Bella (Lori Bart Ahmad) berhenti di sebuah stesen minyak yang sudah lama di tinggalkan. Bart dan Nazri turun. Mata masing-masing berwaspada dengan sebarang kemungkinan.
Bart periksa setiap pam minyak di situ. Hatinya mendengus kecewa dengan setiap pam minyak yang dia pergi. Bella sudah kekeringan dan perlu diisi jika Bart mahu terus memandunya.
Kemudian Bart dan Nazri terdengar jeritan seorang perempuan diikuti gelak ketawa beberapa orang lelaki. Bart dan Nazri berpandangan. Nak kata hantu, hari siang. Nak kata orang buat maksiat, berparti, hari siang. Lagipun ini zaman pasca apokalips, tak ada siapa yang ada masa untuk berparti.
Bart dan Nazri melangkah ke belakang kawasan stesen mintak itu. Empat orang lelaki buas sedang bersedia untuk merogol seorang wanita. Jeritan simpati wanita itu langsung tak dipedulikan oleh empat lelaki itu.
Bart dan Nazri berdiri tegak memandang kerenah empat lelaki yang jahat itu. Mereka menyedari kehadiran Bart dan Nazir. Masing-masing terhenti dari cuba mencabul wanita tersebut.
"Blah!" jerit lelaki A.
"Kalau tak kitorang tikam!" Lelaki B menghayun parangnya.
Bart pusing, tak mahu masuk campur. Tapi Nazri terus berdiri merenung mereka semua. Bart terhenti pandang Nazri.
"cepat sikit, hari dah nak malam ni. Kita kena sampai ke hotel Madam Aliya sebelum malam," ujar Bart pada Nazri. Dia sudah faham apa yang Nazri mahu lakukan.
"Weh, member ko dah blah, apahal ko tak blah lagi?" jerit lelaki B sambil terus hayun parang. Lelaki C pula cuba menyentuh dada wanita yang mahu mereka cabul tapi wanita itu pantas tumbuk lelaki C.
Nazri perlahan-lahan melangkah ke arah geng pencabul. Lelaki B berang. Dia meluru ke arah Nazri sambil parang di angkat ke atas. Nazri terus bergerak sambil mengeluarkan pedang yang tersisip di belakangnya. Dihayun ke arah lelaki B. Lelaki A, C dan D terbeliak. Tangan lelaki B yang memegang parang bercerai dari tubuhnya dan jatuh ke tanah.
Lelaki D menjerit. Dia keluarkan pisau dan meluru ke arah Nazri. Nazri elak serangan lelaki D dan satu hayunan pedang sudah cukup membuatkan kepala lelaki D melayan pergi dari tubuhnya. Nazri kemudian pantas bergerak menghayun pedang ke arah lelaki C. Lelaki C hanya mampu berdiri sebelum menyedari lehernya perlahan-lahan putus,.
Lelaki A mengeletar. Dia pusing dan berlari pergi dari situ. Nazri angkat pisau lelaki D. Dilontar tepat mengenai belakang leher lelaki A. lelaki A jatuh mengelupur sebelum berhenti bergerak buat selama-lamanya.
Nazri pandang lelaki B yang masih terbaring mengerang kesakitan. Dia kemudian menoleh pada wanita yang nyaris dicabul itu.
Nazri pusing dan bergerak mendapatkan Bart Ahmad kembali.
"Tuan..." wanita itu bersuara.
Nazri terhenti.
"Terima kasih,"
Nazri tak beri respon. Terus bergerak pergi. Dia tak sempat nak lihat wanita itu mengangkat parang lelaki B dan menetak lelaki B berpuluh-puluh kali.
"Dapat minyak?" tanya Nazri.
Bart geleng kepala. "Terpaksa la kita beli dengan Madam Aliya."
Nazri angguk.
"Fuck, mahal nak mampus minyak yang dia jual," Bart membebel sambil melompat masuk ke dalam lori. Dia hidupkan enjin lori.
"Harap berbaloi la," Bart terus membebel. Nazri membersihkan pedangnya yang berlumuran darah pencabul. Dia tak pedulikan sangat bebelan Bart. Ada banyak benda lain yang sedang difikirkannya. Termasuklah misi mereka mencari Fynn.
Bella meneruskan perjalanan untuk masuk ke ibu kota, atau boleh dikatakan yang dahulunya pernah menjadi ibu kota.
YOU ARE READING
SEROJA KEJORA
Science FictionSebuah cerita menggunakan watak rakan-rakan. A tribute dan untuk keseronokan tanpa nilai sastera yang tinggi.