4: JOHOR BAHRU

283 9 3
                                    


Fatil berdiri pandang sekeliling. Dia tak boleh lari ke mana-mana lagi. Di belakangnya sebuah tembok tinggi yang takkan mampu dia panjat. Di depannya, adalah pintu masuk kota Singapura. Dia berdiri di atas satu-satunya jambatan yang menghubungkan tanah Johor dan Singapura.

Fatil telan liur. Di depan tembok itu sebuah lori besar menghalangnya. Di atas lori itu berdiri King Mutalib dan di sekeliling King Mutalib adalah askar-askarnya yang lengkap bersenjata.

"Apa lagi, pergi la sana!" jerit King Mutalib

Fatil menyembah King Mutalib. "Tolong la tuanku! ampunlah saya tuanku!"

'kejadah apa kau ni? kan aku tak suka orang panggil aku tuanku!"

"Ampun kan saya, king,"

King Mutalib senyum. "Okey, aku ampunkan kau,"

Fatil dongak. Fatil lega.

"Sekarang pergi sana," arah King Mutalib.

Airmuka Fatil berubah. "Tapi, king dah ampunkan saya?"

"Betul, jadi sekarang kau mampus takde la bawak sekali dosa kau, InsyaAllah, akhirat nanti masuk syurga,"

Fatil gerak cuba untuk menghampiri lori King Mutalib. "King! Tolong laaa!"

Semua askar angkat senjata. Fatil terhenti.

"Kau ni kan, yang kau takut sangat nak masuk Singapura tu kenapa?"

Fatil mengigil. Semua orang tahu apa di sebalik sana. Tak ada manusia yang sempurna akalnya mahu masuk ke sana dengan rela hati. Kecuali seorang - namanya Fasyali. Dia masuk mencari ibunya di dalam kota neraka itu. Tapi dia tak pernah kembali.

Singapura adalah ground zero kepada insiden malapetaka yang memusnahkan umat manusia. Letupan makmal nano-kimia di situ memulakan segala-galanya. Dalam masa sehari, Singapura hancur. Yang lelaki berubah menjadi makhluk ganas yang dikawal oleh nano-kimia itu sementara yang perempuan perlahan-lahan mati dibunuh oleh nano-kimia itu. Kalau pun tidak dibunuh terlebih dahulu oleh lelaki-lelaki yang telah berubah itu.

Dengar cerita kota itu dipenuhi dengan manusia-manusia gagal yang sudah tak boleh berfikir itu. dengar cerita sebenarnya manusia-manusia itu sudah lama mati, tapi otak mereka dikawal oleh nano-kimia itu.

Fatil telan liur.

"Woi cepat la! birthday party anak aku dah nak mula ni!"

Fatil cuba lagi untuk menghampiri King Mutalib. King Mutalib hilang sabar. Dia keluar pistol dan tembak ke arah Fatil. tembakan amaran itu hampir mengenai kaki Fatil. Fatil terhenti.

"Kau masuk cepat ke pintu tu atau aku tembak dua-dua kaki kau, biar kau mampus kat jambatan ni!"

Fatil perlahan-lahan menghanmpiri pintu masuk kota Singapura.

Salah seorang askar membuka pintu itu menggunakan alat kawaan jauh. Perlahan-lahan pintu itu terbuka. Semua askar bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Tapi tiada sesiapa yang keluar menerusi pintu itu.

Fatil pandang Mutalib. Mutalib senyum.

Fatil masuk. Pintu itu kemudian di tutup.

"Huh! masuk pun. Menyusahkan orang," Mutalib bergerak nak masuk ke dalam lori. Seketika kemudian kedengaran suara Fatil menjerit. Tanda dia sudah bertemu dengan manusia-manusia ganas itu dan kebarangkalian besar sudah mati.

Lori bergerak hendak masuk ke sebalik tembok itu semula, Ke kawasan jajahan King Mutalib. Di dala kontena yang serba mewah itu, King Mutalib duduk sambil tuang jus epal. Tok Rimau, penasihatnya pandang King Mutalib.

"Hah Tok, apa cerita Fynn? Ada sesapa yang datang bawak Fynn?"

"Belum lagi King."

"Haih, tinggi tu hadiah yang aku tawarkan, takkan tak ada sesiapa yang nak?"

"Semua nak King," balas Tok Rimau, penasihat King Mutalib yang setia dan licik. "Tapi King sendiri tahu apa masalahnya kan?"

King Mutalib mengeluh. Terbayang wajah Firdaus - lelaki yang melindungi Fynn. Dahulu Firdaus adalah anak didiknya. Dia amat berharap agar Firdaus menjadi orang kanannya. Tapi apakan daya, Firdaus belot. Firdaus larikan Fynn.

"Aku dah tak boleh bersabar lagi Tok,"

"Nak arahkan Caki?"

King Mutalib angguk. Sudah tiba masanya Dubuk Rider, skuad elit bermotorsikal untuk keluar mencari Fynn. Dan Caki adalah panglimanya.

Tok Rimau senyum. "Dan kalau Caki jumpa Firdaus?"

"Bunuh je dia," jawab Mutalib pantas.

Senyum Tok Rimau semakin melebar.

SEROJA KEJORAWhere stories live. Discover now