Cerpen : SV : Zaman Persekolahanku FINAL

4.2K 112 4
                                    

Hari ini hari 'Business Day'. Setiap kelas akan berniaga tetapi bukan di dalam kelas. Mereka akan berniaga di padang sekolah. Damia menjual komik-komik yang telah menyemakkan biliknya manakala Haris dengan bakat melukisnya. Dia akan melukis sesiapa sahaja dengan bayaran RM5 satu muka.

Suasana memang meriah. Lidya pula, hanya menjual nasi lemak sahaja tetapi tidak sampai sejam nasi lemaknya sudah tinggal 5 bungkus sahaja. Dia meminta umi membuatnya sebanyak 100 bungkus.

"Cepat habis nasi lemak?" tegur seorang cikgu.

"Alhamdullillah cikgu," sebenarnya Damia sudah membelinya sebanyak 10 bungkus. Memang tidak betul Damia ini.

Danish pula tidak menjual apa-apa. Dia hanya bebas berjalan di gerai-gerai.

"Kau tak jual apa-apa ke, Danish?" soal sahabatnya.

"Aku jual muka sahaja. Ramai yang nak beli tadi,"

"Poyo!"

"Eh, betul la. Ada minah tu mahu bergambar dengan aku. Jual muka la tu," jelas Danish dengan bangganya. Tiba-tiba dia ternampak Lidya.

"Jual apa gadis manis?"soal Danish.

"Nasi lemak," jawab Lidya. Danish memperhatikan bungkusan nasi lemak itu. 'Macam kenal? Oh, yang Mia semalam,' desis hatinya.

"Bagi semua!" pinta Danish.

"Semua? Ada sebungkus sahaja la. Kau tak nampak ke?" soal Lidya.

"Macam ini ke layan pelanggan?" Danish pula menyoal Lidya. Lidya tersenyum. Dia memasukkan sebungkus nasi lemak dalam plastik dan memberinya kepada Danish. Danish mengambilnya tetapi dia masih berada di situ.

"Kau ni kenapa?"

"Saja nak lepak sini,"

"Sini bukan tempat untuk melepak,"

"Suka hati aku la,"

"Kau! Kalau nak melepak, tempat lain la," amuk Lidya. Dia kurang senang dengan sikap lelaki ini. Semalam melamarnya? Memang gila.

Danish tidak mahu berganjak tetapi apabila dia ternampak kelibat seseorang. Dia melarikan diri. Rupa-rupanya Damia. Danish tidak mahu Damia tahu yang dia suka pada Lidya. Kalau Damia tahu, habislah dia kena usik selama 7 tahun berturut-turut. Malu Danish.

Danish membuka nasi lemak yang dibelinya. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang dia cukup kenali. Haikal.

"Kau tak payah sibuk dengan hal aku!" amuknya sambil menyepak nasi lemak yang Danish beli tadi.

Danish terasa berapi sahaja dalam hatinya kerana nasi lemak yang dia suka itu tidak boleh di makan lagi.

"Apa masalah kau ni?"

"Aku kena rotan dan amaran pertama. Kau penyebabnya!"

"Takat rotan sahaja, bukannya kena buang sekolah," sinis Danish. Haikal tidak boleh sabar lagi. Dia cuba menumbuk Danish. Danish mengelakkan diri dan berlari ke arah padang di tempat orang ramai. Dia tidak mahu ada rekod buruk dalam sekolah. Itu yang terbaik.

Haikal berasa geram kerana dia tidak dapat apa yang dia mahukan. Terpaksa dia pendamkan perasaan.

"Ada lagi tak nasi lemak kau," Kata Danish yang kembali ke kedai Lidya.

"Tiada," selamba sahaja Lidya menjawabnya.

"Itu..."

"Oh, itu Damia yang tempah. Ada lagi 5 bungkus. Maknanya orang lain punya," kata Lidya.

"Mia adik aku..." kata Danish sambil berbisik.

"So...?"

"So, kau boleh bagi kat aku sebungkus,"

"Tak boleh. Ini amanah Mia. Kalau nak sangat. Minta pada dia sendiri," kata Lidya sambil berlalu ke belakang gerai. Dia tidak mempedulikan Danish lagi.

'Alahai, Lidya.... Sombong betul dia dengan aku dulu. Sebenarnya itu kali pertama aku makan nasi lemak yang sedap dan umi Lidya yang buat. Kelakar betul zaman sekolah aku. Yang paling tak boleh dilupakan ialah mimpi mengarut tu. Kini Lidya sudah menjadi isteri aku. Pelbagai cabaran dan dugaan untuk aku mendapatkan dia dan cintanya. Tapi aku bahagia sekarang,' kata Danish dalam hati.

"Berangan jugak ketua Vampire ni," tegur Damia. Disebabkan geram kerana ditegur begitu, Danish mengejar adiknya sampai dapat. Harapan Danish, bahagia ini kekal selamanya. Lidya hanya melihat dari jauh sahaja dengan senyuman manis dan bahagia.

Number begin with 1,2,3...

Music begin with Do Re Mi

But LOVE begin with you and me....

Lidya Alya and Danish Aniq.

P/S : Salam... maaf jika ada kekurangan dalam cerpen ini. Maaf...cerpen ini ada berkaitan dengan 'Suamiku vampire'....mesti ada yang tidak faham jalan citernya.......

Cerpen : KELUARGA VampireWhere stories live. Discover now