Why Me!?

2K 114 28
                                    


Okay ni kisah aku dengan adik beradik aku kena kacau dekat rumah baru.

Aku pindah rumah ni dah nak masuk 5 tahun jugak la. First year pindah memang tak ada apa yang jadi tapi start dari tahun lepas till now gangguan tu dah jadi makin teruk.

Rumah aku yang baru ni kiri kanan pokok kelapa sawit, depan rumah pulak sungai and belakang pokok kopi (kawasan kampung as u can see dekat media atas tu) so memang gelap la kalau malam yang ada pon cuma lampu jalan yang hidup segan mati tak nak pulak (kejap hidup kejap mati).

Dekat rumah aku ni ada satu bilik yang bagi aku agak creepy sikit. Aku memang tak kan masuk bilik ni waktu malam kalau aku sorang² sebab aku rasa macam ada orang tengah perhatikan aku.

Dulu bilik ni bilik abang aku yang lawan hantu tu (sekarang dah jadi bilik akak aku). Orang first yang kena kacau abang aku tu la.

Yang gangguan kali ni dia kena agak teruk sikit sampai sakit². Aku tak tau apa yang ganggu dia sebab abang aku cuma cakap yang dia rasa sakit² je.

Tapi abang aku penah cakap yang dia penah nampak ada benda putih terbang dekat luar rumah masa dia tengah minum dekat dapur (dapur aku bahagian nak masak tu depan dia cuma jaring je so kalau nk ke dapur mata korang secara automatic memang akan terpandang luar).

Adik aku pon penah nampak benda yang sama dekat bawah pokok kopi, lepas dia nampak tu macam orang sasau la jugak tetiba menangis lepas tu terus demam. Anak buah aku pon kena jugak, dia cakap dekat papa dia "kenapa zombie tu pandang kakak? Mata dia merah lepas tu muka dia macam zombie" (Anak buah aku masa tu umur 5 tahun) tapi papa dia cakap "tak ada pape tu cuma moto je". Sampai sekarang kalau kau tanya dia "pia nampak apa masa tu?" Dia akan jawab "pia nampak moto" lepas tu kalau korang tanya "macam mana rupa moto tu?" Dia akan cakap "macam zombie".

Ok tu cerita pasal adik beradik and anak buah aku, ni cerita pasal aku pulak. Some mungkin dah tau pasal ni.

Gangguan yang aku dapat semua melalui mimpi dan berakhir dengan kejadian tindihan.

Aku penah mimpi ada hantu besar lepas tu hitam legam (mak aku cakap kalau macam ni hantu raya). Dalam mimpi aku tu, hantu tu minta makanan dekat aku, sia jerit² "aku lapar, aku nak makan" tapi aku tak bagi so benda tu macam marah kat aku.

Tak lama lepas tu aku dapat mimpi lagi tapi mimpi kali lagi creepy. Dalam mimpi tu aku tengah berdiri dekat satu padang rumput tiba² ada sorang nenek tua ni datang, dia pandang je aku and aku pon pandang je la dia balik.

Tak lama lepas tu nenek tu cakap dekat aku "terima aku" tapi aku buat bodoh je masih lagi pandang nenek tu tiba² nenek tu mula berubah jadi macam nenek kebayan and start kejar aku menjerit² suruh aku terima dia, aku pon apa lagi lari la jugak tapi sambil lari tu aku sempat cakap aku terima dia (jujur aku cakap aku takut gila bila fikir pasal hal ni, aku langsung tak bagi tau family aku pasal ni. What should i do?).

Kawasan padang rumput tadi pon pelahan² hilang jadi kawasan rumah (rumah yang sama dengan rumah hantu raya yang minta makanan dekat aku).

Perasaan aku masa tu aku dah meronta² meracau menjerit² panggil mak aku minta tolong tapi tak ada sapa pon yang tolong. Bangun dari tidur badan aku habis lecun sebab berpeluh and mengigil tahap extreme sebab aku takut gila.

Yang paling teruk aku kena tindih i think bulan 7 atau 8 tahun lepas. Aku mimpi pocong masa tu and aku terjaga dari tidur (terjaga tapi mata tak boleh buka), aku try nak bangun tapi tak boleh lepas baca ayat kursi dengan 3 qul baru aku boleh gerak balik, lepas da boleh gerak tu aku sambung tidur balik.

Lepas aku sambung tidur aku dapat lagi mimpi tu tapi kali ni aku terjaga mata aku terbukak (mata je boleh gerak tapi satu badan aku yang lain macam orang lumpuh).

Aku start baca ayat kursi dengan 3 qul dalam otak aku tapi tak jalan jugak, dalam aku tak boleh nak bergerak tu mata aku melilau kesana kesini tiba² langsir dekat sebelah aku beralun, masa tu aku tak pasang kipas sebab tak ada letrik and tingkap memang aku tak bukak. Apa yang gerakkan langsir tu plus kat luar pon tak ada angin.

Aku masa tu memang macam dah putus asa sebab aku dah penat gila, nafas pon dah tercungap² aku cuma mampu tawakal je supaya orang kejut aku bangun dari tidur. Syukur alhamdulillah masa tu kucing aku tiba² bergerak (dia tidur atas tangan aku) so secara automatic aku pon terjaga.

Kalau la kucing aku tak bergerak, aku tak tau la apa jadi sebab masa tu aku memang dah tak cukup nafas. Tu la last aku kena tindih tapi mimpi² tu kadang² datang jugak dekat aku. Semua ni jadi bila aku tidur dekat bilik yang aku cakap creepy tu.

Sekarang ni gangguan tu dah kurang sikit la. Kalau setakat dengar suara orang mengilai, ketawa, tiba² bau orang memasak pukul 3 pagi and dengar orang bagi salam tapi bila tengok tak ada orang tu biasa je.

Tapi sekarang ni aku dah mengamalkan sikap 'I don't give a shit' selagi benda tu tak tunjukkan diri dia dekat aku dan aku harap dia tak tunjuk.

Tu je la kisah aku, aku harap korang enjoy baca. 100% pengalaman sebenar yang aku sendiri alami.

×××××××××××××××××××××××××××


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




C

ompetition _XXXIXXX_ . Wish me luck again.

[C] HELP!! [BTS Horror FanFiction!]Where stories live. Discover now