"Jom singgah makan dulu . Mya dah lapar ni . Tak tahan dah "ajak Mya sambil membuat muka seposen nya . Hairul yang sedang memandu , mencebik lihat muka Mya . Dia fikir comel le tu ? Eleh . Comel lagi aku !
" pergi jelah Rul . Kesian tunang aku tak makan lagi ni " balas Izarel yang duduk di sebelah Mya di seat belakang .
" yelah . nak makan kat manaa ? " Hairul akhirnya mengalah . Nasib baik ada tunang kau dik . Kalau tak memang tak aku nak ikut kepala kau .kata je tu nak makan . At last pergi shopping . Bukan boleh percaya dia ni .
" dekat Mid Valley ! "
Ha kan aku dah agak ! ee nak kene Mya ni . Tunggulah kau .
" makan je . NO SHOPPING ! " balas Hairul . Lebih kepada amaran sebenarnyaa .
" ya ya "
🌸🌸🌸
Tiba di Mid Valley , Mya terus menuju ke Pasta Village . Tekak terasa nak makan pasta . Apa boleh buat right ?
Pelayan datang mengambil order . Macam biasa , Mya akan order makanan kegemarannya iaitu spaghetti carbonara .
Selesai makan , mereka berjalan jalan di sekitar Mid Valley . Sebenarnya nak balik terus , tapi Mya kan . siapa tak kenal perangai dia yang suka berjalan tu . Nak taknak kene ikut jugaa .
" Caution ! " tempik Izarel keras.
Mya terperanjat . dalam tersentak dia perasan yang kakinya sudah tidak stabil . Lantai yang dipijaknya terasa licin . Mya cuba menstabilkan badannya , jika tidak dia bakal tergelincir ke depan . Belum sempat mencium lantai , pinggangnya disauk kasar .
Kemas pegangan Izarel .
" letak mana mata tu ? " jerkah Izarel sebelum melepaskan rangkulan eratnya .
" tak nampak ke papan kuning depan tu ? Dah tertulis suruh berhati hati kenapa boleh tak nampak ? " sambung Izarel lagi .
" sorryy . Tak perasan " balas Mya gugup .
" You should be careful next time . Sepatutnya aku kene pegang tangan kau supaya tak terjadi hal macam tadi . Fortunately , aku sempat sambar pinggang kau yang kecik tu " balas Izarel . Geram sungguh dia dengan Mya . Terus berubah panggilan .
kecik ? Perlu ke dia komen macam tu sekarang ? Dia ni memang sengaja mengocak emosi aku ! Omel Mya dalam hati . Geram pula mengenangkan kecuaian diri sampai nak terjatuh . haih . Nasib badan lah !
To be continue ..
YOU ARE READING
Senior Paling Kejam .
Teen FictionIZAREL ASYRAF DATO' ZAIDIN . Seorang yang bergaya dan angkuh serta kejam dimata seseorang pelajar perempuan kerana suka membuli pelajar disekolahnya . Mempunyai kumpulan yang 'hot' dan package yang lengkap untuk memikat pelajar perempuan . Namun tid...