Bab 2 | Dalam hutan

96 1 1
                                        

KERANA dikejutkan oleh seseorang, Lidya tersedar awal pagi ini. Mimpi atau kenyataan, tetapi itu yang dialaminya. Dia memandang sekeliling, dia sedang berada dalam sebuah khemah berdindingkan ranting-ranting kayu, beratapkan daun nipah kanvas biru dan berlantaikan kanvas biru dan tanah yang lembab, sejuk hingga ke tulang hitam.

Keadaan sekeliling bagai baru dilanda garuda. Tempat pembaringannya dipenuhi daun-daun kering. Dia tidak menyedari apa yang berlaku semalaman.

Syazmee sibuk masuk keluar khemah menguruskan sesuatu dari sungai berhampiran khemah. Tanpa menyedari dirinya sedang diperhatikan Lidya yang sudah sedar sejak tadi. Hujan mula turun dan membataskan pergerakan langkah Syazmee. Bajunya juga mula basah serta menyangka gadis itu masih tidur dan membiarkan gadis itu terus berehat agar gadis itu dapat mengembalikan tenaga yang hilang.

Peristiwa semalam biar menjadi sejarah padanya seorang.

"Saya Syazmee... siapa nama awak?" Syazmee terpandang gerakan gadis itu seraya bersuara. Langkah terhenti seketika. Dia tersedar mereka belum berkenalan. Lantas dia memperkenalkan dirinya

"Lidya!" jawab Lidya ringkas, kemudian diam bermaksud dia tidak mahu diganggu lagi. Dia berharap keresahan hatinya saat ini akan reda.

"Awak tentu masih penat, berehatlah dulu." Syazmee menghampiri si gadis. Duduk di tepi di mana pembaringan Lidya. Dia sudah kenal gadis itu sebelum mereka bertemu lagi. Dalam ilusi yang muncul secara bayangan demi bayangan.

"Saya di mana?" Lidya bersuara lemah meminta kepastian. Lidya memerhati gerak-geri pemuda di depannya. Resah gelisah kelihatan. Ketika ini dia hanya mampu untuk berfikir, badannya lemah dan dia memerlukan rehat yang cukup.

"Hutan!" ringkas jawapan Syazmee sambil merenung Lidya. Entah apa yang sedang bermain di minda lelaki itu, tetapi amat menggetarkan jiwa gadisnya.

"Hutan?!" tutur Lidya dalam resah gelisah, dia mempercayainya, dia memang kini berada di dalam hutan dara kukut? Belantara yang penuh cerita yang menyeramkan. Dia sangat risau apabila memikirkan segala kemungkinan yang boleh berlaku kepada dirinya.

"Kenapa ni?" soal Syazmee melihat kekeruhan di wajah gadis itu.

"Macam mana saya boleh berada di sini?" soal Lidya.

"Saya temui awak terapung dalam sungai tidak jauh dari sini. Jangan risau, nanti bila awak sudah sihat saya tunjuk kat mana area saya jumpa awak tu," Syazmee menunjuk arah di mana dia menemui Lidya semalam.

"Jumpa dalam sungai..." Lidya bersuara lemah. Maknanya dia tidak bermimpi, benarlah dia terapung dalam sungai. Dia amat berharap dia cuma mimpi rupanya kenyataan.

"Kenapa? Awak tidak ingat apa-apa?" tanya Syazmee.

"Saya cuma ingat air sungai... saya tidak ingat bagaimana saya boleh berada di dalam sungai," beritahu Lidya dengan jujur. Dia masih belum jelas kejadian sebenarnya. Banyak perkara belum muncul di mindanya, dia berharap semuanya adalah mimpi. Apa yang lebih merungsingkan dia sedang berdua dengan Syazmee. Dia takut Syazmee bukan realiti hanya imaginasinya sahaja saat ini.

"Oh maksud awak, awak cuma ingat tentang sungai. Pada masa saya temui awak saya pula sedang sesat." Syazmee menerangkan situasi keadaan mereka.

