bab 6

8 1 0
                                    

Dapat terlihat..ibunya sudah menarik beg tarik yang mahal itu dan berlalu pergi meninggalkannya manakala si ayah sudah hilang..entah kemana perginya.Tinggalah Wardina keseorangan lagi bersama adiknya.Hatinya mula rapuh dan baru dia sedari hidupnya terlalu sunyi dan menyakitkan.Air mata tidak semena mena mengalir deras.Memang hari ini hari yang panjang buatnya.Hari yang banyak perkara yang ditangisi.Wardina hanya menekup mukanya dengan bantal gebu itu sambil menangis.Mahu buat macam mana itulah terapi buatnya.Tetapi tiba tiba..
"Tok.. tok..tok!"pintu bilik Wardina diketuk bertalu talu.Macam mahu tercabut pintu itu apabila diketuk sebegitu.Wardina terpaksa menekup telinganya dengan tangan kerana ketukan itu sungguh kuat.
"Akak Wawa oh..akak Wawa bukalah pintu ni"
'........'
"Kak Wawa bukalah..Maya nak telefon! mahu main game.."
"Just..live me alone!"Wardina menjerit separuh histeria kepada adiknya yang degil itu.
"No..I'm not!until you give me your phone"semakin lama ketukan itu semakin kuat.Huh!kalau ikutkan hati, mahu sahaja Wardina campak sahaja telefon itu biar pecah bederai tetapi memandang itu telefonnya dia mematikan hasratnya.
"Ahh!Go away!"jerit Wardina geram.Memang sejak azali perangai adiknya begitu.Tiba tiba,ketukan kuat itu terhenti."Sorry"kata Maya tanpa rasa bersalah.Selang beberapa minit,Wardina terlena.Hanya dengan tidur sahaja dia dapat menghilangkan seketika perit dihatinya yang tiada siapa tahu.

DeathWhere stories live. Discover now