Part 19

5.3K 239 1
                                    

Dah 2 hari berlalu selepas kes tangkap basah Adam. Selama 2 haritu jugak Adam tak keluar bilik. Makan pun tidak. Hanya mak Mah yang hantar makanan ke biliknya Telefon bimbit sentiasa terlekat ditangan. Akhirnya Adam membuat keputusan untuk mesej Dyan. Nak di call, dia belum bersedia lagi untuk bercakap dengan Dyan.

"Salam, aku ada benda nak bincang."

Mesej sent. Dia berharap agar Dyan cepat membalas mesejnya itu. 5minit.... 10 minit.... Telefon Adam berdering perlahan, ada mesej masuk.

"Wasalam. Aku nak jumpa kau."

Balas Dyan pula. Cepat Adam mengaturkan pertemuan mereka di cafe biasa. Dia sudah tak tahan lagi untuk tunggu. Benda ni kene settle cepat. Makin lama dibiarkan, makin sengsara, tak keruan hidupnya. Ada je yang tak kena. Adam terus bangun dari katil, menukar pakaian. Memakai jeans paras lutut, dan hanya t-shirt berkolar biasa. Rambut hanya disikatnya guna tangan malas. Kunci kereta diatas meja kerja dicapai laju.

Kereta Audi R8 milik Adam laju meluncur diatas highway. Akhirnya Adam tiba di cafe tempat biasa yang dia lepak. Diambil tempat dihujung sekali, tak ramai orang yang ada di situ. Ditariknya kerusi lalu duduk. Jarinya bermain ketuk ketuk diatas meja sementara menunggu Dyan. Dari jauh dia sudah nampak Dyan, yang hanya memakai jeans dan t-shirt gucci biasa. Rambutnya yang blonde perang coklat itu diikat kemas. Dia mengambil tempat dihadapan Adam.

"Aku tak tahu macam mana benda ni boleh jadi, yang aku tahu lagi cepat benda ni settle lagi lapang dada aku." Adam cuba menyusun ayat. Dipandangnya Dyan lama. Dyan hanya tunduk memandang meja seolah olah tengah termenung. Matanya kelihatan sembap. Mungkin sebab menangis?

"Papa suruh..." Sambung Adam lagi. Tapi belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, Dyan mencelah terlebih dahulu.

"Tahu." Ucap Dyan. Suaranya seperti serak serak. Menangis ke perempuan ni tadi? Fikir Adam.

"Tahu? Macam mne?" Tanya Adam pelik.

"Datuk call papa aku. Aku dah takde pilihan." Kata Dyan lagi. Mata yang mula berair dicuba untuk tahan. Bagi Dyan, sampai hati papanya sendiri mengugutnyanya memaksa untuk berkahwin dengan Adam. Semua ni tak adil.

"Aku tak nak kahwin dalam keadaan mcam ni" Kata Adam lagi. Dalam pada itu, Dyan terus bangun dari tempat duduknya, dah tak tertahan rasa sakit hatinya sekarang. Makin lama dia berdepan dengan Adam, makin sakit hati dibuatnya. Bagi Dyan, benda dah memang akan jadi tak perlu nak dibawa bincang. Apa pun alasan yang mereka beri kepada kedua dua orang tua mereka sekarang, dah takde guna. Dia terpaksa akur. Mengikut apa yang diperkatakan oleh Encik Jefril walaupun hatinya tak rela. Kalau itu yang boleh membuatkan papanya gembira, dia redha. Sebenarnya lebih kepada mencuba untuk redha. Yang tinggal hanya menunggu hari, menunggu hari Dyan Arisha dinikahkan dengan Adam Mikhail. Ni semua mimpi ngeri.

Adam yang melihat Dyan berjalan laju ke tempat parking kereta, mula bangun mengejar Dyan. Tangan Dyan direntapnya kuat.

"Kau ni kenapa? Benda boleh bawak bincang, bincang la dulu." Jerit Adam, hilang sabar dengan perangai Dyan yang hanya tahu nak lari untuk menyelesaikan masalah.

