7: AMAR AMIR & THE PARADOKS (S01E02)

262 10 3
                                    

Motor Amar berhenti di depan sebuah warung. Amar pandang Warung itu. tertera nama 'MUKHA' di depan warung tersebut.

Semua pelanggan warung tersebut memandang Amar. Sudah menjadi kebiasaan bila ada pelanggan baru yang datang ke warung tersebut, semua akan berhenti berbual dan mendongak memandangnya.

Amar tak peduli dirinya diperhatikan. Amar duduk di satu meja kosong. Amran, tauke warung tersebut datang dan duduk di sebelah Amar.

"Minum? makan?" soal Amran.

"Susu masam ada?"

Amran angguk. "makan?"

Amar geleng kepala.

Amran bangun dan pergi dari situ.

Amar diam buat hal sendiri. pelanggan lain kembali dengan aktiviti masing-masing. Ada yang berbual, ada yang bergelak ketawa dan ada yang berjudi.

Kemudian dari jauh kedengaran enjin jeep yang garang. The Paradoks sudah muncul. Dua buah jeep berhenti di sebelah motor Amar. Aloy and the gang turun dari Jeep. Aloy sempat menjeling ke arah motor Amar.

Suasana menjadi bingit dengan kehadiran The Paradoks. Amran sudah masak benar dengan perangai mereka.

Rayza terus ambil satu kerusi dan duduk sambil kakinya diletak atas meja. Alifie duduk sebelah Rayza dan menolak Rayza. Syai ketawa melihat gurauan rakan-rakannya.

Amran letak susu masam di meja Amar dan mendapatkan Aloy.

"Awek ada? awek?" soal Nik Adam.

"Kau bukan ada duit pun nak bayar," jawab Amran. "Lagipun berdosa"

"Ptuih!" Nik Adam pergi dari situ.

Amran pandang Aloy.

"Hah, macam mana?" soal Aloy.

"Okey, macam yang aku cakap haritu, King Mutalib nak Fynn hidup-hidup,"

Amar pasang telinga. Maklumat ini menarik perhatiannya. Tapi dia buat-buat minum susu.

Aloy pandang ke arah Amar. Kemudian dia pandang Amran. Dia tarik Amran pergi dari situ.

Amar perhati Aloy dan AMran berbual di dalam dapur warung. Dia terus minum susu masam. Dia nampak Amran memberikan sekeping peta pada Aloy. Pastinya itu lokasi Fynn. Pasti!

Amar pandang gelas cawan susunya. Dia teringat memorinya bersama isterinya. Masih segar di ingatannya ketika dia beratur untuk memasuki pintu kem perlindungan di Bentong. Ketika itu dia terpandang gadis itu, yang sedang merawat seorang kanak-kanak.

Faz pada mulanya tidak sedar dirinya diperhatikan. Amar terus memerhatikan Faz, tidak berkelip matanya, melihat gadis yang membuat hatinya terpesona.

"Woi Bodoh! Kau nak berdiri tegak sampai tahun depan ke apa?" mamat di belakang Amar menegur bila melihat Amar terus berdiri di depan pegawai pemeriksa pintu masuk sedangkan barisan semakin panjang.

Amar pandang mamat yang menegurnya. Dia keluarkan dokumen yang diperlukan. Pegawai itu memeriksa dokumen Amar. Kemudian seorang pegawai kesihatan datang menghulurkan satu alat yang mampu mengesan samaada Amar dijangkiti nano-kimia atau tidak. Jika dijangkiti, Amar bakal berdepan di tembak oleh askar di situ. Kalau tidak, dia dibenarkan masuk.

Amar menoleh memandang Faz yang terus merawat pesakit di sebalik pagar sana. Pegawai perubatan menyuntik Amar dengan alat pengesan itu. Serta merta alat itu berbunyi. Airmuka semua berubah. Amar terkejut.

Beberapa orang askar lantas mengangkat senjata dan di hunus ke arah Amar.

"Aku tak sakit! Aku tak sakit!"

Seorang askar menghentak belakang Amar. "Sini! Sini!"

Seorang lagi menarik Amar.

"Aku tak sakit! Aku tak sakit, jangan tembak aku!"

Amar di bawa ke satu kawasan lapang berdekatan situ. Beberapa orang askar sudah bersedia untuk menembak mati Amar. Pandemik nano-kimia yang telah meruntuhkan tamadun manusia dan membunuh berjuta-juta orang membuatkan tindakan drastik harus dilakukan demi keselamatan yang lain-lain.

"Aku tak sakit!" jerit Amar. Dia tutup mata. Adakah ini hari terakhirnya? Adakah dia akan mati? oh hai Amar terkilan. Dia tak dapat nak berkenalan dengan gadis yang merawat kanak-kanak tadi. Oh terkilan.

"Kapten," Amar yang tadinya tutup mata terdengar suara Faz. Amar buka mata perlahan-lahan.

"Alat ni dah rosak rupanya,' Faz menunjukkan alat yang digunakan memeriksa Amar. "Mari saya periksa dia guna alat saya,"

Kapten angguk kepala. Semua askar menurunkan senapang masing-masing. Faz pegang tangan Amar. Sama seperti tadi, Faz menyuntik tangan Amar dengan alat itu.

Alat itu tak bunyi apa-apa. Faz senyum pandang Amar. "Awak key,"

"Betul ni doktor?" tanya Kapten.

Faz angguk, "Yang tadi tu dah rosak,"

"Ohhh ye ke? hok alohhh," balas Kapten.

"Ohhh ye ke je? hok aloh je? aku nyaris mampus sebab alat korang rosak tau? korang boleh ohhh ye ke je?" jerit Amar, dalam hati. DIa tak berani nak maki kapten itu memandangkan dia dikelilingi oleh askar bersenjata.

Amar ikut yang lain-lain masuk ke dalam kem perlindungan itu. Matanya sempat menjeling ke arah Doktor Faz. Faz pandang Amar. Mereka berbalas senyuman.

'

Lamunan Amar terhenti bila Amran datang tanya nak susu masam lagi tak. Amar geleng kepala. Amran pergi dari situ.

Amar pandang Aloy yang sedang berbual dengan The Paradoks.

Amar terus minum. Dia sedar bukan dirinya seorang yang sedang mencari Fynn. Pastinya di luar sana lebih ramai lagi.

Amar terus minum. Wajah isterinya terus bermain di dalam minda. Apa pun yang berlaku, dia akan bawa balik Fynn ke Kuala Lipis. Hanya darah Fynn yang boleh menyembuhkan isterinya. Kalau takdirnya isterinya akan mati, biar dirinya dahulu mati kerana cuba untuk menyelamatkannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 20, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SEROJA KEJORAWhere stories live. Discover now