Dyan akhirnya berdiri membuka pintu dan pagar rumahnya. Dilihat Adam diluar pagar sedang menyandar dikereta Porsche miliknya, dengan berkaca mata hitam menahan sinaran matahari pagi sambil tangannya ligat bermain dengan kunci kereta. Dyan berdiri lama dihadapan pintu rumahnya memerhatikan Adam. Dia memikirkan mengapa dan kenapa dia memaafkan lelaki itu disuatu ketika dahulu. Memang dari kecil dia mengenali Adam. Satu kelas dengan Adam tetapi Dyan tidak menyukai Adam kerana Adam sering mengejeknya yang comot dan menarik rambutnya. Darjah 6 pula Dyan pernah bergaduh besar dengan Adam sampai bertumbuk disebabkan Adam suka mengacau kawan baiknya, Alin. Akhirnya dua dua kena masuk bilik guru besar.Masuk disekolah menengah, dia tidak menyangka masih bersekolah disekolah yang sama dengan Adam. Dia memang membenci Adam tetapi entah mengapa hatinya tiba tiba terbuka untuk Adam. Dyan fikir Adam sudah mula berubah. Sikapnya yang selalu prihatin mengenai diri Dyan mula membuatkan Dyan jatuh hati kepadanya. Tetapi akhirnya, Dyan mendapat tahu bahawa itu hanyalah 'game' Adam dan kawan kawannya. Dan sampai sekarang dia masih bingung dengan hidupnya yang sentiasa mempunyai kaitan dengan mamat yang bernama Adam Mikhail. Dan kenapa sekarang dia masih menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dyan tersedar daripada lamunannya dan bergerak menuju kearah Adam.
"Nak ape?" Tegur Dyan.
"Kau belum mandi? Busuk siot." Jawab Adam sambil menutup hidungnya.
" Kau nak ape ni? Tak payah nak cakap aku busuk. Tahu la kau dah wangi wangi ni. Nak pegi mane?" Tanya Dyan. Dilihat dirinya hanya memakai t-shirt putih fit ikut badan dan seluar kembang bercorak ribbon pink. Terselah girlish dia.
"Jangan dekat dengan aku. Aku datang nak ajak kau pegi amik kereta kau la kat mall." Sambung Adam yang masih menutup hidungnya.
"Ya Allah, lupa gila kereta aku. Tunggu la lagi dua jam ke tiga jam kat sini. Aku siap." Jelas Dyan sambil berlalu pergi.
"Oi, setengah jam je! Kalau tak, aku tinggalkan" Jerit Adam yang masih diluar pagar.
'Kau tak kan tinggalkan aku Adam.' Bisik hati Dyan sambil memusingkan tombol pintu rumahnya dan berlalu masuk.
Usai Dyan mengenakan baju blouse labuh berwarna Hijau lembut Dyan berdiri dihadapan cermin. Dyan sememangnya meminati pakaian blouse, tidak kira pendek atau labuh. Dyan jarang memakai jeans. Actually tengok mood dia la sebenarnya. Di make-up kan mukanya dengan bedak. Ditempeknya nipis, memakai gincu pink lembut dan maskara. Selesai. Rambutnya dibiarkan mengurai begitu sahaja. Dicapainya handbag dan membetulkan tali dia supaya panjang sedikit. Dyan bergerak menuju kebawah.
"Lama tunggu?" Dyan bertanya setelah dia masuk ke dalam kereta Adam. Adam hanya membuat tidak tahu membetulkan kaca mata hitamnya dan terus memandu.
"Hek eleh, merajuk tunggu lama." Dyan berkata perlahan.
"Woi." Adam memberi isyarat bahawa sememangnya dia dengar.
"Merajuk ke? Haha, kau merajuk? K ni lawak." Dyan menyakat Adam.
"Lama la aku tunggu 45 minit." Jelas Adam.
"Kau yang nak surprise sangat kan. Datang tak cakap.. Rasalah."
"Diam.."
"Tak boleh."
"Shut up."
"No"
"Bitch"
"Wahh mintak penampar!" Pantas Dyan menumbuk perlahan bahu Adam. Adam membalas semula.
Dan bermula lah sesi pertengkaran dan pukul pukulan yang tidak berkesudahan didalam kereta.
YOU ARE READING
Mr. Playboy
RomanceJust a story about a playboy who's fall in love with Dyan Arisha. Diorang agak annoying and selalu bergaduh. Even benda kecik pun. Adam sometimes memang suka memanja dengan Dyan walaupun diorang sememangnya macam musuh. Adam mikhail sememangnya anak...