BAB 23 (UNEDITED)

4.4K 176 0
                                    

"KISS him,Irine.Kiss the bad boy. Kiss Tengku Emrys Harry".

Irine membuat muka bodoh lalu menunjal kepala Tengku Hannah dihadapannya dengan kuat sebelum melangkah meninggalkan Tengku Hannah.

Merepek entah apa-apa. Aku kiss budak tu?. Memang taklah!.

Tengku Hannah pantas mengejar Irine yang masih tidak jauh daripadanya."Kau kena buat jugak. Kau tahu kan! ".Tegas Tengku Hannah.

Irine memandang Tengku Hannah dengan bengang. "Hei, Harry tu still underage lagi tau. Kau agak-agaklah sikit. Lagipun, tak sudi aku nak kiss dia".

"So.. Kau ambil tawaran pertama aku. Tumbuk dia. Aku dah lama nak tengok muka hot dia tu cedera".Cadang Tengku Hannah tidak mahu mengalah.

"Kenapa kau cakap perkara yang merepek sangat hari ni, Hannah?. Tumbuk muka dia macam tumbuk muka aku sendiri kau tahu tak?!. Nak suruh aku mati cepat ke? ".

"Arghh!, tak ada tapi-tapi.Kau dah kalah.Orang kalah kena dengar cakap orang yang menang. Fullstop!! ".Tegas Tengku Hannah sebelum beredar.

Irine mengeluh berat.

Macam mana ni?. Nak tak nak memang dia kena buat jugak tapi.. Nak tumbuk ke atau... Yang kedua tu?.. Tumbuk ajelah. Habis cerita!!.

❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄

Irine berguling ke kiri dan ke kanan. Tak boleh nak tidur!. Asyik terfikirkan kata-kata Tengku Hannah. Dengan pantas, Irine bangun dari baringnya lalu duduk bersila di atas katil. Rambutnya dikusutkan.

Pening!!.

Irine turun daripada katil lalu keluar daripada bilik dan menuju ke dapur. Haus!!. Tengku Hannah memang suka buat dia gelisah macam ni.

Semua ni Tengku Harry punya pasal. Nak berubah, berubah lah betul-betul. Siapa yang susah sekarang,aku jugak!.

Peti dibuka lalu sekotak susu dikeluarkan. Peti kembali ditutup dan.... "Makkk!! ".Jerit Irine terkejut apabila melihat Tengku Harry yang sedang bersandar pada kabinet bersama segelas air ditangannya.

Irine mengetap bibir.

"Tak tidur lagi? ".Soal Irine cuba beramah mesra.Senyuman nipis terukir dibibirnya.

Tengku Harry hanya diam. Umpama Irine langsung tidak wujud baginya.

Chehhh!!.

Susu dituang ke dalam gelas. Irine yang mahu masuk ke biliknya terhenti secara tiba-tiba apabila teringat akan sesuatu.

'Kiss him, Irine'. Kata-kata Tengku Hannah tergia-gia ditelinganya.

Perlahan-lahan Irine memusingkan tubuhnya menghadap Tengku Harry kembali.Kakinya menapak menghampiri Tengku Harry. Irine tidak lepas daripada merenung Tengku Harry dihadapannya.

Jantung Irine terasa mahu pecah saat ini. Aku mesti dah gila. Betul-betul gila!.

Bibir merah Tengku Harry dipandang. Irine mengetap bibir. Goshh!!. Semua ni betul-betul buat aku hilang akal....

Irine semakin mendekati Tengku Harry....

Dan....

Irine tergaman apabila wajahnya disimbah dengan air yang berada ditangan Tengku Harry tanpa diduga."Menyemak betul! ".Marah Tengku Harry.Kemudian,bahu Irine dirempuh kasar tanpa rasa serba-salah.

Irine mengetap bibir.

Aku dah tahu mana satu aku patut pilih. Yang pertama!. Aku memang rasa nak tumbuk muka dia sekarang.Tak pasal-pasal kena tukar baju pulak. Haishhh!!.

❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄
Kertas kosong dihadapannya diconteng dengan bosan. Mulutnya yang menguap ditutup. Sejak tadi cikgu tak masuk-masuk. Kelas pun dah jadi macam pasar malam.

Tempat duduk Tengku Harry dipandang. Kosong!. Entah apalah nak jadi pada Tengku Harry.Tak berubah-ubah.

Kertas dirunyukkan menjadi sebiji bola dan tanpa melihat, kertas itu dilempar kebelakang. Memandangkan tong sampah hanya berada dihadapannya.

Namun,apabila kelas yang bising tiba-tiba bertukar senyap menyebabkan Irine menoleh perlahan-lahan kebelakang.

Erkkkk!!.

Hampir terjatuh Irine daripada kerusi apabila melihat Tengku Harry berdiri dibelakangnya dengan wajah yang tegang. Pandangan Irine jatuh pula pada kertas yang digumpalnya sebentar tadi yang berada di kaki Tengku Harry.

Cermin mata besarnya dibetulkan sedikit. Resah!!.Kenapalah Tengku Harry suka sangat masuk ikut pintu belakang?.Tengok!. Aku yang dapat masalah sekarang.

Irine bangun daripada kerusi perlahan-lahan. Mahu melarikan diri tetapi niatnya terpaksa dibatalkan apabila baju sekolahnya ditarik kuat daripada belakang.

"Ma... Maaf! ".Irine bersuara dengan gementar.

"Maaf?. Hei!, kau melutut depan aku sekarang. Kau ingat kau siapa?. Berani kau cari pasal dengan aku!".Bentak Tengku Harry lantang.

"Harry.. Relaklah. Budak ni bukan sengaja pun".Sampuk Eric apabila mendengar arahan Tengku Harry yang agak keterlaluan itu. Perempuan kut!.

"I don't care!. Melutut!!!".Paksa Tengku Harry.Kata-kata Eric langsung tidak dihiraukan.

Irine terkedu.

Tak tahu nak buat apa?. Hanya tersilap baling kertas. Takkan sampai kena melutut bagai...salahnya bukan sebesar mana pun. Baling kertas bukannya baling bom.

Irine memandang pelajar lain. Cuba meminta tolong tetapi tiada seorang pun yang berganjak daripada tempatnya.Shit!!.

"Melutut!! ".

"Saya tak nak!! ".Balas Irine berani.

Tengku Harry mengetap bibir. Rambut merahnya diraup kebelakang dengan kasar."Melutut atau kau akan menyesal sekarang".Ugutnya serius bersama renungan tajam.

"Salah saya bukan besar mana pun. Kenapa saya kena melutut untuk perkara macam ni? ".Ucap Irine tidak berpuas hati.

Rizky,Eric dan pelajar lain yang melihat tercengang dengan keberanian Irine.

"Aku kira sampai tiga. Kau akan menyesal kalau kau lawan cakap aku".

Irine terdiam.

"One.... "

Alah... Nak berlagak lah tu. Apa sangat yang Tengku Harry boleh buat dekat sini?. Ramai orang kan? So.. Nak takut buat apa?.

"Two.. "

Irine mengengam tangannya erat.Takut.Kenapa dia rasa yang Tengku Harry tak main-main.

"Harry.. Budak baru tu. Dia belum kenal kau lagi".Rizky yang hanya diam memerhati bersuara.Cuba menghalang sahabatnya itu.

"Three!".Serentak dengan kiraan itu, Tengku Harry menolak tubuh Irine ke dinding dengan kasar. Wajahnya didekatkan dengan Irine sehingga terdengar deruan nafas masing-masing.

Irine cuak!

Tengku Harry semakin lama semakin mendekat dengannya....

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now