"Okay thanks" Ucap Dyan sesudahnya mereka sampai diparking lot mall tersebut. Dyan melangkah keluar dari perut kereta Adam dan menutup kembali pintu kereta milik Adam itu.
'Lajunya perempuan ni terus keluar. Aku baru nak ajak keluar sekali.' Bisik hati Adam. Hampa Adam kerana hasratnya itu tidak tercapai. Entah mengapa akhir akhir ini fikirannya sentiasa memikirkan mengenai gadis brutal itu, Dyan Arisha. Kadang kala cuba juga untuk ditepis, tetapi tidak boleh. Fikirannya menjadi serabut dicampur pula dengan masalah dirumahnya mengenai mama dan papanya yang menyuruh dirinya berkahwin dengan Mellisa. Buntu. Sememangnya Adam tidak mahu kerana Adam merasakan dirinya masih muda untuk berkahwin kerana Adam baru 24 tahun. Come on lah, lelaki masa umur dia 24 tahun tu lah, dia nak enjoy lagi dengan kawan kawan. Bebel Adam sendirian. Sungguh mama dan papa tidak memahami dirinya. Bermacam alasan diberi, nak cakap apa lagi Adam sendiri tidak tahu. Cakap pasal duit? Don't say anything lah. Papa boleh beri berapa sahaja yang diminta. Nak cakap tak ready? Buat gelak dek mama dengan papa je. Nak cancel takut nanti hubungan baik mama dengan Datin Serry bergolak. Adam betul betul tersepit.
"Aduuh, nak pegi mane ni. Balik rumah? Aku nak keluar." Hati Adam sememangnya memberontak. Sekarang yang dia tahu hanyalah kebebasan dan keseronokan untuk melupakan sebentar masalah yang dihadapinya sekarang. Hampir 15 minit Adam duduk termanggu sendirian didalam kereta, akhirnya dia buat keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Tiada siapa untuk diajak keluar dan hala tuju pun tidak tahu. Lagi pula hari mendung menunjukkan sebentar lagi hujan akan turun. Adam mengeluh panjang. Kereta Porsche Adam megah meluncur laju diatas jalan raya pulang ke rumah.
Akhirnya Adam sampai dirumahnya. Mendengar deruman engine kereta milik Adam, kelam kabut Mak Mah membuka pintu. "Mak mah, pintu ni saya boleh bukak sendiri. Tak perlu lah mak mah bukak kan untuk saya." Adam senyum nipis kepada mak mah sambil menutup semula pintu dan melangkah longlai badannya bergerak menuju kebilik di tingkat atas. Belum sempat Adam memijakkan kakinya ditangga, mamanya Datin Katrina menegurnya terlebih dahulu.
"Adam dari mane sayang?" Tegur Datin Katrina yang tangannya masih ligat menyelak helaian demi helaian majalah yang berada diatas ribanya.
Adam menoleh kearah mamanya yang sedang duduk diatas sofa diruang tamu rumahnya.
"Dari luar lah" Jawab Adam endah tidak endah.
"Tak keluar dengan Mel?" Tanya Datin Katrina lagi. Adam mengeluh mendengar pertanyaan mamanya itu. Matanya pejam, kepalanya didongakkan keatas.
"Berapa kali Adam nak cakap ma, Adam tak minat, and tak suka dengan Mel. And for what Adam kena keluar dengan dia? Adam penat la ma. Adam naik atas dulu."Adam terus mematikan perbualan itu. Adam memang tidak berminat langsung dengan Mel, disebabkan oleh sikap Mel yang sentiasa melebih lebih dan tergedik. Adam rimas. Sungguh rimas.
YOU ARE READING
Mr. Playboy
RomanceJust a story about a playboy who's fall in love with Dyan Arisha. Diorang agak annoying and selalu bergaduh. Even benda kecik pun. Adam sometimes memang suka memanja dengan Dyan walaupun diorang sememangnya macam musuh. Adam mikhail sememangnya anak...