BAB 8 (UNEDITED)

6.3K 281 0
                                    

Aku membuka mata perlahan-lahan apabila terasa seperti silau.Pandangan aku liarkan ke segenap ruang yang tidak aku kenali.Kepala yang masih terasa pening,aku sentuh.

           Mataku terpaku pada satu susuk tubuh yang sedang bersandar pada dinding sambil merenungku tajam."Ha..Harry?".Ujarku teragak-agak.

              Tengku Harry mendekati aku yang berada di atas katil."Habis kau ingat siapa lagi kalau bukan aku?.Kau ni memang menyusahkan!."Sembur Tengku Harry lantang.

             "Macam lah kau tak menyusahkan aku".Bentak aku perlahan dengan geram sambil memalingkan muka ke arah lain tetapi sebaik sahaja aku berpaling ke arahnya semula,aku terkedu apabila menyedari kedudukkan wajah kami berdua begitu dekat.

             Pandangan kami berdua bertaut.Semakin lama semakin dekat.Aku yang seolah-olah baru tersedar pantas mahu melarikan diri tetapi Tengku Harry bertindak pantas dengan memegang belakangku dengan tangannya.Aku menelan liur.Mata aku pejamkan apabila wajahnya begitu hampir denganku.

           "Kau betul-betul nak aku menyusahkan kau ke?"Bisiknya ditelingaku lalu menolak aku jatuh dari katil tanpa perasaan.Kemudian,berbaring di atas katil tanpa menghiraukan  aku yang kesakitan.

             Aku mengetap bibir sambil menjeling Tengku Harry dengan bengang.Kurang ajar punya budak!!.

              Jam ditangan aku kerling,jarum menunjukkan pukul sepuluh pagi.Baru pukul sepuluh pagi.What?! Sepuluh pagi?!.Pantas aku bangun dari lantai untuk mendapatkan Tengku Harry yang sedang enak berbaring di atas katil.

           "Harry,awak tak pergi sekolah ke?Dah pukul sepuluh tahu tak!".Kataku serius tetapi tidak dilayan oleh Tengku Harry.

            "Harry!!".Panggilku lantang.Biar tahu rasa.

            "Kau tak payah sibuk lah.Aku cuti!".Balasnya geram dengan mata yang terpejam.

           Aku memandang Tengku Harry tidak percaya."Jangan nak menipu harry.Sekolah mana yang cuti hari rabu.Dah bangun sekarang!".Bidas aku sambil menarik tangannya supaya bangun."Bangun Harry!.Jangan degil.Nanti saya report dekat Engku Heliza.Bangun!.Harry!".Arah aku terus-menerus.

            "Diamlah!!".Marahnya lalu menarik tangan aku kuat sehingga aku jatuh di atas katil bersebelahan dengannya.

              Aku terkedu.

              "Ha..Harry".Pangilku perlahan.

               "Diamlah.Aku penat".Balas Tengku Harry acuh tak acuh.

               Aku mengetap bibir.Apa nak buat ni?Dia ni sedar ke tak?."Harry..saya nak bangun".Ucapku geram supaya Tengku Harry sedar yang dia sedang memegang tangan aku.

             "Just stay here for a few minutes".Katanya lalu menarik aku ke dalam pelukkannya.

            Aku terkaku.

           ☆    ☆    ☆     ☆    ☆

Aku tersentak sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agam Engku Heliza apabila tubuhku dipeluk erat oleh Tengku Hannah."Kau pergi mana semalam,Irine?.Aku risau tahu tak.Dah lah aku call tak jawap".Kata Tengku Hannah yang jelas kerisauan.

            "Sorry.Aku tidur rumah kawan aku semalam.Handphone aku hilang semalam".Bohongku terpaksa tapi tentang handphone tu memang betul.Aku langsung tak tahu mana handphone aku sekarang.Stress!.

              "Betul?".
       
               Aku mengangguk.

               "Baguslah kalau kau okey.Lega hati aku.By the way,kau ada jumpa dengan Tengku Harry tak?"

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now