sAMBUNGANNYA...XPYH TULIS PANJANG...JOM BACA...
Aku pulang ke kelas dengan muka tidak puas hati. Memang perbincangan antara aku dengan lelaki tadi sehangat-hangat tahi ayam. Sakit kepalanya. Minta-minta dia jatuh cinta dengan orang lain. Yang aku paling sakit hati ada 10 Syarat yang dikenakan kepada aku. Kalau kenakan lepas kahwin tak apalah tapi dikenakan sebelum kahwin. Tak boleh berkompromi dah.
"Itulah perjanjian yang kau kena patuhi. Pasal meminang aku akan uruskan." Katanya dengan serius. Tidak lepas pandangannya menatap kertas ditangan. Aku ni, dia tak pandang langsung. Benci!
"Aku akan melanjutkan pelajaran dan kerja di luar negara selama 5 tahun. Sebaik sahaja aku balik, kau pun dah umur 22 tahun dan masa tu, kau kena bersedia jadi isteri kepada usahawan yang berjaya." Penuh bangga lelaki itu menerangkan rangka karangan yang aku rasa nak bagi markah sepuluh per seratus. Ingat bagus sangatlah tu!
"Aku tak setuju!" Aku bergerak semula ke arah kerusi yang aku duduk tadi lalu melabuhkan punggungku sambil memeluk tubuh. Lelaki itu tersenyum lagi.
"Kalau kau tak setuju, kau dah langgar peraturan yang kau sah tanda tangani sebentar tadi. Kau mahu dengar tak ugutan aku yang paling power punya?" tawarnya kepada aku. Entah mengapa entah aku dapat melihat matanya bersinar tetapi penuh dengan kejahatan yang sukar untuk aku ramalkan.
"Ugutan yang paling power?" kening aku dinaikan sebelah. Aku ketawa kecil. "Takutnya...." Aku main-main dengan kata-katanya. Sedikit pun tak gentar. Aku masih ketawa dan ketawa aku terhenti apabila aku terdengar ugutan yang dikatakan power itu. Aku terdiam.
"Aku akan pergi rumah kau sendiri dan aku akan cakap yang aku dah pernah buat tak baik pada kau. Lepas tu kita terus kahwin. Tak payah tunggu 5 tahun." Katanya sambil merenung tajam ke arah aku.
"Keji!" aku bukan bayangkan apa yang dia katakan tapi aku bayangkan muka ayah yang mengamuk sebab dah malukan dia. Ya Allah, apa perlu aku lakukan ni? Sakit kepala.
"Yalah. Yalah. Aku ikut perjanjian tu asalkan kau jangan bagitau ayah aku." Kataku. Tapi aku paling tak suka syarat terakhir ni. Ngeri bila difikirkan.
"Aku tak sukalah syarat terakhir ni."
"Sebelum kahwin atau selepas kahwin?" soalnya.
"Lepas kahwin. Aku kena lahirkan zuriat untuk kau? Kalau aku tak nak camner?" aku cepat-cepat menutup mulut aku yang agak lancar berkata-kata. Dia tersenyum. Mamat ni tak penat ke senyum.
"Aku paling suka syarat ni." Katanya sambil merenung aku. Dia membuka semula pintu tersebut.
"Otak kotor!" aku tak petah lagi untuk berada di situ. Cepat-cepat aku memakai kasut. Adil sampai juga di situ dengan surat perjanjian tersebut.
"Syazwina Zul!" panggilnya.
Aku berpaling.
"Ini untuk kau. Simpan sebagai peringatan di masa hadapan." Katanya sambil tersenyum. Again!
Aku mendengus. Aku membaca isi kandungan yang ada dalam surat perjanjian tersebut. Aku lupa nak tanya motif dia nak kahwin dengan aku. Macam dalam dunia ni tak ada perempuan lain sehingga aku terpilih. Geram betul la. Siapa nama mamat ni? Mata aku ligat membaca surat tersebut dan aku jumpa juga nama beliau yang amat menyakitkan hati.
"Izz Irfan!" aku mengetap bibir. Geram punya pasal.
"Wina!" panggil sahabatku membuat aku terpinggar-pinggar. Terkejut dengan panggilan tersebut menyebabkan ingatan aku terhadap makhluk yang menyakitkan hati itu hilang.
YOU ARE READING
Cerpen : KELUARGA Vampire
RomanceKISAH KELUARGA VAMPIRE.... DANISH LIDYA HARIS (KAWAN DANISH) DAMIA (ADIK DANISH) IZZ IRFAN (ANAK DANISH) SYAZWINA (KEKASIH IZZ)