2: KUALA LIPIS (S01E01)

499 8 1
                                    


Amar Amir duduk termenung. Banyak benda yang dia fikir.Sekali sekala dia gosok rambut, kusut dengan apa yang dah jadi. Dia cuba tidak menangis tapi hari ini sahaja dia sudah menangis lapan kali. Kali ini dia mahu menangis lagi tapi dia cuba tahan.

Doktor Nadia muncul.

"Amar,"

Amar Amir bangun.

"Faz okey kan Nad? Okey kan? dia okey kan?"

Doktor Nadia pandang Amar. Dari wajah Nadia sudah nampak apa yang hendak dia sampaikan bukanlah berita gembira.

"Faz okey kan? kan? kan?"

Doktor Nadia serahkan kertas yang mengandungi keputusan ujian darah Faz, isteri Amar.

"Amar, Faz dah stage dua. Nano-Kimia tu dah..."

"Tidakkkk!" Amar cuba lagi untuk menahan diri dari menangis. Dia genggam kertas itu, di keronyok tanda geram.

"Tidak!" Amar tutup mata.

"Errr, Amar, jangan keronyok kertas tu, saya nak pakai lagi tu, " pinta doktor Nadia.

"ohhh, okey, okey," Amar serahkan kertas yang sudah entah rupa apa pada Doktor Nadia.

"Saya mintak diri dulu ya Amar," Doktor Nadia gerak.

Amar pandang ke arah pintu bilik. Di sebalik pintu itu menanti isterinya. Menanti apakah keputusan ujian darah dari doktor.

Amar tolak perlahan-lahan pintu. Faz sedang tidur. Amar melangkah perlahan-lahan. Dia tak mahu Faz terjaga. Biar isterinya berehat. Amar tarik kerusi perlahan-lahan tapi secara tak sengaja dia terlanggar beg tangan Faz di tepi meja. Beg itu tergerak dan melanggar pasu bunga. Pasu bunga bergoyang dan jatuh, pecah seraya mengeluarkan bunyi.

Faz buka mata. Dia pandang Amar yang sedang tepuk dahi.

"Yang?"

Amar duduk dan pegang tangan Faz.

"Apa kata doktor?"

"You okey," Amar cium tangan Faz.

Faz senyum. "awak tak pandai menipu encik Amar, stage berapa?"

Amar cuba untuk senyum. Tapi matanya sudah berair. Faz usap rambut Amar.

"Hey, jangan macam ni, senyum?" Faz seka airmata Amar. "Orang kata, hidup kena positif,"

Amar angguk. Dia cuba untuk positif. Tapi dia tahu, semua manusia yang hidup di dunia ketika ini tahu tiada apa yang boleh menghalang nano-kimia itu untuk meratah tubuh Faz hari demi hari. Tiada ubat, vaksin atau jampi serapah yang boleh memusnahkan nano-kimia itu.

"Yang, tidur ya? rehat," Amar betulkan selimut isterinya. "Positif, kita akan lawan sama-sama! ya?"

Faz senyum dan angguk.

Seorang pegawai tentera muncul depan pintu dan ketuk pintu yang dah sedia terbuka.

Amar pandang pegawai itu. "Puan Jeneral nak jumpa,"

Amar angguk. Dia cium dahi isterinya dan gerak mengikut pegawai tentera itu.

Amar dan pegawai itu tiba di tingkat paling atas sekali di bangunan markas tentera yang menjadi kubu terakhir manusia di semenanjung Malaysia. Amar berdiri tak jauh dari situ menanti Puan Jeneral yang sedang berbincang dengan beberapa pegawai atasannya.

Amar cuba untuk tak dengar apa yang sedang dibincangkan tapi dia dapat menangkap beberapa kata kunci perbincangan itu. Kota Bharu. Mutalib Uthman. nano-Kimia. Fynn. Kubu Selatan.

Puan Jeneral Fariza toleh pandang ke arah Amar. Dia menamatkan perbincangan. Semua pegawai beredar dan Puan Jeneral Fariza menghampiri Amar.

"Stage berapa Amar?" tanya Fariza.

"Dua, Ajun,"

Puan Jeneral Fariza diam. Dia cuba kawal diri. Sudah banyak berita buruk dia terima hari ini. Berita ini yang paling terkesan di hatinya.

"Angah akan okey, Amar," Puan Jeneral Fariza.

"Ajun dah tahu mana lokasi Fynn kan?"

Fariza diam.

"bagi Amar pergi cari dia! Ajun!"

"Ajun dah arahkan ramai ejen Ajun pergi cari Fynn, sabar Amar,"

"Ni bukan soal sabar Ajun, ni soal masa! Angah Ajun dah tak ada masa lagi!"

Amar rendahkan suaranya bila dia menyedari semua mata dalam bilik operasi itu memandangnya. "Ajun -"

"Amar nak ke KL? sorang-sorang?"

"Bagitau je apa maklumat yang Ajun ada pasal Fynn, biar Amar cari, Ajun,"

"Angah takkan maafkan Ajun kalau dia tahu -"

"Kita berdua takkan maafkan diri kita sendiri kalau Angah mati!" Tegas Amar.

Ajun diam. Dia berfikir. Ajun tunjuk Amar hamparan peta di atas meja.

"Sini, kita dapat imej satelit tiga hari lepas, 70-80% kemungkinan Fynn ada di sekitar sini, area Petaling Jaya,"

Amar perhati imej satelit itu. kelihatan imej seorang remaja perempuan bersama seorang lelaki yang lengkap bersenjata.

"Kenapa ejen-ejen Ajun tak pergi ke situ?"

"Dah, dua orang, penjaga Fynn tu bunuh kedua-duanya,"

Amar tergamam.

"Kemudian Fynn dan lelaki tu hilang balik," Ajun pandang Amar, "Betul Amar nak pergi cari?"

Amar angguk.

Ajun teragak-agak nak beri kebenaran.

"Ajun..." Amar pandang Ajun.

"Masa dah tak ada,"

SEROJA KEJORAWhere stories live. Discover now