Cerita 16 : Kampung aku

636 39 3
                                    

  Cerita yang aku bakal cerita ni berlaku masa aku sekolah rendah .Waktu tu aku dekat kampung .Biasalah dekat kampung kau selalu akan dengar cerita-cerita hantu. Tapi yang uniknya masa kau nak pergi  rumah arwah nyai (nenek) aku ni ,mula-mula kau akan kena lalu titi sebab nak masuk tu memang ada macam terusan.(siapa yang duduk kat Johor tu aku rasa dorang tau).

    Dah selesai lalu titi ,kau akan jumpa rumah .Tapi tu bukan rumah nenek aku.Itu rumah wak(pakcik ) aku Dulu aku pernah ingatkan dia ni atuk sedara aku ,sebab dia memang tua.Baya-baya atuk aku belah ayah aku,bila dah besar ni baru tahu yang dia ni rupanya pakcik aku.Anak dia pun lagi tua dari umi aku sebab umi aku ni anak ke 12 dari 13.Jadinya memang sepupu aku yang pertama tu lagi tua dari umi aku.Maklumlah keluarga besar.Tapi aku bukan nak cerita pasal tu.

     Sambung balik,dah jumpa rumah wak aku tadi .Kau kena lalu sebelah rumah dia.Ikut je sebelah rumah dia dan kau akan nampak jalan tanah merah ke belakang.Ikut je jalan tanah merah tu yang dikelilingi kelapa sawit dan setelah dalam 300 meter kau akan jumpa rumah arwah nyai  aku tu .

     Tak tahulah bagi korang seram ke tak ,kampung kat tengah-tengah kelapa sawit tu.Tapi bagi aku memang seram sebab terpencil sangat aku rasa .Tapi waktu kecil,kau bukan tahu sangat pasal hantu ni.Maksud aku kuranglah sikit takutnya.

      Aku panggil dia  nyai sebab dia orang jawa .Nenek dengan atuk aku dulu memang asal indonesia dan berhijrah ke Malaysia waktu zaman jepun kot.Aku pun tak pasti sangat.Yang sedihnya aku tak pernah jumpa atuk aku tu sebab dia meninggal waktu umi aku tingkatan 1.Aku memang konfemlah tak pernah jumpa.

     Masa tu hari raya,jadi kami sekeluarga selalunya akan beraya beramai-ramai ke rumah orang lain atau kitaorang sebut "baraan" ke rumah orang.Aku memang suka gila masa ni.Best kot dapat pergi jalan-jalan ramai-ramai.

     Kejadian ni berlaku masa malam raya.Keluarga aku dengan keluarga mak Busu pergi beraya ke rumah  wak aku yang tadi aku kata jumpa rumah nya dulu tu. Kitaorang nak pergi rumah depan tu memang kena naik keretalah ,gilalah kau nak berjalan jauh-jauh dengan laluan yang dikelilingi kelapa sawit.

     Best gila waktu ni,rasanya macam family gathering walaupun cuma tiga keluarga.Adalah dalam 10 keluarga lagi tak ada.😅.Tapi tu semua bukan penghalang untuk kami rasa gembira.Waktu malam tu ,pertama kali kot sepupu aku si Izzah bagi aku kad raya.Waktu tu aku rasa macam bestnya dapat kad raya.Zaman dulu telefon semua nikan mahal ,jadinya bila kau dapat kad raya kau sendiri akan hargainya.

      Aku dengan sepupu aku ni memang suka main kat luar .Orang dewasa bercerita kat dalam ,kami mainlah kejar-kejar lah n apatah lagi. Bila lapar baru masuk dalam rumah dan makan.

     Dalam pukul 9 macam tu,ayah aku tiba-tiba nak pergi rumah nyai aku kejap sebab nak amik apatah (aku lupa).Aku ni memang rapat gila dengan ayah aku masa kecil .Kalau dia nak pergi mana-mana je ,mesti aku ikut.

     Jadi masa ni,aku pun ikut jelah ayah aku ni.Aku pun tak pasti kenapa abang aku tak ikut sebab selalu memang kami berdua ni pantang kalau ayah aku keluar.(manja terlebih.

     Kau bayangkanlah nak pergi kat rumah nyai aku dari depan bukannya dekat dengan gelap gelitanya lagi.Tanah merah dan kelapa sawit jadi peneman kami sepanjang jalan.

    Aku dan ayah hanya berbekalkan torch light sahaja.Aku memang genggam erat tangan ayah aku .Takut gila kot.Aku memang rasa macam diperhatikan .Rasa macam ada je benda belakang aku.Tapi disebabkan ayah aku ni memang hati kental,aku taklah takut sangat .

    Waktu pergi aku rasa okaylah sikit.Ni aku nak cerita masa balik tu.Waktu balik memang konfemlah kau akan lalu balik jalan tadi.Kami hanya berjalan ya.Bukannya guna kereta.Waktu dah nak dekat rumah wak aku tu,aku nampak macam ada perempuan pakai baju putih dekat sebelah kanan jalan. Aku tak tahulah masa ni khayalan aku ke apa tapi memang benda tu ada.Tapi aku bersyukur jugak sebab dia tak kacau kami.Dia pandang je.Aku senyap jelah ,takkan nak bagitahu ayah aku kot.

    Buatnya ayah aku berlari tinggalkan aku ,tak ke naya hidup aku.Dia pandang je kami,aku memang dah berpeluh sakan dah.Seram gila babeng aku rasa.
Yang aku takut tu bila bayangkan 'dia' terbang ke arah kami je.Hishh minta simpanglah dari benda-benda macam ni .

   Bila dah sampai rumah wak aku ni ,memang aku diam je.Sebabnya rasa cuak yang masih menebal. Sepupu aku masa tu dah berhenti main dah .Aku memang tak cerita dekat sesiapa pasal ni ,ayah aku pun tak.So ,korang orang pertama yang aku ceritakan.Untunglah jugak korang ni sebenarnya.

    Lepas ni aku nak cerita pasal rumah arwah nyai aku pulak.Nyai aku meninggal 2 tahun lepas.Aku selalu berdoa semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman.Al-fatihah😿.

End-

Target :20 ★

#gambarkatmediatakadakenamengenatugambarkatlangkawije

Ada idea cerita-cerita hantu ,tapi tak tahu nak cerita kat siapa?
Meh sini kakak dengar.
Kalau nak cerita boleh pm kat messages ye.Cerita akan dicredit ke awaklah😊.Jangan segan-segan ye.Kalau nak hantar cerita diri sendiri pon okay jugak.Saya boleh share email or ig or fb saya.Feel free to vote plus comment.✩→★
Okay bye!

#1: CERITA-CERITA HANTUWhere stories live. Discover now