BAB 9 (UNEDITED)

5.8K 289 1
                                    


"Irine,kenapa ni?.Apa yang berlaku?.Siapa diorang semua ni?".Tanya Tengku Hannah bertalu-talu dengan rasa cemas.

           "Aku tak tahu.Aku tak kenal.Diorang tiba-tiba kejar aku.Aku takut lah,Hannah.Apa yang kita nak buat sekarang ni?".

           "Irine,sekarang kita..."Kata-kata Tengku Hannah terhenti pintu bilik berjaya dipecahkan mereka.Aku berlari mendapatkan Tengku Hannah.

            Kelvin dan dua orang lagi lelaki menghampiri aku dengan senyuman sinis."you cannot run from me"Ujar Kelvin bersama senyuman kemenangan dibibir.

            "Don't touch me!".Marahku sambil menepis tangan Kelvin yang menyentuh wajahku.

           "Kau siapa?Apa yang kau nak?.Tanya Tengku Hannah berani.

           "Aku nak perempuan ni dan ini bukan urusan kau.So...".Kelvin mengisyaratkan orang suruhannya supaya memegang Tengku Hannah.

            "Sakitlah bodoh!".Tengking Tengku Hannah bengang apabila orang suruhan Kelvin menarik tangannya dengan kasar.

            "Let her go!".Jerkah aku lantang apabila melihat Tengku Hannah yang kesakitan.

        "If not?"Perli Kelvin tanpa perasaan.Kemudian,tubuh aku ditolak ke sofa dengan kasar.

          "I'll kill you".Sampuk Tengku Harry yang tiba-tiba muncul sambil mengacukan pistol di kepala Kelvin.

           Aku dan Tengku Hannah tergaman.

            Tengku Harry tersenyum sinis."Aku rasa kau tak pekak kan semalam?.When i say don't touch her..i really mean it!".Kata Tengku Harry serius lalu memukul Kelvin kuat dengan pistol ditangannya.

          Kelvin terdorong ke belakang.Tengku Harry mengalihkan pandangan pada Tengku Hannah"Let her go before i kill both of you"Arah Tengku Harry.

             Dua orang lelaki itu pantas melepaskan Tengku Hannah. Takut dengan amarah Tengku Harry.Irine pantas mendapatkan Tengku Hannah.

               "Maafkan aku, Harry. Aku tak tahu yang dia ni perempuan kau? ".Kata Kelvin yang turut ketakutan.

              Tengku Harry tidak membalas. Sebaliknya, mengisyaratkan kelvin dan orangnya supaya keluar.

                Tanpa membuang masa, Kelvin dan orangnya segera keluar dari situ.

               Tengku Harry menapak menghampiri Irine. Irine berundur beberapa tapak ke belakang.Takut!.Lelaki ni ke pelajar dia?. Sumpah!. Dia rasa nak lari sekarang. Budak 17 tahun dah ada pistol?. Gosh!!.

           "Why?. Are you afraid of me? ".Soal Tengku Harry sinis.

            Irine diam.

            "Selama ni kau berani sangat. Tak takut dengan aku pun. Kenapa tiba-tiba sekarang kau nak takut?". Tengku Harry semakin mendekat.

           "Sa..saya tak takut awak". Bohong Irine. Walhal tangannya sudah mengeletar. Namun, apabika melihat Tengku Harry memusingkan pistol ditangannya, nafas Irine tersekat. "Okay..okay!!. Kita bincang dulu. Saya kurangkan kelas awak. Macam mana kalau kita buat kelas 7 kali aje seminggu?". Irine cuba membuat cadangan. Asalkan Tengku Harry menjauh daripadanya. Apa main benda berbahaya macam tu.

             "6 kali". Irine cuba menawar lagi apabila Tengku Harry tidak memberikan sebarang reaksi. "5 setengah?. Okay..okay!. 5 kali aje seminggu!. Awak buatlah apa pun. Saya takkan bagi kelas kurang daripada tu. Awak buatlah apa pun".

             Namun, apabila Tengku Eray menganggkat pistol ditangannya, Irine segera menjerit ketakutan dengan wajah yang terkejut. "Fine!. Empat kali!". Ucap Irine pantas.

           "Idiot". Tutur Tengku Harry sepatah. Kemudian, segera berlalu dari situ. Meninggalkan Irine dan Tengku Hannah berdua.

              Irine menarik nafas lega. Huh...selamat.

             "Irine?".

               Irine menoleh ke arah Tengku Hannah yang memandangnya dengan wajah pelik. "Apa kau mengarut ni?".

                "Mengarut apa?. Kau tak nampak ke adik kau tu ada pistol?. Pistol Hannah..pistol".

                  "Hrmm..biasalah tu. Tak ada apa nak terkejutnya. Bukan setakat pistol. Kalau kau masuk bilik dia macam-macam ada. Kapak, parang, pisau pemotong daging. Semua ada". Balas Tengku Hannah lalu berjalan ke arah pintu keluar. Membiarkan Irine sendirian.

             Irine terlopong.

             Pisau pemotong daging?. Kalau Tengku Harry potong badannya nanti macam mana?.

                "Hannah tunggulah!".

           _____________________

Irine yang sedang melintasi ruang tamu terhenti apabila melihat Mak Yam sedang mengendap-gendap di sebalik tingkap. Tanpa membuang masa, langkahnya diatur ke arah Mak Yam yang masih tidak sedar akan kehadirannya itu.

             "Mak Yam buat apa ni?". Tegur Irine ingin tahu.

              Mak Yam tersentak. Irine yang berdiri disebelahnya segera dipandang. "Hishh..Irine ni. Terkejut Mak Yam. Ni hah..tengok lelaki tu. Mak Yam risau lah. Daripada tadi asyik ulang-alik depan rumah ni". Mak Yam menunjuk ke arah seorang lelaki yang dimaksudkannya.

               Irine mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang dimaksudkan Mak Yam. Namun, apabila menangkap kelibat lelaki yang dimaksudkan Mak Yam itu, Irine terkaku. An..Andry..

            Jantungnya berdetak laju. Apa yang abangnya buat dekat sini?. Andry tahu ke yang dia berada di sini?. Kalau tak untuk apa abangnya datang ke rumah ni?.

           Apa yang perlu dia buat sekarang?.













        

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now