13 | Pengurus baru

17 0 3
                                    

"MORNING, Syad!" Zainal memasuki bilik Irsyad.

"Assalamualaikum..." balas Irsyad.

Zainal tersipu malu menyedari ketelanjurannya yang masuk tanpa diundang dan salam pun tak diberi. Dia menyambut salam Irsyad dengan senyuman.

"Kenapa?" soal Irsyad sebal, Zainal mengganggu tugasnya.

"Nak tahu sama ada kau hadir atau tak meeting petang ni." Zainal duduk di depan Irsyad.

"Kau gantikan aku."

"Takkan kau nak aku uruskan semua hal syarikat? Apa salahnya kau juga turut serta? Sekurang-kurangnya kau patut ambil bahagian!" Zainal merungut tidak puas hati de­ngan sikap sambil lewa Irsyad itu.

"Itu aku tahu..."

"Jadi, apa lagi masalahnya?"

"Aku..." Irsyad teragak-agak untuk memberitahu Zainal. Walaupun dia tahu Zainal akan cuba menyelidik sehingga akar umbi.

"Come on, Syad... sehingga bila mood kau begini? Sejak kau mula-mula ambil alih dan uruskan hal kerja ni, sejak kau balik dari Australia... kau masih juga begini, tak berubah. Sampai bila, Syad? Aku mahu kau masuk meeting petang ni. Pukul 2.00, jangan lupa!" Zainal berdiri.

"Zai... tunggu," panggil Irsyad, membuatkan Zainal duduk semula.

"Hmm... kenapa pula ni? Apa lagi masalah kau yang belum settle?"

"Aku nak minta pendapat kau. Tapi sebelum tu aku nak tanya, kenapa kau hari ni ceria semacam?" Berlainan sungguh keceriaan Zainal pada pandangannya. Ada apa-apa perkembangan terbaru ke antara dia dan Meeda?

"Tak ada apa. Apa yang kau nak aku tolong?"

"Hal Meeda." Irsyad sukar ingin menyebut nama itu.

Zainal mengangkat kening bila nama Meeda disebut. "Meeda?" soalnya terkejut. Takkan Irsyad masih tak tahu? Salahnya juga, lupa memaklumkan hal itu.

"Kenapa kau terkejut? Takut aku ambil gadis idaman kau?" Irsyad hanya mahu menyedapkan hati sendiri.

"Aku juga sebenarnya ada sesuatu nak kongsi dengan kau, satu berita gembira. Mengenai Meeda..." Zainal tidak senang duduk memikirkan reaksi Irsyad bila menerima berita itu. "Aku tak tahu ni berita baik atau buruk untuk kau. Aku harap, kau dapat terima dengan tenang. Sebenarnya, hal ni melibatkan aku dan Meeda." Dia meneruskan kata.

"Meeda tak sihat? Dia sakit ke?" Irsyad mula gusar. Manalah tahu, Meeda mencanang cerita tidak betul kepada Zainal. Dia tidak mahu hubungan mereka pula yang retak.

"Bukan... yang tak sihat aku. Sebenarnya kami dah pun bernikah!" Zainal berterus terang.

Irsyad terkejut. "Bila?" Serta-merta perasaan yang gundah-gulana sejak pagi tadi lega, menyelinap hingga ke ulu hati. Perasaan gembira tidak terkata selain kegembiraan mendengar berita itu daripada mulut Zainal.

"Ahad minggu lalu."

"Apa yang berlaku? Setahu aku, Meeda takkan terima kau begitu saja."

"Kau jangan terkejut pula. Kami kena tangkap khalwat. Aku sendiri tak sangka, begini akhirnya hubungan kami. Cuma bezanya cara kami disatukan mengaibkan." Ada nada kesal pada akhir kata-kata Zainal.

"Zai... Zai..." Irsyad hanya menggeleng. Tidak tahu apa lagi yang perlu diucapkan. Dia telah terlepas daripada masalah berat yang tidak mampu diselesaikan. "Macam mana semua ni boleh berlaku? Kenapa kau sembunyikan hal ni daripada aku? Nasib baik kau beritahu aku awal-awal. Kalau tak... alamatnya aku meminang isteri orang!" selorohnya, cuba menceriakan keadaan mereka semula.

"Aku sendiri keliru, Syad. Macam mana nak terangkan pada kau? Kau selalu tak ada. Jadi, apa yang kau mahu pendapat aku tentang Meeda?"

"Sebenarnya, mama aku nak bermenantukan isteri kau tu."

"Maknanya sekarang masalah kau dah selesai."

"Tentunya ni berita baik! Kau dapat isteri dan aku dapat selesaikan masalah aku. Terima kasih, Zai... kaulah sahabat sejati. Okey... petang ni aku hadiri meeting, kau pun datang sekali. Okey?" Oleh sebab kerana terlalu gembira, Irsyad buat pertama kali mengubah kebiasaan. Dia mahu menghadiri mesyuarat syarikat untuk pertama kali sejak mengambil alih kerusi CEO.

"Jangan risau, aku memang harap kehadiran kau petang ni! Macam mana dengan pengurus kewangan yang baru tu? Bila dia nak mula kerja? Apa kata kita umumkan dalam meeting nanti?"

"Petang ni, dalam meeting nanti. Pastikan semua pe­ngurus bahagian hadir dan sediakan semua laporan bahagian masing-masing," arah Irsyad tegas pada Zainal walaupun dia tahu itu sahabatnya sendiri.

"Apa yang istimewa sangat si Riz tu? Sampaikan mama kau beri dia pegang jawatan penting syarikat? Orang yang berkuasa dalam pengurusan kewangan," tanya Zainal.

"Dia belum mula kerja kau dah mengkritik. Hmm... nanti kau tahulah juga kenapa dia istimewa. Kata mama aku, dia dah lama nak mengambil Riz menerajui syarikat, cuma Riz tak mampu masa tu. Jadi, apa salahnya sekarang bila dia sudah yakin berganding bahu dengan aku. Lagipun, tepat pada waktu Sulaiman ingin pergi," balas Irsyad.

"Kau ni ada-ada aje. Ada apa lagi yang perlu aku buat?"

"Aku nak semak minit mesyuarat yang lepas. Kau ada salinannya kan?"

"Ada... nanti aku bagi. Okeylah, aku keluar dulu." Zainal menghilang di sebalik daun pintu bilik.

Irsyad sendirian semula, mengenangkan satu-satunya sahabat yang membantu apa yang terdaya untuk menye­lesaikan masalahnya. Kali ini, Zainal juga menyelesaikan masalah yang rumit itu. Lega rasanya apabila mengetahui berita gembira itu. Namun, keresahan muncul semula bila memikirkan tentang mamanya. 

CINTA AKAN INDAHWhere stories live. Discover now