terkejut dengan apa yang jadi.

××××××××××××××××××××××××××××××××

   "Dahla esok akak sambung lagi eh" ujar kak Reen.

    "akak saya takutla nak pergi tandas sorang" ujar aku.

    "Jom aku teman "ujar Farhana.

   Akhirnya ,ramai juga yang teman aku pergi tandas malam tu.Nampak sangat kami takut sebenarnya.

#basedontruestory
#namasamarandigunakan
#230119

  

   

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 23, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

#1: CERITA-CERITA HANTUWhere stories live. Discover now