bab 2

14 3 1
                                    

                   Perkara yang saya benci
   *keluarga saya
Kenapa?
Saya terlalu bencikan keluarga saya walaupun kami ini berharta.Walaupun masyarakat sering melihat keluarga saya ini baik baik sahaja tetapi tidak.Ayah saya tidak pernah mengambil berat tentang saya.Berkenaan pelajaran,apa yang saya lakukan tidak pernah dihiraukan.Beliau juga sering bergaduh bersama ibu seperti anjing dan kucing .Ibu saya pula sering tidak ada di rumah.Dia sering mengikuti kelab datin datin.Di rumah pula,saya tiada tempat meluahkan perasaan melainkan pembantu rumah  dan adik saya.Tetapi,apa gunanya meluahkan perasaan saya kepada adik dia masih muda untuk memahami perasaan saya.Jadi,hanya dengan kawan kawan rapat saya dan pembantu rumah saya luahkan segalanya.Saya sering berasa sunyi dan adakalanya saya fikir jika saya mati mungkin ia akan lebih baik bagi semua.Saya cuma mahukan perhatian daripada kedua ibubapa saya sahaja tidak lebih dari itu.
apabila malam menjelma,Wardina segera bersiap siaga untuk berjumpa rakan rakannya.Memang waktu yang terbaik untuk keluar kerana ibubapanya tiada di rumah adiknya pula sudah tidur diulit mimpi.Tiba tiba,sewaktu menuruni tangga ada lembaga yang memanggilnya."Kakak,mahu pergi mana?"tanya si kecil yang baru tersedar dari tidur."Er...Kakak mahu berjumpa dengan rakan rakan akak".
"Malam malam bergini?"wajah si kecil bernama Maya itu berkerut kerut pelik."Maya ini banyak tanya pula"Wardina pula segera membuat wajah bosan mungkin rimas dengan pertanyaan si adik.Huh!tak padan dengan usia sudah mahu menyoal nyoal orang seperti polis tak bertauliah.Tanpa menghiraukan adiknya Wardina segera menuruni tangga.Kemudian,dia terasa  ada tangan yang sedang memengangnya erat tangannya."Kak Wawa...janganlah tinggalkan Maya.."kata Maya sambil membuat wajah 10sen."Maya..Mak Esah kan ada untuk temankan Maya lagipun jangan risau mama akan pulang sekejap lagi." Wardina segera mengusap rambut adiknya.Dalam hatinya,terasa sedih juga melihat adiknya itu dengan emak yang tidak tahu mahu pulang dan si ayah yang sering mencari harta duniawi."Okeylah"jawab si adik dengan mesra sekali.Jawapan si adik itu sedikit demi sedikit melegakan hati Wardina.Bertuahlah dia kerana dikurniakan adik yang tidak banyak karenah.

DeathWhere stories live. Discover now