Bab 6

23 0 1
                                    

SEHARIAN aku tidak bercakap dengan Meeda, terasa dunia aku sunyi. Beginikah kehidupan yang akan dilalui? Kehilangan seorang sahabat dan mendapat seorang kekasih? Sanggupkah sesiapa jika berada di tempat aku melakukan sebagaimana yang aku buat selama ini? Aku tak perlu memilih atau pilihan tidak terletak di tanganku.

Irsyad sahabat aku, Meeda juga begitu. Cuma yang membezakan mereka hanyalah jantina. Dengan Meeda, aku tidak mungkin mencintainya kecuali perasaan sayang seorang sahabat. Tapi dengan Irsyad tiada yang mustahil untuk cinta. Dia baru saja melamar aku untuk menjadi gadisnya.

Aku dah bersiap hendak tidur. Sejak aku sampai pukul 8.00 malam tadi, katil Meeda tetap kosong. Katilnya tetap seperti pagi tadi, tak berusik langsung. Meeda tidak balik bilik ke? Ke manalah minah cute ni pergi? Mungkin ke hospital menemani Khairul.

Masih marah lagikah Meeda padaku? Bukankah dia sudah maklum bahawa aku membenci Khairul, tetapi itu tidak bermaksud aku membelakangkan dia dalam semua hal. Walaupun aku tidak tahu kenapa aku membenci Khairul, aku cuba sedaya upaya untuk menerima hubungan mereka. Satu yang aku hormat pada Meeda, dia setia dengan cintanya pada Khairul, walau ramai yang memberitahunya sikap Khairul tidak baik. Dia tetap setia.

Maafkan aku, Meeda... aku hanyalah insan biasa, tahu apa itu luka. Luka di hati masih belum berbalut dan itu sebabnya aku tak mahu sahabat aku merana. Irsyad mencintai Meeda dan kini, berpaling cinta kepada aku.

Aku takut satu saat nanti Meeda menginginkan Irsyad semula. Apa perlu aku buat? Seperti kata-katanya dulu, dia sanggup kehilangan seorang kekasih daripada seorang sahabat yang baik. Mampukah aku mengorbankan cinta yang selama ini aku inginkan? Persoalan bermain di benak. Apa yang telah Meeda katakan pada Irsyad? Tapi, bila mereka bertemu? Ganjil! Terlalu banyak perkara berlaku dalam satu hari sahaja.

HARI ini menjadi saksi tanpa perlu berkata-kata, lagak Irsyad seharian membawa maksud yang satu. Dia sudah mula menerima aku lebih daripada seorang sahabat. Bagaimana semua ini boleh terjadi? Aku yakin, Irsyad ada kejutan untukku esok. Deringan telefon bimbit membuka mataku.

Nama Irsyad tertera di skrin. Aku merenung nama itu. Kenapa aku berdebar-debar untuk menjawabnya? Adakah aku belum bersedia untuk menerima Irsyad sebagai seseorang yang istimewa dalam hidupku?

"Helo..." Aku menyambut talian dengan suara waswas.

"Hai, buat apa?"

"Nak tidur dah." Sebenarnya, tiada alasan lain yang terlintas di fikiran.

"Masih awal lagi... kita berbual-bual dulu," pinta Irsyad.

"Kenapa Syad telefon? Ada apa hal?" Aku tahu dia mencintaiku.

"Lupa nak tanya. Esok pukul berapa Lina bertolak? Biar Syad hantar ke bandar."

"Ayah jemput Lina esok pukul 10.00 pagi. Kalau Syad nak jumpa Lina, kita jumpa sebelum pukul 10.00." Aku kecewa dengan soalannya.

"Okey..." Irsyad kemudian diam.

"Syad, there's anything you want to say?" soalku

"Ya..." Singkat jawapannya. "Hmm... I miss you. I need your answer."

Aku tersenyum ketika dia menuturkan kata-kata rindu. Benarkah ini sedang berlaku padaku? "I miss you more!" Kata-kataku sudah cukup untuk sebuah jawapan.

"Oh, really? Takkan masih rindu lagi kot? Sehari dah berdua dengan Syad," seloroh Irsyad. Terdengar ketawa kuat.

"If you want to know, I wish you are here." Tanpa perlu berselindung lagi, aku mengakui betapa aku amat mengharapkan kehadirannya.

"I'm here. On the bottom of your heart." Irsyad menyambung setelah ketawanya reda.

Tak diduga kami sudah jauh berbicara. Sejak dari pagi sehingga kini, dia sentiasa setia di sisi. Aku amat berharap dia ada di depanku pula.

CINTA AKAN INDAHWhere stories live. Discover now