BAB 18 (UNEDITED)

4.7K 202 1
                                    

IRINE mengetap bibir. Geram apabila airmatanya tetap jatuh untuk sesuatu yang sia-sia.Untuk sesuatu yang tidak berguna."Berapa nombor dia? ".Tanya Andry kasar.

Irine diam.

Dia tak patut libatkan Tengku Harry dalam perkara ni. Tengku Harry tak ada kena-mengena langsung dengan dia.

"Hei,aku tanya ni!! ".Andry mencengkam tangan Irine yang diikat pada pemegang kerusi kuat.

"Abang.. Tolong lah. Irine adik abang. Bukannya orang lain".Rayu Irine dengan suara yang lemah.

Andry tersenyum sinis.

"Aku.nak.Harry.".Serentak dengan itu pipi Irine ditampar bertalu-talu dengan kuat tanpa rasa bersalah.Kaki Irine dipijak kuat. "Kau nak bagi tak aku nombor dia, ADIK? ".Andry menekan suaranya.

Akhirnya, Irine menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Bersetuju.

"Kan senang macam ni! ".Andry melepaskan Irine dengan kasar. Nombor Tengku Harry segera didail seperti yang diberitahu oleh Irine.

Loud speaker ditekan. Tanpa perlu menunggu lama, panggilan bersambung.

"Cakap!! ".Arah Andry apabila tiada seorang pun yang bersuara.

"Ha... Harry.. ".Irine bersuara dengan lemah.

"ohh.. Kau.Kenapa?.Tak habis-habis nak menyusahkan aku? ".Tengku Harry membalas dengan kasar dihujung talian. Seperti kebiasaan.

"Sa.. Saya.. Harry... ".

Andry merengus geram melihat adik yang dibencinya itu. "Kalau kau nak kekasih hati kau ni selamat. Aku nak duit dua juta dalam masa satu jam. Kalau tak aku akan bunuh dia! ".Potong Andry pantas apabila melihat Irine tiada tanda-tanda mahu bersuara.

Tengku Harry ketawa sinis.

"Well.. Silakan.Kau permudahkan kerja aku sebenarnya. So.. Anything else? ".

Irine tergaman.

"Apa? ".Soal Andry tidak percaya dengan balasan daripada Tengku Harry."Kenapa kau tak peduli?. Perempuan ni kan kekasih kau. Kau patut selamatkan dia! ".

"Kekasih?.".Kedengaran suara sinis dihujung talian. "Apa yang buatkan kau rasa yang perempuan murahan tu kekasih aku dan apa yang buatkan kau rasa yang aku akan bagi kau dua juta semata-mata untuk perempuan tu?.You can do whatever you want to that slut. I don't care!!".

Andry mencampak handphone ditangannya apabila mendengar kata-kata Tengku Harry. Mencerlung mata Andry memandang Irine. Irine menggelengkan kepalanya perlahan-lahan apabila Andry menghampirinya dengan wajah yang bengis.

"An.. Andry.. "

Andry membuka ikatan Irine di kerusi lalu mengheret Irine ke dinding yang berada berhampiran. Kepala Irine dihantukkan ke situ kuat."Perempuan tak guna!!!.Berani kau tipu aku".Tuduh Andry bengang.

Irine terjelopok di atas lantai.Kepalanya terasa sakit yang amat.Tidak cukup dengan itu, Andry menarik rambut Irinw kuat lalu pipi Irine ditampar kuat.

Andry menarik tubuh Irine supaya berdiri semula secara paksa. "Tak kira macam mana sekalipun kau akan dapatkan aku duit.Kalau bukan daripada Harry,kau akan dapatkan duit untuk aku daripada jantan lain! "

"Andry... Sakit.. ".Adu Irine apabila Andry berterusan memukulnya.

    Andry yang mahu menampar Irine lagi terhenti apabila pintu rumahnya tiba-tiba dirempuh kuat oleh seseorang.

          Ha... Harry?

         Tengku Harry melangkah masuk ke dalam rumah.Jaket merah yang tersarung di tubuhnya dibetulkan sedikit. Bahagian belakang topi dipusingkan ke hadapan. Menyerlahkan wajah tampannya.

            Andry segera menarik tubuh Irine ke arahnya lalu pisau diacu pada leher Irine. Irine mengigil ketakutan. Mata pisau itu sudah menyentuh lehernya. Andry benar-benar gila!!.

