ALA YANG PART SATU TAK ADA YANG KOMEN KECUALI SEORANG SAHAJA... TAK APA...SAYA MENANTI KOMEN-KOMEN ANDA...SELAMAT MEMBACA...
Pagi-pagi hari lagi aku dah mula mengemas bilik pengarah besar. Aku tak nak bertemu dengan dia lagi. Aku bukak pintu biliknya perlahan-lahan. Terkejut aku apabila aku tengok dia sedang berbaring atas sofa yang ada dalam biliknya. Tidur. Penat bekerja kot. Aku mendekatinya. Aku lambai-lambai tangan depan muka dia. Sah tidur mati. Eloklah tu. Senang aku nak mengemas. Sedang aku berkemas-kemas. Aku terasa ada yang memeluk aku dari belakang. Macam king kong ajer yang peluk aku. King kong? Eh bukan pengarah besar ke?
Terlalu erat aku rasakan pelukan dia. Haris ni mengigau ke atau nak ambil kesempatan? Tapi kalau ye pun, jangan sampai aku jadi mangsa. Aku ni kecik aje tapi kau jangan sangka aku kecil-kecil semut. Aku ni kecil-kecil cili berapi atau pun cili... terdiam aku di buatnya apabila Haris mencium pipi aku.
"Ajnabi betul la mamat ni!" aku dah tak boleh sabar. Aku pijak kaki dia sekuat hati dan tolak dia sampai dia jatuh semula atas sofanya. Haris tersedar tapi malang betul bagi aku bila kaki aku tersalah mendarat menyebabkan aku jadi tak seimbang dan rebah atas Haris.
"Mama!" jerit aku. Bulat mata Haris apabila dia tengok aku akan jatuh atas dia.
"Bukk!" bunyinya. Macam buah cempedak jatuh. Buruk bunyinya. Aku jatuh atas dadanya yang bidang. Dah la butang baju kemeja dia terbuka sikit. Alamak, seksinya! Pada masa yang sama seseorang membuka pintu dari luar dan ia berlaku terlalu drastik.
"Haris, apa you buat dengan tukang cuci ni?" jerit Sarah. Apabila Haris melihat Sarah, dia memeluk aku erat lagi. Muka dia sah-sah menunjukkan tanda tidak bersalah. Aku pulak terkaku. Tak tau nak buat apa. Pucat muka aku tengok perempuan ni mengamuk. Dia datang dan menarik aku jauh daripada Haris.
"Paaaaaap!" bunyi penampar. Siapa yang kena tampar ni? Akulah. Mama, Mia nak nangis dah ni. Sesedap buah epal ajer dia tampar aku. Ingat aku ni senang dibuli? Silap!! Aku tampar dia balik sampai terbuka sanggul rambut dia. Eh, kuat sangat ke aku tampar? Aku pulak rasa gerun. Rambut dia dah serabai aku tengok. Lantak! Dia ingat aku ni lebih pendek dari dia, ingat aku takut. Dia pun tinggi sebab kasut tumit tinggi dia ajer. Kalau tak sama tinggi dengan aku ajer.
"Perempuan!" dia marah betul-betul. Mana main-main. Aku lari menyorok belakang Haris. Takut aku. Kalau aku buat yang melampau sangat, kang tak pasal-pasal kasut tumit tinggi dia kat muka aku nanti. Kalau ada kasut tumit tinggi aku, tak pela jugak. Boleh aku berlawan dengan perempuan ni tapi masalahnya tak ada. Baik aku diam. Mencari tempat pelindungan.
"Sudah la tu Sarah!" Haris mula bersuara yang dari tadi menjadi pemerhati yang setia. Garang jugak mamat ni bila mengamuk macam king kong gak.
"Kita dah tak ada hubungan apa-apa walaupun kawan sekali pun. Kau faham maksud aku kan? Kau dah curang dengan aku. So, buat cara curang. Jangan datang cari aku lagi. Aku benci tengok kau! Sila berambus dalam hidup aku!" lantang ajer suara Haris, macam orang kat padang kawad tu lagaknya.
"I tak curang dengan you. Lelaki tu sengaja nak kita berpisah. Entah-entah you yang curang dengan I. Perempuan ni ke?" kata Sarah sambil menunjuk jari telunjuknya kepada aku. Pipi dia merah. Mesti kesan tamparan aku. Aku buat muka blur.
Haris memandang aku. Dia tersenyum. Gila ke pengarah besar aku ni? Muda-muda dah gila. Kesian. Lepas tu Haris ketawa lagi. Kuat! Sakit gak telinga aku dengar. Sarah dah buat muka. Buruk kebenar mukannya. Sah gila!
"Tukang cuci ni? Baik aku bercinta dengan tukang cuci yang tak kan habiskan duit aku dengan pergi shopping macam kau. Kau ni pergi shopping ajer. Boring aku tengok. Baik aku kahwin dengan tukang cuci yang cantik dan lebih mengoda daripada kau. Pakai jer seksi tapi tak ada daya tarikan langsung," eh Haris ni biar betul. Aku dikatakan cantik? Yang tu aku setujulah tapi yang tak sedap didengar ni 'mengoda'? Bila masa aku buat kerja yang tak bertauliah tu.
"Kalau sebab tu you tinggalkan I, I akan ubah diri I, Haris. Please," rayu sarah. Aku dah tak sanggup nak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat ni. Dahlah dapat penampar percuma ajer.
"Korang teruskan gaduh. Saya keluar dulu," aku dah nak melangkah keluar tapi tangan aku di tarik oleh Haris. Dia memeluk aku dari belakang. Aku ni betul-betul bawah ketiak Haris. Eh,ada bau! Bau ketiak masam! Ucuk! Dah la tak mandi dari semalam mamat ni. Dia bersuara lagi.
"Sayang jangan keluar lagi. Haris tak puas lagi dengan sayang. Yang sepatutnya keluar perempuan yang bernama Sarah. So, apa lagi yang kau tunggu! Keluar dari bilik aku dan jangan cari aku lagi!" jerit Haris kuat. Haris dah menjiwai watak king kong dalam erti sebenar. Memang layak la. Macam inilah rupanya king kong mengamuk. Kecut perut aku dengar. Dahlah belum sarapan lagi. Sarah terus keluar.
Pelukan masih melekat kat belakang aku. Tak nak lepas ke si Haris ni? Bila aku mendongak, pipi aku menjadi mangsanya. Dia ketawa kuat sambil melepaskan pelukannya. Dia duduk di sofa sambil silangkan kakinya. Aku ni berdiri macam patung tapi yang bernyawa depan dia.
"Kau,mari sini!" aku ikut la pulak. Aku melutut di tepinya. Pipi aku diusap lembut oleh tangan king kong dia yang besar. Aku bagaikan terpukau dengan kelembutannya.
"Kesian pipi ni jadi mangsa," mata kami bertentangan. Saat itu indah sangat aku rasanya tetapi adengan itu tidak sengaja dilihat oleh Danish yang masuk secara tiba-tiba. Along! Aku menjerit dalam hati. Cepat aku berdiri. Aku menyorok belakang Danish.
"Danish," Haris bersuara lembut. Dia serba salah. Dia tidak dapat nak mengawal dirinya apabila bersama Damia.
YOU ARE READING
Cerpen : KELUARGA Vampire
RomanceKISAH KELUARGA VAMPIRE.... DANISH LIDYA HARIS (KAWAN DANISH) DAMIA (ADIK DANISH) IZZ IRFAN (ANAK DANISH) SYAZWINA (KEKASIH IZZ)