Part 7★

6K 256 1
                                    

Akhirnya Dyan sampai diperkarangan rumah teresnya. Belum sempat dia mengambil kunci didalam tas tangannya untuk membuka pintu rumah, telefonnya berbunyi. Dilihat pemanggilnya 'papa'. Dyan berasa serba salah untuk angkat atau tidak. Sebelum ni ada konflik yang terjadi antara mereka berdua. Dyan ada seorang papa dan mak tiri. Semenjak mamanya meninggal dunia akibat kanser payudara, Dyan mula menjadi seorang yang kuat memberontak. Semua nasihat papanya, satu pun tidak ingin didengarnya. Sampai sekarang Dyan masih tak boleh terima hakikat yang papanya sanggup berkahwin yang lain. Mana cinta papa yang dulunya utuh buat mama? Mana semua janji papa dengan mama? Papa tak sayang mama ke? And sampai sekarang dia sememangnya tidak boleh tengok muka mak tirinya. Hatinya sakit sangat. Memikirkan yang papa curang kat mama.

"Assalamualaikum Dyan." Suara papa dengar bersahaja dihujung talian.

"Waalaikumussalam." Jawab Dyan.

"Dyan sihat? Sebenarnya papa kol ni sebab papa dah rindu sangat dengan anak papa ni. Nanti Dyan balik rumah ok? Rumah kita. Mama dah siap masak makanan kegemaran Dyan. Dyan datang sekejap? Boleh?" Jelas papa dihujung talian.

"Dyan penat pa. Dyan baru je keluar makan tadi. Dyan malas nak keluar lagi." Jawab Dyan. Dia tahu dia sedang menipu. Tapi itu sahaja cara dia untuk mengelak untuk bertemu mak tirinya dan juga papa.

"Dyan...." belum sempat papanya habiskan kata katanya, Dyan segera mematikan telefon.

Air matanya sememangnya sudah bergenang di kelopak matanya. Ditahannya dari mengalir, mengambil kunci dan segera memulas tombol pintu rumahnya. Apabila sampai didalam rumahnya Dyan mengambil bantal yang sudah terletak disofa lalu membalingnya. Dyan menjerit sekuat hati. Melepaskan geram. Air matanya laju mengalir.

'Kenapa papa kahwin dengan perempuan tu?!!!!!! Dyan benci!' Jerit Dyan sambil teresak esak.

"Dyan nak mama..... mama...... ma, Dyan rindu mama." Dyan sememangnya sudah terduduk diatas lantai. Menangis tidak berhenti. Memikirkan yang papanya sanggup curang dengan mama ketika mamanya sedang tenat melawan sakit. Papa kejam! Diluar guruh kuat kedengaran, hujan mula turun dengan lebat. Gambar mama dengan dirinya erat dipeluknya didalam dakapannya. Akhirnya Dyan terbaring dilantai, memanggil manggil mama. Dyan sedang mencuba untuk menerima hakikat yang mamanya sudah tiada. Tetapi tidak boleh. Mungkin kerana dia terlalu rapat dengan mamanya sebab Dyan merupakan anak tunggal. Akhirnya Dyan terlelap.

----

Azan asar kuat berkumandang, Dyan tersedar. Terasa basah pipi pipinya kerana menangis. Dikesatnya lagi sisa sisa air matanya. Segera Dyan bangun menuju kebiliknya ditingkat atas untuk membersihkan diri. Usai membersihkan diri, tangannya mengapai telekung untuk bersolat. Menenangkan dirinya yang masih bercelaru. Tangan diangkat, berdoa untuk kesejahteraan mama. Membaca al-quran dan bertasbih. 'Mama, semoga tenang disana, Dyan takkan berhenti doa untuk mama' bisik Dyan perlahan. Air matanya mula bergenang kembali.

Mr. PlayboyWhere stories live. Discover now