Bab 8 | Ilusi

48 0 1
                                    

KERANA tidak pasti apa yang dirasainya saat ini, seperti dia kehilangan seseorang yang sangat penting dalam hidupnya, Syazmee diganggu oleh satu perasaan 'aneh' yang merupakan satu rasa yang menyentap-nyentap tangkai hatinya. Rasa apakah itu? Sangka Syazmee selepas ketiadaan Lidya, dia akan lebih selesa dan tenang. Rupanya dia semakin risau dan resah bila menyedari kehilangan Lidya dari sisinya dan kerana dirinya. Mengapa perasaan itu membelenggu jiwanya ketika ini.

Anehnya kelibat Lidya ada di mana-mana. Tak kira ketika dia sedang melihat ke satu arah atau sedang tutup mata. Lidya ada di mana-mana. Apakah yang sedang dirasainya ini?

Tidak tahan dengan tekanan perasaan tersebut, Syazmee memaksa dirinya untuk bangun dari terlentang keseorangan di atas tanah. Tiba-tiba dia sedang terbaring atas tanah pula? Syazmee tambah keliru. Ternyata keputusannya itu amat mengejutkan kelibat yang sedang membelakanginya ketika itu. Siapa itu? Dia akhirnya sedar akan sesuatu yang selama ini mengikutnya ke mana-mana. Benarkah? Soalnya pada diri sendiri.

Tangannya dihala ke bahu kelibat itu yang menyerupai seorang gadis. Dari arah belakang dia yakin gadis itu adalah Lidya. Sebaik sahaja tangannya mencapai bahu gadis itu, serentak satu hilai tawa menyeramkan yang panjang terdengar.

"Haaa... haaa... haaa... haaa... haaa..."

Matanya dihala ke arah entiti di depannya.

Ketika itulah, entiti itu berubah menjadi makhluk yang menakutkan. Namun suara Syazmee tidak terkeluar. Situasi ini membuatkan mereka berdua bersangka buruk antara satu sama lain. Sebenarnya apa yang dilihat Syazmee kepada Lidya adalah sama sebagaimana Lidya juga melihat Syazmee.

Suara hilai tawa itu berlarutan.

"Haaa... haaa... haaa... haaa... haaa..."

Kemunculan jasad secara mendadak itu buat bulu roma merinding setiap saat. Keadaan makin teruk apabila antara mereka berdua tidak mempercayai mereka wujud di situ bersama. Semakin kerap mengganggu dan turut menghantui benak masing-masing. Situasi seram dan merimaskan ini mendorong kedua mereka menuding antara satu sama lain sebagai entiti yang telah menyamar sebagai seseorang.

Berada dalam belantara, macam-macam ada. Macam-macam boleh dilihat. Macam-macam boleh terjadi. Syazmee tersentak. Sebaik dia melafazkan ayat kursi. Dia seperti melihat wajah entiti itu berubah-ubah menjadi Lidya. Cantik dan menawan. Keningnya berkerut-kerut. Dalam keadaan mamai, dia bangun mendadak bertindak mempamerkan aksi lawan pedangnya.

"Tentu kau sengaja datang mengganggu!" libas Syazmee dengan tangannya.

"Aduh!" jerit Lidya.

Bunyi jeritan Lidya mengalihkan fikirannya sesaat.

Terhenti tingkah Syazmee seketika.

"Lidya?" panggil Syazmee berani.

"Kenapa dengan awak ni?" marah Lidya.

"Kenapa dengan saya apa pula?" soal Syazmee kebingungan.

"Kenapa tampar saya?"

Syazmee baru tersedar Lidya sedang memegang pipinya.

"Tengok!" pinta Syazmee meminta agar Lidya mengalihkan tapak tangannya di pipi kirinya. Jelas merah.

"Maaf saya tak sengaja," ucap Syazmee.

"Yalah. Awak pandang saya lain macam saja. Seramlah saya tengok awak macam tu," kata Lidya.

Syazmee pandang Lidya lama.

Serta-merta Lidya berasa seram tatkala mengingatkan wajah Syazmee sebentar tadi. Wajah yang terlalu hampir, berbau hanyir dan mengerikan dengan mata entiti itu terbeliak merenung dirinya tanpa berkutik.

Hutan CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang