" weh korang . Aku nak pergi rumah Mya tau . Korang buat lah papr yang korang suka . Lagi satu , tolong tengok - tengokkan adik aku tu . Kalau dia nak keluar dengan membe dia , korang bagi je . Ok bye . " kataku kepada musketeer . Adik aku tu kaki jalan . Tapi dia tak pernah lagi lah suruh aku hantar dia and aku pon takde masa nak hantar dia . Pepandai ah dia .
" okey Izarel . Jangan lama lama tau . Nanti I rindu . Muahh ." kata Imran sambil membuat gaya gedik . Erghh geli aku siap muah muah bagai . Eeuuu !
" hotakkau lah . Tak payah nak rindu sangat lah . Tu adee . " kataku sambil muncungkan bibir ke arah Shira . Oh ya ! Semalam dia tido rumah aku . Tapi bilik lain lain lah . Katanya dah malam , takut nak balik sorang sorang . Ceh drama ! Padahal rumah kat sebelah je , bukan jauh sangat pon .
" Eh , abang nak pergi mana ? Shira nak ikut . Pleasee . " ha ni yang aku menyampah nii . Salah satu perangai dia yang aku paling aku benci , ni lah . Sebok je nak ikut mana aku pergi , kalau orang lain taknak pulak . Huh !
" abang nak pergi rumah girlfriend abang . Tak payahlah ikut . " kataku . Aku taknak dia ikut ! Tolonglah !
" nak ikut jugakk . Pleasee lah . Kalau tak Shira bagitahu mama apa yang korang dah buat kat Shira semalam . " katanya seakan mengugut . Ingat aku takut ? Kau sendiri pergi jual body apahal ? Yakalah betina ni .
" huh ! Dah ah pergi sana siap ! Lambat aku tinggal . " kataku . Malas nak banyak cakap . Kalau dia bagitahu mama dia nanti kang , tak pasal pasal dia suruh aku pulak yang bertanggungjawab even aku tak buat pape . Ha susah aku nanti .
———————————————
" Hai sayangg . Jom aku bawak kau pergi starbuck . Semalam nak sangat kan . Jom cepat ." Ajakku kepada Mya . Aku nampak dia cantik sangat harini . Tapi mesti lepas apa yang dia bakal tengok nanti akan buat dia sakit hati kan ? Haih . Semak lah Shira ni . Kacau line je !
Mya berjalan ke arahku dengan senyuman gembiranyaa . Sempat aku teliti pakaiannya . Rambut sanggul , baju kemeja paras lutut warna hitam , seluar jeans skinny berwarna hitam and also nike shoes warna hitam dann tak lupa jugak handbag channel berwarna merah . Hm maybe she's like red and black colours .
Aku nampak muka Mya masam apabila ternampak susuk tubuh Shira didalam kereta yang berada di sebelah pemandu . Dia terus membuka pintu belakang dan duduk di belakang Shira . Pintu kereta ku ditutup kuat . Protes maybe ? Haih .
" Shira , why you dont sit at back ? Biar Mya je yang duduk depan . Kan abang dah cakap tadi , kalau nak ikut duduk belakang bukan depan . Tak faham ke ?! " tempikku . Dah tak tahan sia dengan perangai minah tak gune ni . Dah lah dalam kereta aku tadi sebok usik barang orang . Haih sabo Rel sabo .
" takpe . Biar je aku duduk belakang . Ok je duduk belakang ni . " kata Mya . Haih serba salah lah pulak .
Aku hanya pandannya sekilas da terus memecut laju kereta BMW ku ke kawasan Elegants Shopping Complex yang berada di bandar dan tidak jauh dari rumah Mya .
————————————-
Dari tadi aku perhati kan je minah ni dengan Izarel . Bila Izarel datang dekat aku , perempuan gila tu pon sebok tarik tangan Izarel ajak jalan dengan dia . Huh ! Menyampah !
" apa hubungan dia dengan Rel ha ? Sampai nak panggil abang abang bagai ? Huh . Yang kau pon satu Rel .dah tahu betina tu ikot yang pergi amik aku jugak tu kenapa . Huh ! " bebelku seorang diri . Aku ni dah macam tunggul kayu . Lepas je aku dapat starbuck ,aku terus kene palau jalan pon kat belakang je . Cibai betul hilang mood aku .
Aku ternampak kedai menjual alat muzik . Aku menuju ke kedai tersebut . Ada gitar . Wahhh . Aku nak beli lah . Aku tengok harga gitar tersebut . Hm RM 580 je . Boleh lah ni .
Aku mengambil gitar tersebutdan menuju ke counter untuk membayarnyaa . Aku mengeluarkan dompetku . Omg ?! Tak cukup weh duit akuuuu ! Aku membongkar semua yang ada dalam handbag aku. Fuh ! Nasib baik ade credit card .
Aku menghulurkan credit card itu kepada penjual . Belum sempat aku nak hulurkan ada suara seseorang menyapa gegendang telingaku . Ceh sains pulak ! Hahaha pape jelah .
" biar saya yang bayar . " kata lelaki itu sambil menghulurkan wang mengikut harga gitar yang ingin aku beli itu . Aku memusingkan wajahku untuk melihat siapakah gerangan jejaka tersebut ? Acewah ! Hahaha .
What ?! Izarel !
Macammana dia boleh tahu aku dekat sini ? Bukan tadi dia sebok ke layan betina tu . Huh ! Tiba tiba hilang balik mood aku bila teringatkan minah tak gune tu . Sumpah sakit hati !
Selesai membayar aku mengajaknya pulang . Dia hanya menurut . Kami hanya berdua di dalam kereta . Dah sampai separuh jalan baru aku teringat dekat betina tuu . Takka kena tinggal kot ? Ha padan muka !
" Rel , mana ' awek ' kau yang tadi tu ? " Tanyaku kepada Izarel . Manalah tahu kalau memang betul si betina tu kene tinggal . Susah jugak nak patah balik .
" eh haah lah . Alamak ! Tertinggal lah . Aku lupadia ikut kitaaa . Haish . Tkpelah aku hantar kau dulu , nanti aku amik dia ." Katanya . Aku hanya mengangguk . Nak date lagi lah tu ! Huh nyampah !
Hampir setengah jam jugaklah baru sampai rumah aku . Aku turun dari kereta dan melangkah ke arah pintu masuk . Aku menoleh apabila Izarel memanggil namaku .
" Mya ! "
" apa dia ? "
" sorry for today . I can explain about it . I really really sorry . For your information , she's not my someone speacial . She's nothing for me but you're everything for me . Without you , i feel i lost everything . " katanya . Ok im touching . Huk . Berharga jugak aku pada dia ek .
Aku hanya tersenyum dan terus masuk ke dalam rumah . Kata kata Izarel masih terngiang - ngiang di dalam fikiranku . Aku takut aku yang mainkan perasaan dia . Haih bingung !
To be continuee ..
ANDA SEDANG MEMBACA
Senior Paling Kejam .
Teen FictionIZAREL ASYRAF DATO' ZAIDIN . Seorang yang bergaya dan angkuh serta kejam dimata seseorang pelajar perempuan kerana suka membuli pelajar disekolahnya . Mempunyai kumpulan yang 'hot' dan package yang lengkap untuk memikat pelajar perempuan . Namun tid...
