BAB 25 (UNEDITED)

4.7K 194 3
                                    

Irine membuka kelopak matanya perlahan-lahan apabila terasa bahunya disentuh oleh seseorang. Tengku Hannah yang berada dihadapannya dipandang lemah. "Kau okey tak ni, Irine?. Muka kau nampak pucat lah".Soal Tengku Hannah prihatin.

              "Okeylah. Kau buat apa dalam bilik aku ni? ".Kata Irine dengan suara yang lemah.

                "Aku pelik bila kau tak turun bawah. So.. Aku datang nak kejutkan kau tapi serius muja kau nampak pucat sangat. kau sakit ke? ".

          Yes!. Hati aku sakit sangat-sangat sebab adik kau yang tak guna tu.

                   Irine mengeleng kepalanya perlahan lalu turun daripada katil. "Kau nak ke mana? ".Tanya Tengku Hannah ingin tahu.

               "Mandi. Aku sekolah kan hari ni".Balas Irine tanpa perasaan.

                "Ohh.. Er.. Irine. Kau dah buat macam yang aku suruh ke? ".

           Langkah Irine terhenti. Nafasnya ditarik. Kemudian, kepalanya dianggukkan tanpa memandang Tengku Hannah yang duduk di birai katil.

             "Which one? ".Soal Tengku Hannah ingin tahu.

                 "Both! ".

         ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄

Irine terkejut apabila tubuhnya disimbah dengan sejenis cecair sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas.Habis basah uniform sekolahnya. Sorakkan mula bergema di situ. Mengetawakan dirinya.

               Irine mengetap bibir. Menahan rasa.

                "perempuan tak sedar diri!.Berani betul dia tumbuk Tengku Harry"

                "Bodoh! ".

               "Hidup dia takkan tenang dekat sekolah ni".

               Kedengaran suara-suara sinis mengutuk dirinya. Irine mengengam tangannya kuat. Tanpa kata, Irine terus melangkah pergi dari situ.

               Lagi-lagi budak jahat tu!. Kenapa aku perlu terlibat dalam hidup dia?. Kenapa?!!!. Aku cuma nak bahagia, permintaan aku melampau sangat ke?!!.

            ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄
Pintu lokar ditutup. Pakaian sekolahnya sudah diganti dengan baju sukan berwarna merah. Hanya itu pakaian yang dia ada sekarang. Jadi terpaksalah pakai. Baru sahaja Irine mahu beredar tubuhnya ditolak kasar ke lokar.Terjerit kecil Irine akibat disebabkan itu.

             Irine memandang tiga orang pelajar perempuan dihadapannya yang sedang memandangnya dengan senyuman mengejek.

               "Pegang dia. Aku nak bagi pelajaran dekat perempuan tak guna macam dia. Berani dia malukan Tengku Harry".Arah pelajar perempuan yang pernah menyebabkan dia terjatuh di dalam kelas tempoh hari.

           Dua orang rakannya lantas memegang Irine dikiri dan kanan. Menghalang Irine darilada melarikan diri. Irine cuba meronta-ronta tetapi tidak berjaya."Lepaslah! ".Jerit Irine.
 
              Pandangan Irine liarkan ke sekeliling. Berharap ada seseorang akan melihatnya tetapi nasibnya malang memandangkan laluan itu hanya kosong.

             Pelajar perempuan itu membuka zip beg galasnya lu mengeluarkan sebotol ubat lalu mendekati Irine.

           Membuntang mata Irine melihat ubat untuk. Langkahnya cuba diundur ke belakang tapi terhalang kerana lokar dibelakangnya. Irine mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now