Cerpen: SV : Rindunya Cinta Part 3

2.5K 77 3
                                    

THANK PADA YANG KOMEN. I LIKE KOMEN AWAK AWAK AWAK...HIHIHI OK JOM SAMBUNG BACA KISAHNYA... BOS KING KONG ADALAH GELARAN DAMIA KEPADA HARIS...NASIB KAU LA HARIS...

"Danish," Haris bersuara lembut. Dia serba salah. Dia tidak dapat nak mengawal dirinya apabila bersama Damia.

"Mia keluar dulu. Abang ada hal nak bincang dengan Haris," eh, along ni halau aku pulak. Aku pun nak tau jugak apa yang dibincangnya tapi bila along buat muka serius dengan pucatnya. Kesian pula. Aku tak jadi bersuara. Aku terus keluar.

Mereka berbincang. Akhirnya persefahaman sudah berjaya dicapai. Nasib baik Danish tak mengamuk. Syaratnya dia setuju untuk mengambil tender bahan pembinaan daripada daripada syarikat Danish. Huh! Lega rasanya. Perkara kecil ajer tu. Lagi pun syarikat Danish memang terkenal dengan kualiti bahan pembinaan yang baik. Tambahan pula Danish tu sabahatnya masa belajar di UK dulu.

*****

Bosan sungguh hari ni. Danish memperhatikan sekeliling shopping mall. Bosan. Eh, macam kenal! Alya! Isteri Danish. Aku memang dah gila bayang dengan Damia tu. Biar aku bagitau hal sebenar kepada Alya. Lidya Alya. Siap nama penuh. Nama bini orang tu Haris.

"Lidya!" aku memanggil namanya. Lidya memandangku. Dia memang dengan gayanya dari pertama aku jumpa. Dengan tudung labuhnya dan jubah. Sopan sungguh sebagai seorang isteri solehah. Sampai hati Danish menduakan isterinya yang baik ini.

"Haris," nasib baik Lidya kenal aku lagi.

"Aku nak bagitau sesuatu pasal Danish," percakapan aku terhenti. Buat suspen sikit. Muka Lidya tenang sahaja.

"Danish kahwin lagi satu," cakap aku tanpa nada. Jelas muka Lidya terkejut.

"Haris, awak jangan buat cerita. Apa bukti awak yang dia dah berkahwin lain," soal Lidya.

"Betul Lidya. Aku nampak sendiri dia berpegangan dengan seorang perempuan. Aku pun pergi tegur dia. Dia sendiri bagi tau aku yang dia dah kahwin satu lagi," jelas aku dengan panjang lebar. Lidya diam lalu meminta diri. Ah hati aku puas. Jahat jugak aku. Baik aku gi makan. Lagi sedap.

*****

Danish pulang dalam keadaan penat. Lepas solat asar, matanya akan menjadi berat. Dia terlena. Dia terbangun apabila isteri kesayangannya mengejut dia bangun. Isterinya mengajak solat bersama. Solat mahgrib dan isyak.

Dahinya dikucup syahdu oleh suaminya tercinta. Perasaannya terusik. Lidya teringat akan kata-kata Haris. Bergema di telinganya.

"Betul Lidya. Aku nampak sendiri dia berpegangan dengan seorang perempuan. Aku pun pergi tegur dia. Dia sendiri bagi tau aku yang dia dah kahwin satu lagi," tidak! Air matanya mengalir. Kecewa dengan sikap suaminya. Kasih sayang dan cintanya untuk suaminya sahaja. Sanggup Danish menduakan kasihnya.

Suaminya terasa pelik. Isterinya mengalirkan air mata seperti ada sesuatu yang menganggunya. Danish memeluk manja tubuh isterinya.

"Kenapa sayang menangis ni? Abang ada buat salah ke?" soal Danish bertalu-talu. Lidya hanya mengelengkan kepalanya. Lidya meleraikan pelukan suaminya dan melipat telekun sembahyang dan sejadah. Perasaan bimbang menguasai diri Danish. Pintu bilik diketuk dari luar.

"Abang, kak Lidya, jom makan. Mama dan papa dah tunggu tu," apasal pelik ajer hubungan diorang ni. Ada aura yang tidak best. Gaduh ke?

"Mia, jap lagi abang turun dengan kak Lidya. Mia makan dulu ye?" katanya lembut. Aku blah terus dari bilik Danish sebab aku dah lapar.