"Kau nak bincang apa lagi?" Jerit Dyan pula sambil tangannya menolak tangan Adam yang menarik kuat tangannya tadi. Pedih rasa pergelangan tangan.

"Boleh bawak bincang kan. Yang kau nak gelabah sangat kenapa?" Adam memandang tajam ke arah Dyan yang hanya paras dada Adam.

"What? Gelabah? Kalau tak disebabkan kau lari dari majlis perkahwinan kau, benda tak jadi macam ni. Kalau tak disebabkan kau lari masuk dalam kereta aku, bawak sampai Kelantan sana, duduk satu rumah, benda tak jadi macam ni! Kau tahu tak betapa serabutnya aku sekarang bila papa aku paksa kahwin dengan kau? Kau tahu tak dia kata, kalau kali ni aku tak ikut cakap dia, betapa kecewanya hati dia sebagai seorang ayah yang selama ni anak dia tak pernah nak endahkan dia pun. Even pasal bina masjid pun anak dia still nak bantah? Aku dah tak boleh kata apa. Aku mengaku selama ni, aku tak pernah ambil berat langsung pasal dia lepas mak aku meninggal! Dia menangis merayu kat aku, kali ni je dia mintak aku dengar cakap dia. Jahat jahat aku pun, aku still sayang bapak aku..Okay aku ikutkan. Now kau kata aku gelabah? Aku dh setuju kahwin dengan kau. Untuk apa lagi kau nak bincang? Puas seksa aku macam ni? Dari kecik sampai besar, kau tak pernah sekali pun buat aku rasa senang. Kalau aku tak kenal kau, lagi bagus lah!" Luah Dyan puas.

"Oh....." Adam tunduk memandang bawah, sambil kepalanya diangguknya perlahan.

"So sekarang nak kata semua salah aku?" Adam mengangkat muka semula. Matanya pula dah mula berair.Dia sendiri tak sangka yang dia hampir menangis sebab Dyan. Bagi Adam, Dyan hanya fikir serabut diri dia sendiri je, serabut dirinya pula bagaimana? Walhal dia lagi stress dngn benda yang berlaku disekeliling dia sekarang. Haritu dah la suruh kene kahwin paksa, belum pun reda lgi kes majlis kahwin yang tak jadi haritu, ni kene kahwin lagi. Hilang gentle, macho, cool dia selama ni.

"Macam ni ke orang yang selama ni aku anggap kawan? Bila susah, semua benda nak tunding jari kat aku? Mungkin la. Mungkin kalau kau tak kenal aku, hidup kau lagi better Dyan. Kau kawan dengan aku macam satu batu besar himpap atas kepala kau kan.. Haha. I feel it babe." Sambung Adam lagi dalam ketawa yang sebenarnya tak ketawa. Lebih kepada ketawa yang hampa mungkin. Sungguh Adam tak percaya, Dyan Arisha.. perempuan yang dia sayang dalam diam sanggup cakap macam tu.

"Aku ni kawan kau ke?" Tanya Dyan memerli Adam.

"Kalau betul aku ni kawan kau, kenapa kau selalu main main kan aku?" Dyan mendongak melawan mata Adam yang memandang tepat ke arahnya.

"Tu cara aku" Adam tidak mahu mengalah. Dia masih mahu gaduh mulut dengan dyan.

"Takpelah. Suruh je Datin hantar rombongan. Aku terima. Terima jadi hamba kau. Nanti dah puas seksa,lepaskan." Senyuman manis dilemparkan kepada Adam. Bersama sisa air mata yang masih mengalir.

Dyan terus masuk kedalam perut kereta. Dia perlu tenangkan dirinya sendiri sekarang. Adam pula hanya memandang segala pergerakan Dyan. Sungguh tak pernah terlintas di fikirannya bahawa hidup dia akan menjadi sekucar kacir begini.

Mr. PlayboyWhere stories live. Discover now