           "wow!. Kau buat apa datang sini?. Bukan kau cakap kau tak peduli apa yang aku buat pada perempuan ni".Sindir Andry.

            "Well.. Aku baru teringat yang perempuan tu".Tengku Harry menunjuk ke arah Irine. "Masih ada perkara yang belum selesai dengan aku".Balas Tengku Harry berani.

            "Aku tak kisah apa yang kau nak cakap. Yang penting perempuan ni akan mati kalau kau tak bagi aku dua juta sekarang. Kau bawa duit atau tak,TENGKU?".

             "No! ".Jawap Tengku Harry selamba. "Tapi... Aku ada ni".Tengku Harry mengeluarkan sekeping kad kredit daripada poket jaketnya lalu dilayangkan dihadapan Andry.

             "Kau ingat aku bodoh?! Aku nak cash! ".Bentak Andry. Pisau semakin dibenamkan ke leher Irine yang sudah lemah itu.

               Tengku Harry ketawa sinis."Aku pun tak bodoh sebenarnya nak bawa cash dua juta ke sini?. Aku tak ada masalah kalau kau tak nak. Tak payah aku nak membazir duit. So.. Take it or not? ".

              Andry terdiam.

             Tengku Harry mengukir senyuman kemenangan. Irine yang berada di dalam dangkapan Andry dipandang tajam. Menyusahkan!.

           "How? ".Tengku Harry cuba memacing Andry.

          Andry merengus geram. Tangannya dihulurkan pada Tengku Harry, mahu mengambil kad kredit itu.Namun,tindakkannya terhenti apabila Tengku Harry melarikan kad itu kembali. "Aku nak perempuan tu dulu".

            "Macam mana aku nak tahu yang kau tak tipu aku? ".

             "Terserah".jawap Tengku Harry sepatah.

                 "Okay, kau bagi aku kad tu dan aku akan serahkan perempuan ni".Andry membuat cadangan.

             Tengku Harry mengangguk setuju. Kakinya menapak ke hadapan sedikit.Kad kredit dihulurkan pada Andry manakala Andry menolak Irine ke hadapan sedikit.

             Namun...

      Tengku Harry bertindak melempar kad kredit ditangannya ke atas lalu dalam sekelip mata Irine ditarik ke dalam pelukkannya. Kemudian, Kad kredit yang sedang melayang ke atas disambut tangkas."You want this?. Come and get it by yourself".

            "Tak guna!! "Bentak Andry lantang. Bengang apabila dirinya ditipu oleh budak berusia 17 tahun.Dengan pantas, Andry meluru ke arah Tengku Harry dan Irine.

             Tengku Harry menolak Irine ke tepi lalu Andry yang sedang meluru ke arahnya ditendang kuat.Terjatuh pisau daripada tangan Andry. Kad kredit yang berada di tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dengan senyuman sinis.

             "Kau bukan lawan aku.Sampai bila-bila pun aku tak akan lepaskan dia! ".Tengku Harry menumbuk wajah Andry kuat sehingga Andry terdorong ke belakang.

             Andry mengetap bibir. "Kau ingat kau akan dapat dia?. Langkah mayat aku dulu! ".Darah yang mengalir dari celah bibirnya disapu kasar.Pisau yang terjatuh di atas lantai diambil kembali.

        "Harry, watch out!! ".Jerit Irine apabila melihat Andry meluru ke arah Tengku Harry bersama pisau ditangannya.

       Tengku Harry pantas menepis laju pisau ditangan Andry menyebabkan pisau itu terlepas daripada tangan Andry. Kemudian, tubuh Andry dihumban ke belakang.

          Pisau yang terjatuh Tengku Harry capai lalu Tengku Harry duduk bercangkung disebelah Andry yang sudah tiada tenaga itu. Pisau ditangannya dipusing-pusing.

              "Harry, berhenti!. Dia abang saya! ".Halang Irine apabila Tengku Harry seperti mahu menikam abangnya. Tengku Harry bukan boleh dijangka.

               Tengku Harry tersenyum sinis. Pisau dicampakkan ke lantai lalu Tengku Harry segera berdiri semula dan melangkah meninggalkan Andry.

             "Harry!! "Jerit Irine tiba-tiba dengan wajah yang pucat.

            Langkah Tengku Harry terhenti.

         

             

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now