Firdaus buka peti di kaunter seven-eleven. Apa yang dia jumpa cuma seikat wang ringgit. Benda paling tak berguna di zaman ini. Firdaus pandang sekeliling. Barang-barang dalam Seven Eleven itu habis licin di ambil orang.
Firdaus keluar dari seven eleven itu. Dia garu kepala. Perut sudah lapar.
Firdaus baru perasan Fynn sudah hilang.
"Fynn!"
Tak ada jawapan. Senapang patah yang tersandang di sisinya di kemaskan. Firdaus meliar mencari kelibat Fynn.
"Fynn!!!"
Firdaus menyusuri ruang siarkaki mall yang dahulunya bernama The Curve. Mall itu kini sepi. Kalau dahulu di kiri dan kanan mall itu meriah dengan restoran-restoran dan pengunjung yang datang menjamu selera. Pesan apa sahaja, ikut keinginan. Burger, steak, penang charkoaytiaw. Semua ada.
Hari ini Firdaus cuma berharap agar dia jumpa roti krim. Atau biskut. Atau apa sahaja yang boleh di makan.
Firdaus terdengar bunyi di dalam salah sebuah restoran kosong itu. Firdaus pegang senapang patahnya. Dia bersedia dengan sebarang kemungkinan. Firdaus perlahan-lahan masuk ke dalam restoran itu.
Fynn muncul dengan topi panda. "Tengok niiii! comelnyaaaaaa!!!!"
Firdaus terkejut. Dia nyaris nak tembak Fynn.
Fynn buat muka comel, "Comel kan? comel kan? comel kan? comel kan? comel kan?"
"Kalau muka kena peluru senapang ni lagi comel,"
Fynn buat muka,
"Lain kali jangan pakai hilang macam tu je,"
"yelah, yelah,"
"Jumpa apa-apa?" tanya Firdaus.
"Topi ni je la,"
"Hmmmm," Firdaus mengeluh. Dia pusing, berfikir mana lagi tempat yang dirasakan masih mempunyai makanan. "Kita pergi..."
Firdaus pusing dan dia terhenti bila melihat seorang lelaki cekup Fynn dari belakang. Lelaki itu letak sejenis alat penyuntik di leher Fynn. Firdaus tahu apa alat itu. Alat itu alat untuk menyuntik nano-kimia yang boleh membunuh manusia.
"Bagi aku senapang tu!" arah lelaki tersebut.
"Rilek," sambut Firdaus tenang.
"Rilek tengkorak kau! senapang! senapang!"
"Rilek..."
"Kita tengok sikit macam mana kau nak rilek bila aku suntik dia ni!"
Firdaus perlahan-lahan letak senapang patahnya di depan kaki.
"tendang senapang tu ke sini,"
"Lepaskan dia, aku tendang,"
"Tendang dulu, baru aku lepaskan," Lelaki itu masih buat gaya mengugut nak tikam Fynn dengan alat penyuntik itu.
"Lepaskan dia, baru aku tendang,"
"Kau ni kan!" lelaki itu hilang sabar. "Tendang dulu, baru aku lepaskan!"
Firdaus angguk, "ojey, kau lepaskan, baru aku tendang,"
Lelaki itu angguk, "Haaa, macam tu la...ehhh, nanti, kejadah apa kau ni? kau ingat aku bodoh? jangan main-main, kalau tak...kalau tak...tendang la senapang tu ke sini!"
"Okey, okey, kau tendang, aku lepaskan, " Firdaus bersuara lagi. "Boleh?"
"Okey, " Lelaki itu tendang Fynn. Kemudian dia baru tersedar kesilapan dia. "eh, apa aku buat ni?"
Firdaus pantas keluar pisau belatinya yang tersisip di belakangnya dan meluru ke arah lelaki itu. Dia tikam lelaki itu bertubi-tubi. Lelaki itu terbaring mengelupur.
Firdaus pandang lelaki itu yang sudah tak bernyawa. Dia toleh pandang Fynn. Fynn bangun kesat tubuhnya.
"sakit aaaa!" Fynn mengeluh.
Firdaus tak balas. Dia capai senapang patahnya. Airmuka Fynn berubah.
