Bab 3 | Menakutkan

107 1 0
                                    

KERANA cuba mengelak dari renungan mata simpati dari Lidya, seharian Syazmee berada di luar khemah. Dia tidak kuatir tentang Lidya tetapi dia kuatir tentang perasaan dan dirinya sendiri. Dia mudah berasa simpati pada situasi seperti sekarang. Seboleh-bolehnya dia mahu mengelak dari berbual dengan Lidya. Dia takut dirinya dikuasai oleh entiti tak bernama itu.

"Aku benci perempuan, kerana perempuan aku dihina!" gema suara hati Syazmee melontarkan kebencian.

Namun, entah mengapa perasaan bencinya seperti hilang dalam sekelip mata sebaik berjaya menyelamatkan Lidya dari situasi cemas semalam. Jika sebelum ini dia amat membenci gadis yang cemerkap, gadis yang mengada-ngada. Mengapa hatinya tiada satu pun perasaan benci itu terhadap Lidya?

Merenung wajah gadis ayu dan sayu itu membuai perasaannya pula. Dia menjadi teruja untuk terus membantu Lidya. Dia teruja menjadi pelindung kepada Lidya.

Ditambah lagi baru kali pertama perasaannya bersatu dengan hati. Wajah itu melekat kuat di benaknya. Rahsia apakah ini yang sedang meruntun jiwanya kini. Akan cuba dirungkainya perasaan ini satu persatu. Tetapi dia cuba untuk membenci gadis di dalam khemah itu dengan sebab untuk menjauhkan perasaan halus yang datang ke sanubarinya.

Kelakuan aneh Syazmee di luar khemah tidak diketahui Lidya. Syazmee sedang mundar-mandir memikirkan keadaan hati dan perasaannya. Apakah yang perlu dibuatnya? Hujan yang turun dibiarkan membasahi tubuh badannya.

"Ya ALLAH... petanda apakah ini? Perasaan ini tergoda kepada sinar mata sayu itu. Tergoda pada suara itu. Tersentak dengan renungan sayu itu. Tolonglah aku agar mampu berdepan dengan situasi ini. Tolonglah aku agar aku tidak tewas. Apakah makna perasaan ini? Aku belum pernah berasa begini," Syazmee bermonolog sendirian sebelum memutuskan untuk berdepan dengan realiti.

"Aku benci perempuan, kerana fitnah aku terlontar dalam situasi yang tidak mungkin orang fahami, aku benci mereka!" perasaan benci cuba ditanam dalam hatinya, berkali-kali dia ikrarkan. Tapi perasaan benci yang disemainya itu tewas oleh perasaan baru itu. Pelik bukan?

KERANA fikiran, Lidya sedaya mahu berdepan dengan realiti. Hakikat yang perlu diingat rupa luaran tidak menggambarkan realiti dalaman. Ketakutan dan keresahan meniti dalam pemikiran Lidya. Mampukah dia menghadapi segala kemungkinan situasi yang akan terjadi. Hidup di dalam hutan bersama Syazmee? Berapa lama mereka akan bersama di dalam hutan? Bila mereka akan keluar? Adakah mereka akan selamat dari ancaman binatang liar? Pelbagai persoalan dan pertanyaan di benak Lidya. Sehingga masa rehatnya terganggu oleh pemikiran tidak perlu itu.

"Ya ALLAH, bantulah aku, umatmu yang lemah lagi hina kerana telah melakukan perbuatan diluar kawalan sedarku. Aku bersyukur kerana masih selamat dari menjadi mangsa lemas sungai. Aku memohon keselamatan dan perlindungan kepadaMu Ya ALLAH," hati Lidya meratap sayu dengan apa yang berlaku padanya adalah sesuatu yang pelik.

Lidya mahu berehat dan tidur. Tetapi segera pertanyaan menyerbu benaknya.

Di mana Syazmee sekarang, kenapa tidak kelihatan sejak pagi? Dia terpaksa berbaring kerana tubuhnya masih lemah dan sakit-sakit. Hidupnya kini menumpang ehsan kepada Syazmee seratus peratus. Matinya juga begitu. Segala-galanya saat ini disandarkan kepada Syazmee. Mampukah pemuda itu membantunya?

"Aku benci lelaki, kerana lelaki aku terluka!" pesanan benci itu cuba disemai dalam hatinya, biar tidak mudah kepalanya dipijak-pijak lagi. Dua tahun dia setia kepada Faiz, apa yang dia dapat? Kelukaan.

Segala jiwa raga, perasaannya telah menjadi hak milik Faiz namun lelaki itu tidak menghargainya sehingga saat akhir. Lelaki itu kekal sebagai pengkhianat padanya. Salahkah dia? Dia masih bertanya apa salahnya kepada Faiz sehingga dia dibuang begitu sahaja? Kesalnya membukit dengan kasih dan sayang, perhatian yang cukup teliti dicurahkan kepada Faiz sia-sia belaka. Saat ini adalah saat di mana dia perlu memikirkan sebarang kemungkinan boleh terjadi di dalam hutan dara kukut.

Hutan CintaWhere stories live. Discover now