Bab 1

26 3 3
                                    

Apabila loceng sekolah berbunyi menandakan masuknya waktu rehat,berpusu pusu pelajar pelajar memasuki kantin sekolah.Di sana,ada yang berebut rebut membeli makanan serta minuman dan juga ada yang berebut rebut menempah meja di kantin.Macam macam ragam yang dapat dilihat.Memang meriahlah kantin apabila menjelang waktu rehat.
"Korang mahu buat berkenaan apa untuk karangan yang Cikgu Haiza berikan itu?"tanya Mel dengan riak bosan.Memang ditakdirkan harini tiada sebarang gosip atau berita yang menarik untuk dibincangkan bagi kumpulan nakal itu jadi terpaksalah sembang berkenaan pelajaran."Hmm..Tak terfikir lagilah...malaslah mahu mengarang karangan yang membosankan seperti karangan bertajuk"Perkara Yang Saya Benci" lainlah jika disuruh mengarang karangan berkenaan fesyen terkini sudah tentu sesenang petik jari"kata Fazura sambil membuat riak menyampah."apakata kita reka karangan berkenaan gadis yang tidak mengetahui tentang dunia fesyen ianya tentu mendapat gred yang bagus" Idea Juliana yang cetek akal itu membuatkan si ketua manahan ketawa.Hehe..apa ke anehnya pemikiran si Juliana ini."Girls...apa kata malam ini kita bersuka ria?"ajakan Wardina itu disambut dengan baik sekali oleh anak anak buahnya.Memang sejak azali lagi kumpulan nakal itu berperangai liar.
"Mahu tulis pasal apa ya? Apakata aku tulis...hmm?Hish!I had no idea!" Memang harini Wardina buntu memikirkan idea untuk karangannya.Tetapi,selang beberapa minit mentol ideanya akhirnya menyala.Dengan begitu tekunnya,Wardina segera menulis bait bait ayat dengan teliti.Dia yakin bahawa karangannya terbaik antara semua.Apabila proses menulis karangan selesai,Wardina terus membaca isi karanganya.Serta merta wajahnya bertukar sedih.Patutkah?dia memberikan karangannya yang sebegitu rupa kepada gurunya kerana ia sedikit demi sedikit telah membuka hal peribadinya."Agaknya tidak perlulah aku berikan karangan ini".kata hati kecil Wardina. Dengan segera dia meronyokkan karangan itu sehingga menjadi gumpalan lalu membuangnya ke dalam tong sampah.Teringat pula karangannya yang menyedihkan itu.

DeathWhere stories live. Discover now