"Wehhh!" Fynn jerit. Firdaus pandang Fynn. Fynn sedang lihat lengan Firdaus. Firdaus ikut pandang lengannya. Dia terkejut. Alat penyuntik itu terbenam di lengannya, tanda nano-kimia itu sudah meresap ke dalam tubuhnya.
Badan Firdaus tiba-tiba seperti terkena renjatan elektrik. Dia jatuh. Urat-urat mula timbul, tanda nano-kimia itu sudah mula memainkan peranan menguasai organ-organ tubuhnya.
Fynn pantas seluk beg sandangnya. Dia keluarkan alat penyuntik yang sama seperti alat lelaki tadi. Fynn pandang Firdaus. Semakin banyak urat-urat timbul di wajah Firdaus. Darah mula keluar dari setiap rongga.
Fynn lalu membenam alat penyuntik itu ke lengannya. Dia sedut darahnya. Kemudian Fynn meluru ke arah Firdaus. Dia lalu membenam alat penyuntuk itu ke dada Firdaus. Darah Fynn yang ada dalam alat penyuntik itu mengalir masuk ke dalam tubuh Firdaus.
Seketika kemudian Firdaus berhenti meraung. Nafas Firdaus turun naik. Urat sudah tidak lagi timbul. Nano-kimia di dalam tubuh Firdaus sudah dimusnahkan.
Firdaus bangun. Dia sudah okey. Firdaus pandang Fynn. Fynn angkat tanga buat peace sign. Firdaus gosok kepala.
"Jom!"
Fynn senyum. "Jom!"
Mereka bergerak keluar dari The Curve. Firdaus terus meliar memerhati sebarang mara bahaya yang mungkin tertimpa di depan mereka. Ini zaman tiada siapa pun yang boleh mereka percaya. Tapi Firdaus lebih meliar mencari sebarang benda boleh di makan.
"Kita buat kebun la, amacam?" Fynn bersuara. "Tak payah cari makanan lagi,"
Firdaus jeling Fynn. Dia malas hendak melayan Fynn.
Mereka bergerak mencari tempat teduh kerana malam semakin menjengah. Dan Firdaus tahu malam akan menjadi lebih bahaya jika mereka tidak berwaspada. Lebih dari itu, dia tak mahu apa-apa terjadi pada Fynn kerana dia sudah berjanji pada satu-satunya wanita yang dia jatuh cinta, bahawa dia akan melindungi Fynn hingga ke titisan darah terakhir.
+++
Dari utara, Bella meluncur laju ke arah Kuala Lumpur. Bart Ahmad dan Nazri terus termenung. Nazri keluarkan buku nota dari beg kecilnya. Terselit gambar Fynn di celah buku nota itu.
+++
Amar Amir mengenakan helmet. Dia sudah bersedia untuk ke Kuala Lumpur. Amar baru hendak naik motorsikal bila dia terpandang Faz, isteri tersayangnya berdiri di sisi motor.
Amar dan Faz berpelukan. Amar berjanji yang dia akan mencari Fynn dan Faz akan diselamatkan. Meskinpun berat hati Faz untuk melepaskan pelukan, tapi dia relakan dan hanya berdiri sepi melihat Amar memecut motor meninggalkan Kubu tersebut,.
+++
Dari timur, Dua buah Jeep bergerak laju menuju ke Ibu Kota. Rayza di atas Jeep menjerit-jerit keseronokan. Nik Adam yang memandu Jeep Coklat ikut menjerit sebelum kepalanya dipukul oleh Aloy.
+++
Di Selatan, Dubuk Riders sudah bersedia. Zharif dan Amir lengkap dengan jaket kalis peluru dan seragam tentera bersedia di superbike masing-masing. Kemudian muncul komander Dubook Riders, Caki melangkah gagah dengan seragam tenteranya. Wajahnya bengis seperti mahu makan budak. Dia naik ke atas superbike dan mengenakan helmetnya yang direka khas bagi menampakkan betapa garangnya mereka.
Dubuk Riders bergerak meninggalkan istana King Mutalib menuju ke Kuala Lumpur.
+++
Di Kuala Lumpur, Firdaus dan Fynn kebuluran.
YOU ARE READING
SEROJA KEJORA
Bilim KurguSebuah cerita menggunakan watak rakan-rakan. A tribute dan untuk keseronokan tanpa nilai sastera yang tinggi.