Mendengar kenyataan Syazmee, Lidya runsing. Sekiranya Syazmee sesat dalam hutan bagaimana untuk mereka keluar dari sini?

"Macam mana awak boleh berada dalam sungai dan dihanyutkan sampai ke sini?" tanya Syazmee tidak percaya pada kenyataan gadis itu sebelum ini. Mustahil gadis itu tidak ingat kejadian kelmarin baru sehari semalam berlalu. Dia bimbang gadis itu mengalami amnesia tetapi Lidya ingat namanya.

Lidya diam tidak menjawab pertanyaan Syazmee.

Syazmee tahu gadis itu resah sebaik sahaja dia mengatakan dia sesat tadi, sama perasaan mereka. Sepanjang malam tadi dia berada di sini banyak peristiwa dan jelmaan yang buruk berlaku, tapi mereka masih selamat. Apa yang perlu ditakutkan. Dia juga gelisah dengan penerimaan gadis itu, keresahannya berterusan hingga dia gentar untuk berdepan dengan Lidya terus menerus kerana dikuatiri kemunculan Lidya itu adalah satu usikan juga kepadanya. Harapnya tidak begitu.

"Awak berehatlah dulu. Badan awak masih lemah, saya sudah sediakan sarapan. Kalau lapar awak makan, saya mahu keluar mencari makanan hutan, jangan takut kawasan ini selamat. Nanti kalau awak sudah baik sikit kita berbual banyak lagi," terang Syazmee yang terus menyimpan rahsia tentang gangguan yang dialaminya sepanjang malam tadi. Dia menghulurkan sarapan dan berlalu ke kawasan sungai.

Dia tahu Lidya sedih tetapi dia tidak sampai hati untuk membohongi gadis itu berterusan dengan rahsia misteri bahawa mereka selamat, hakikatnya dia sendiri tidak tahu, mereka sama-sama dalam situasi pelik. Lagipun adakah Lidya menyedari peristiwa seram semalam? Kalaulah Lidya tahu dirinya dirasuk hantu hutan. Kenapa mereka boleh bertemu di dalam hutan ini?

'Syazmee' nama lelaki tersebut melekat kuat di fikiran Lidya. Personaliti Syazmee kelihatan bukan seperti orang kampung, seorang pemuda bandar. Apakah yang dibuatnya di dalam hutan ini? Gaya percakapannya menunjukkan dia tidak biasa dengan kawasan ini. Syazmee kelihatan risau. Dia dapat merasai keresahan pemuda itu. Walaupun keadaan cuaca diluar tidak membantu, tetapi Syazmee masih mahu keluar mencari makanan. Tanpa sengaja segera mengingatkannya kepada Faiz semula.

Faiz menyebabkannya terluka lantas dia terlontar di dalam hutan yang tidak diketahui di mana ceruk dia berada sekarang.

Wajah Syazmee, wajah seorang lelaki yang merupakan penyebab kelukaannya sehingga melontarkan dirinya ke dalam hutan. Sanggup melukai hati dan mengkhianati cinta yang disemai.

Faiz adalah kebenciannya kini! Lelaki adalah sama saja suka ambil kesempatan pada kelemahan wanita. Itulah yang telah tertanam dalam sanubarinya sebaik kecewa dengan Faiz semalam.

Faiz sanggup menghancurkan impian mereka. Segala yang berlaku kerana tindakan luar sedar Lidya, itu yang pelik. Dalam benci ada suka, Lidya melihat wajah yang sejuk mata memandang itu dalam kesyukuran kerana menyelamatkan nyawanya.

Sebaik sahaja mata mereka berlaga, hatinya berasa sesuatu. Syazmee juga tidak meminta terjadi seperti begini. Sesat dalam hutan, dan dia hanyut dalam sungai, mereka dipertemukan di dalam hutan dara kukut.

Hutan CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang