🌻BAB 3🌻

8K 357 0
                                    

"MANA budak tu? Tak ke sekolah ke hari ni? Anak mummy tu bila orang balik sekolah baru dia pergi. Mentang-mentanglah dia tahu yang mummy ada pengaruh dekat sekolah tu. Ambik kesempatan betul!" Bebel Tengku Hannah yang sedang menyapu jem strawberi pada roti di tangannya. "Geram betul Hannah dengan perangai dia."

Aku mendiamkan diri mendengar bebelan itu. Tidak berminat untuk masuk campur.

Engku Heliza mengeluh berat. "Hannah, tak baik cakap macam tu. Sejahat mana pun dia, dia masih adik Hannah. Bukan orang lain. Mummy percaya dia akan berubah satu hari nanti".

Tengku Hannah mencebik.

"Berubah? Harry tu nak berubah. Tak ada maknanya mummy. Orang lain mungkin lah tapi dia tu mustahil akan beru-"

"Yang kau sibuk pasal aku apahal?" Tengku Harry muncul dengan wajah bengang. Jaket kulit berwarna hitam disarungkan pada tubuhnya, zip dibiarkan terbuka membuatkan baju seragam sekolahnya masih kelihatan.

Aku terkedu melihat penampilan Tengku Harry. Lebih-lebih lagi dengan seluar jeans yang dipakainya. Ni kalau cikgu disiplin tengok memang akan sakit jantung. Siapa yang pakai seluar jeans pergi sekolah?

"Sukahati akulah nak jadi ke tak. Bukan urusan kau. Kau tak payah berlagak baik sangat lah!" Kerusi di hadapanku ditarik dan sebaik sahaja Tengku Harry duduk di situ pandangannya terus bertaut denganku.

Liur ditelan kesat melihat pandangan Harry yang berubah tajam.

"Sejak bila pula ada pengemis dalam rumah ni? Tak tahu pula yang rumah ni dah jadi tempat kebajikan."

Pegangan pada sudu aku kuatkan mendengar kutukan itu.

Tak guna.

"Watch your mouth, Harry. Dia bukan pengemis. Dia kawan akak." Tengku Hannah mempertahankan aku.

Tengku Harry berpaling pada kakaknya dengan senyuman mengejek. "Kau ni suka berkawan dengan pengemis kan? Lain kali kalau kau rasa macam rumah ni tak cukup pengemis sangat, kau beritahu aku. Aku boleh bawa balik pengemis-pengemis dekat tepi luar sana 'berkawan' untuk kau."

"Kau ni kan.."

"Salah ke apa yang aku cakap. Kau memang suka buat baik dengan orang yang entah apa-apa asal usul dia."

"Harry cukup." Bantah Engku Heliza yang mengerlingku dengan wajah simpati. "Maaf ya Irine."

"It's okay aunty. Irine faham." Aku berlakon baik. Nasib baiklah ni rumah orang lain. Kalau rumah aku memang siap kau, Harry. Berani kau cakap aku pengemis.

Tengku Harry ketawa sinis mendengar balasanku. "Faham? Apa yang kau faham? Kalau kau faham kau takkan ada dekat sini!"

Ada juga yang makan buku lali aku kejap lagi ni.

"Harry! Mummy tak pernah ajar Harry kurang ajar macam ni. Irine bukan cuma kawan kak Hannah tapi bakal cikgu peribadi Harry."

"Bamm!"

Tersentak aku dan yang lain apabila Tengku Harry tiba-tiba bangun daripada kerusi dan menghentak meja dengan kuat. Habis bergegar pinggan mangkuk yang berada di atas meja. "Cikgu? Perempuan bodoh ni? Sebelum Harry buat dia menyesal better mummy suruh dia blah dari sini!" Tengkingnya sambil menunjuk ke arahku.

"Mummy tak kira, Harry. Result Harry teruk. SPM tahun ni tau Harry. Mummy tak nak orang cakap yang satu-satunya anak lelaki mummy ni tak guna sampai SPM pun tak lulus! Mana mummy nak letak muka mummy ni kalau kawan-kawan mummy tahu." Suara Engku Heliza meninggi, menyaingi suara Tengku Harry.

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now