*****

Tak sanggup aku nak datang kerja. Aku ada masa seminggu lagi kerja kat situ. Ish geram betul la dengan sikap pengarah besar. Besar macam king kong. Sesuai benar la tu. Mak cik Sal, cepat la balik sini. Tanpa dikau aku diganggu oleh king kong yang ganas. Hari ni aku terpaksa mencuci tandas lelaki. Tak pernah-pernah aku cuci tandas. Tandas rumah sendiri pun orang gaji yang cuci. Aku ni betul-betul tercapai visi, misi dan matlamat untuk mencari pengalaman dan pengetahuan. Mencuci tandas pun masuk senarai aku. cuci aje la.

Aku letak benda yang warna kuning tu depan tandas, tanda orang sedang cuci tandas. Sebenarnya aku tak tahu apa nama benda alah warna kuning tu. Disebabkan mak cik Sal tak ada, aku cuci tandas tu ikut cara aku. Yelah, tak pernah cuci tandas. Aku sabun semua lantai dalam tandas tu. Aku leka betul mencuci. Sampai buih putih penuh kat seluruh lantai. Tiba-tiba seseorang masuk ke dalam tandas tu. Mesti lelaki! Memang la lelaki, ni kan tandas lelaki. Lelaki tu macam tergesa-gesa nak 'membuang' kot. Aku peduli apa. Aku terus cuci dan cuci. Bila aku nak bersihkan semua buih-buih sabun tu, lelaki tu keluar dan dia tergelincir.

"Aduh!" jeritnya. Dia gosok-gosok punggung dia yang sakit. Alamak! Pengarah besar! Habis aku.

"Damia!" tegurnya mengejut apabila ternampak sahaja muka aku. Aku hanya tersenggih. "Tolong aku bangun, Mia," pintanya.

"Tak larat la pengarah besar sebab badan besar sangat macam king kong," jelas aku. dia buat muka berkerut.

"Sedapnya mulut cakap aku king kong. Sudah! Tolong aku cepat. Seluar aku dah basah ni," katanya sambil menghulurkan tangannya. Aku serba salah. Tolong orang yang dalam kesusahan. Tak apa la. Kecemasan. Aku sambut tangannya. Dia gengam kukuh tangan aku. Aku cuma menariknya tetapi apa yang terjadi? Badan aku ditarik ke arahnya bagaikan ada magnet. Badan aku tercampak ke arahnya. Muka aku betul-betul tersembam kat dada dia yang bidang. Haris ketawa. Miang sungguh pengarah besar aku. Bila aku cuba bangun. Dia tahan aku dan saat tu mata kami bertentangan. Aku dan dia berpandangan tanpa berkelip. Bagaikan sama-sama dah jatuh cinta saat tu. Hati aku berdebar kencang. Saat dia memegang tangan aku dan menciumnya.

"Pengarah besar, tangan saya ni bekas cuci tandas. Sanggup bos cium,"kata aku. muka dia memang tak boleh tahan. Aku ketawa gila. Dia buat muka geli. Rosak adengan romantik tu. Dah la dalam tandas. Tak kena tempat betul nak mengorat aku. kalau dah miang tu, tak kisah mana-mana tempat pun.

Kami berdua cuba bangun. Akhirnya berjaya juga. Dia keluar dengan muka yang merah. Memang senang sangat nak tau muka malunya. Aku teruskan mencuci tandas dan siap juga. Dua jam aku cuci. Kesian la orang nak 'ter' dan 'ter' sebab aku kunci dari dalam tak bagi sesiapa pun masuk. Takut jadi kes macam pengarah besar. Aku minta along aku datang hantar pakaian. Yelah, baju aku habis basah dan bau busuk gara-gara dia, aku terjatuh sekali.

"Macam mana boleh jatuh ni, Mia?" soal Danish.

"Tergelincir. Mia mana pernah cuci tandas. Ini kali pertama dalam hidup," terang aku.

"Itu pasal kalau tandas rumah sendiri tu cuba la cuci. Baru la tau macam mana rasanya," nasihat Danish. Aku buat muka tak puas hati.

"Along ni, mengata Mia ni, along pernah ke cuci tandas?" soal aku. Baru nak tersenggih Danish. Itulah pasal mengata pada orang yang tidak bersalah. Cewah ni ayat pengarah besar. Pinjam jap tau.

Cerpen : KELUARGA VampireWhere stories live. Discover now