Bab 4

1.8K 197 43
                                    

Imbasan kembali :

"Anak tak berguna!" Teriak Encik Kim lalu memukul anak lelakinya dengan sebatang kayu.

Budak lelaki berusaha untuk melindunginya dengan menutup kepalanya menggunakan bag.

"Appa.. Mianhe.. Jeongmal mianhe..." Rayunya sambil menangis.

Encik Kim langsung tidk mendengar. Tubuh lelaki kecil itu dipukul sekuat hati tanpa rasa belas kasihan.

"Jungkook!" Teriak seorang remaja lelaki lalu berusaha melindungi budk lelaki itu.

Encik Kim berhenti. "Tanya anak pungut tu.. Dia mencuri lagi, Jin. Mencuri! Apa yang kurang dalam rumah kita? Apa?!" Marah Encik Kim.

"Saya... Saya..."

"Saya yang suruh Jungkook mencuri.." Kata lelaki yang bernama Jin lalu menundukkan kepalanya tanda rasa bersalah.

"Kim seokjin!! Kamu gila ke?! Jangan nak memalukan keluarga Kim! Jangan nak lindungi Jungkook tu.. Beritahu saja yang kamu tak nak appa pukul Jungkook.."

"Appa.. Saya yang.."

"Anak celaka!" Teriak Encik Kim lalu memukul Jin.

Jungkook segera bersembunyi disebalik pokok besar. Dari jauh, dia dapat melihat appanya memukul tubuh hyungnya sehingga separuh wajah Kim Seokjin berdarah.

Dan, dari jauh juga... Dia dapat melihat tubuh hyungnya kaku... Jin mati ketika dibelasah oleh ayah kandungnya sendiri..

♬♬♬

Jungkook terbangun dari mmpi itu. Dahinya berpeluh peluh kerana mengalami ketakutan yang amat sangat. Tangannya menggigil.

Ini semua salah kau.. Kalaulah kau tak mencuri waktu tu, aku mesti masih hidup sekarang ni. Kau.. Kau penyebab ku mati, Jungkook!

"Hyung, jeongmal mianhe.. Maafkan aku... Aku tau, aku yang salah.." Kata Jungkook sambil menangis lalu memeluk lututnya.

Jadi, untuk tebus kesalahan kau, bagi aku peluang untuk kuasai badan kau malam ni saja..

Jungkook memandang ke arah cermin. Entah samaada dia berhalusinasi atau tidak, yang dia nampak, refleksi di dalam cermin itu sedang tersenyum.

"Jin hyung.. Jebal.. Aku merayu... Cukuplah buat aku macam ni.."

Lelaki di dalam cermin itu tersengih. Sekarang, figura yang berada di dalam cermin itu jelas. Seorang lelaki yang tinggi, berambut perang dan memakai baju t-shirt hitam sedang melihat Jungkook dengan mata tajam.

Tiba-tiba, lelaki dalam cermin itu jadi berang. Menjerit jerit seolh olah api kemarahan di dalam jiwanya takkan terpadam.

"Kim seokjin! Stop! You're hurting me!" Kata Jungkook.

Tiba tiba, tubuhnya menjadi semakin lemah. Lemah sehingga memberi peluang kepada sisi gelapnya untuk mengambil dan menguasai tubuhnya.

Multiple Identity DisorderHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin