Bab 10 | Penjara

64 1 1
                                    

KERANA mereka telah terpenjara di sini. Syazmee sanggup menjaganya kerana demam. Menguruskan segala rutin harian mereka di dalam hutan. Dan mengenangkan mimpi anehnya malam tadi. Pagi ini menjadi pagi yang ganjil bagi Lidya.

Alhamdulillah! Hari ini nampaknya cuaca cerah dan seperti biasa dia menguruskan apa yang patut untuk sarapan pagi ini. Dia membiarkan Lidya tidur lena dan berehat. Selain itu, dia sibuk mencari akar kayu untuk mengikat dan menyambung kayu-kayu yang dikumpulnya sejak tadi. Dia mahu membuat rakit untuk mengusung Lidya nanti. Dalam kesibukkannya dia terlupa pada Lidya di dalam khemah.

"Saya rasa mahu keluar dari sini hari ini." Syazmee tersentak dan segera melihat susuk Lidya berdiri di depannya kini. Lidya kelihatan pulih dan sihat, tidak lemah.

"Awak sengaja mahu ambil kesempatan semalam!" bentak Lidya tiba-tiba membuat tuduhan tanpa asas, kesempatan apa? Dia yang masih terkejut dengan kehadiran Lidya itu tidak menyahut tuduhan tersebut, apa yang dia ingat Lidya cuma tidak sedar memeluk dirinya secara mengejut. Dia terdiam tidak terkata.

"Tidak perlu awak susah-susah. Saya sudah sihat!" tutur Lidya menyambung kata. Syazmee sibuk menyiapkan sebuah rakit.

"Kenapa awak diam, selalunya suka sangat menjawab bila saya bercakap," tempelak Lidya amat berlainan sikapnya pagi ini dirasakan Syazmee.

"Awak sudah sihat benar ke ni?" soal Syazmee meneliti reaksi Lidya. Dia masih jugak meneruskan kerja yang terbantut tadi tanpa terus mempedulikan lagak Lidya. Gadis ini bukannya boleh dilayan sangat sikapnya.

"Awak tidak nampak saya sudah sihat benar, sudah boleh berdiri sekarang. Tak payahlah susahkan diri membuat rakit untuk saya. Saya sudah boleh berjalan!" Syazmee menghentikan perbuatannya. Gadis ini berbicara lain benar di pendengarannya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dia segera berpaling mendongak untuk melihat gadis itu.

Alangkah terkejutnya dia, tiada sesiapa pun di situ menemaninya bersama. Jadi suara siapakah tadi yang petah menghalangnya menyelesaikan tugas. Siapakah yang berbalas cakap dengannya baru beberapa saat saja tadi. Segera dia bergerak pantas masuk ke khemah melihat Lidya. Gadis itu masih lena tidurnya. Lantas bulu romanya naik. Ganjil benar pagi ini dirasakannya sejak dari awal bangun tadi.

"Lidya!" panggil Syazmee cuba memastikan gadis itu sedar dan mendengar panggilannya.

"Apa?" balas Lidya mendengar panggilan gelabah Syazmee. Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku lagi.

"Awak ada kat keluar tadi?" soal Syazmee lagi menggesa.

"Tidak. Kenapa?" Lidya memejamkan mata cuba untuk tidur semula tanpa mempedulikan Syazmee yang termanggu keliru di situ. Pelik! Dia dapat rasa sikap pelik Syazmee seperti kelmarin.

Dia terdiam lama di pintu khemah. Benarkah cakap Lidya? Tentu gadis itu tidak berbohong apabila dia menghampiri dan menyentuh dahi Lidya masih panas dan melihat keupayaan Lidya yang belum berdaya. Ada sesuatu yang tidak kena, mereka perlu keluar secepatnya dari sini. Gadis tadi memberinya amaran supaya mereka mula keluar dari sini pagi ini juga. Sama seperti mimpi yang dialaminya semalam. Seorang puteri memintanya pergi segera.

Lidya cuba duduk namun lemah segala sendinya, demamnya baru mahu beransur kebah.

"Kenapa Syazmee? Apa yang tidak kena?" soal Lidya berasa pelik melihat tingkah Syazmee kali ini yang amat mengambil berat soal kesihatannya.

"Kita kena keluar dari kawasan ini pagi ini juga," jawab Syazmee kelihatan panik. Banyak benar gangguan yang mahu mengelirukannya.

"Saya masih demam," balas Lidya memberitahu keadaannya.

Hutan CintaWhere stories live. Discover now