1: IPOH (S01E01)

865 18 5
                                    


Perkara yang paling enak semasa beristirahat di waktu petang adalah duduk di laman rumah, sambil menghirup teh panas, menjeling ke arah goreng pisang di meja dan sekali sekala menatap si anak bermain mengejar kucing.

Dan lebih enak lagi bila melihat si isteri datang membawa lebih banyak goreng pisang keluar dari rumah, melangkah tersenyum. Tiadalah yang lebih indah dari menatap wajah isteri yang dicintai.

Keindahan itulah yang mahu Nazri abadikan selama-lamanya dalam memori. Biar ia jadi kenangan, biar ia jadi pengalaman yang paling manis buat Nazri.

Si isteri duduk di sebelah Nazri.

"Kenapa senyum?" tanya si isteri.

Nazri terus memandang si isteri.

"Cakaplah, kenapa?"

"Perfect,"

"Apa yang perfect?"

Nazri pegang dagu si isteri. Nazri terus tersenyum. Dia mengalihkan pandangan ke arah anak mereka.

"Ini..."

Isteri ketawa kecil. "Tapi goreng pisang ni tak perfect, ada yang hangus,"

Nazri tak peduli goreng pisang hangus. Dia akan makan 100 goreng pisang hangus kalau itu harga yang perlu dia bayar untuk bersama si cantik dan si comel.

Isteri pegang tangan Nazri.

"Terus tersenyum ya?"

Nazri angguk.

"Kita, sama-sama,"

Nazri cium dahi si isteri tersayang.

Keindahan ini akan terus diabadikan dalam memorinya. Biar jadi kenangan.

Si isteri bangun. Si isteri tersenyum. Si anak berdiri sebelah si isteri.

"Jaga diri baik-baik ya,"

Airmuka Nazri berubah. Apa maksud si isteri.

Perlahan-lahan semuanya hilangt. Goreng pisang di atas meja hilang. rumah indah di depannya hilang. Taman-taman hilang, awan biru hilang, anaknya hilang, si isteri hilang dan segala-galanya hilang.

Semuanya hilang.

Apa yang dia ada cuma kenangan. Keindahan itu kini hanya ada dalam kepalanya.

Nazri tidak lagi tersenyum. Malah dia sendiri sudah lupa bilakah kali terakhir dia senyum. Atau sebenarnya dia tidak mahu ingat, kerana hari terakhir dia mengukir senyum adalah hari terakhir tangan si isteri terlerai dari pelukan.

Nazri berdiri kaku, menatap kubur si isteri dan si anak. DIa tarik nafas panjang.

Bart Ahmad berdiri tak jauh dari situ.

"Weh, kita kena blah, nanti diorang makin ramai," tegur Bart.

Nazri toleh.

Apa yang dia nampak sekarang hanyalah kemusnahan. Kota yang suatu ketika dulu sebuah bandaraya indah kini tinggal bersisa.

Nazri dan Bart dengar sesuatu. Bart pegang erat pedang yang tersisip di belakangnya. Nazri juga sudah bersedia dengan pedangnya.

"Jom! Jom!" Bart mula bergerak ke arah satu-satunya kubu yang boleh menyelamatkan mereka berdua. Nari pandang ke arah Bella, yang menjadi garis nipis antara mati dan hidup mereka.

Bart dan Nazri berlari ke arah lori besar itu. Dari jauh mereka dapat dengar raungan dari pelbagai arah. 'Mereka' sudah dapat mengesan Bart dan Nazri. Beberapa dari 'manusia' itu sudah muncul dan berlari ke arah bart dan Nazri.

Salah seorang dari mereka menerkam ke arah Nazri. Nazri hayun pedangnya dan memenggal kepala si penyerang. Bart pula sudah semakin hampir dengan Bella. Tapi seorang lagi muncul di sisi kepala lori itu dan meraung sambil tangan tergapai-gapai tak tentu arah, tanda bersedia nak menyerang Bart. Bart hayun pedang melibas leher si peraung. Dia tidak lagi meraung sebaliknya mengelupur terbaring.

Bart melompat masuk ke dalam lori. Enjin di hidupkan. Bella hidup dan raungan enjin Bella tanda kubu mereka sudah bersedia.

Bart jerit ke arah Nazri yang baru memenggal satu lagi kepala manusia yang cuba menyerangnya. "Woi! jommmm!!!"

Nazri bingkas. DIa berlari ke arah Bella.

Bart bersedia untuk pandu pergi dari situ. Dia pandang ke luar. Di belakang Nazri nampak jelas beratus-ratus manusia seperti yang baru dia dan Nazri bunuh tadi berlari ke arah mereka.

Nazri melimpat masuk. Bart tekan pedal dan Bella mula bergerak. Nazri sempat menjeling ke arah kubur si isteri dan anaknya. Matanya berkaca.

Bella merempuh beberapa manusia yang cuba menerkam ke arah lori itu. Tiada satu pun yang berjaya naik. Bella selamat meluncur pergi menjauhi manusia-manusia itu.

Bart terus drive, mata terarah ke depan. Nazri di sebelah memandang keluar.

"Ini last, kalau sekali lagi kau cakap kau nak pergi melawat kubur bini kau, aku cadangkan kau gali kubur kau sendiri kat sebelah dia," Bart terus drive pandang ke depan.

Nazri diam. Keras amaran Bart itu. Tapi dia tak peduli. Dia dah dengar amaran ini sebanyak lapan kali.

Bella terus menyusuri jalan menuju ke Kuala Lumpur. Tiada keindahan di kiri dan kanan. Apa yang ada hanyalah ketakutan, kengerian dan putus harapan.

Apa yang tinggal buat Bart Ahmad dan Nazri hanyalah semangat untuk terus hidup, walaupun kadang-kala semangat itu sudah semakin pudar.


SEROJA KEJORAWhere stories live. Discover now