CERPEN : ISTERIKU VAMPIRE PART 3

1.5K 49 8
                                    


Sejak itu Syazwina menjadi seorang vampire yang mengejar lelaki-lelaki demi membatalkan perjanjian mengarut itu. 'Aduh! Ini mesti kes terpengaruh dengan movie twilight yang baru ni.' Syazwina mengeluh.

"Kenapalah orang tak suka aku ni?" Syazwina mengeluh lagi kuat. Apa lagi yang mampu dia lakukan.

Tiba-tiba Syazwina menggelabah. 

'Aku pelik dan sangat pelik. Kenapa tak ada orang nak suka aku? Apatah lagi nak buat aku jadi bini. Aku nak upah pun diorang tak mahu sebab ada orang upah mereka dengan bayaran yang lebih tinggi. Apa kejadah ni? Ada sebulan lagi mamat perasan bagus tu nak balik. Apa aku nak buat ni?' fikiran Syazwina buntu.

"Aku akan bayar kau lebih kalau kau sudi jadi suami aku." Kata Syazwina dengan penuh harapan. Syazwina begitu mengharap pada lelaki itu dengan pandangan matanya yang berkaca-kaca. 'Harapanku menggunung tinggi. Kau tahu tak?'

"Aku bukan tak nak terima tapi ada orang bayar aku lagi tinggi." Kata lelaki itu. 'Eh, mamat ni? Siapa yang dah tempah mangsa aku ini dulu? Asal aku cari lelaki, macam tulah jawapannya. Sungguh menyakitkan hati.' Syazwina segera meninggalkan tempat itu.

Benci bila teringat peristiwa menyakitkan hati. Syazwina teringat semasa di akhir persekolahannya. 

'Yalah sebab dia tak berani nak datang rumah aku tapi pada hakikatnya aku yang takut kalau dia berani datang rumah aku. Habis aku kena belasah dengan ayah.'

"Ingat, lima tahun lagi kita akan berkahwin. Kau jangan cuba nak lari dari aku." Pesan Izz Irfan. Pandangannya masih pada Syazwina. 

'Tak jemu ke asyik tengok muka aku?' Syazwina bertanya sendirian.

"Kau ingat aku ni atlet olahraga ke? Nak lari-lari. Aku ni sekadar altlet bola baling. Bahagian penyerang. Kalau kau nak rasa, boleh aje." Kata Syazwina yang sudah berasa amat geram. 

'Apa kejadah aku nak lari? Tak perlu lari sebab aku akan buat juga. Tak nak kahwin dengan kau!'

"Kalau kau penyerang bola baling, aku pula penyerang ragbi. Nak cuba tak? Tengah ganas ni." Kata-kata Izz Irfan sentiasa mampu membuat Syazwina terdiam.

'Baru-baru ini aku ada juga tengok pemain-pemain ragbi. Badan besar-besar. Pertandingan peringkat negeri tu buat di sekolah aku. Sempat juga aku perhatikan bakal suamiku ini bermain. Mak ai, bergaya habis, hati aku berdebar-debar melihat gayanya yang amat bergaya. Bermain tanpa memakai cermin mata skemanya. Dia lebih kacak begitu.' Sempat lagi Syazwina memuji.

Lepas itu Syazwina mengamuk dengan diri sendiri sebab dia menjadi teman setia duduk ditepi padang sehingga habis pemain wakil sekolahnya bermain. Dan yang paling dia geruni kerana mampu membuat jantungnya gugur ialah saat lelaki skema itu pandang ke arahnya dengan senyuman yang berunsur-unsur kejahatan sebab pemain ragbi sekolah kami juara dalam permainan akhir untuk tahun ini.

'Buat apa aku tunggu lagi. Baik jangan lama-lama kat situ.' Syazwina terus meninggalkan kawasan padang tersebut. Sanggup ponteng kelas semata-mata mahu melihat mamat skema itu bermain Ragbi. Tanpa Syazwina sedar ada perasaan istimewa muncul dalam hatinya.

"Terdiam pula kau. Aku tahu aku sangat bergaya. Janganlah pandang lama-lama." Wajah Izz Irfan mula berpeluh. Syazwina sendiri tidak pasti mengapa begitu.

"Perasan aje lebih. Ala, aku boleh berlakon jadi awek kau. Tak perlulah kahwin-kahwin ni." Syazwina cuba memujuk.

"Berlakon?" wajah lelaki itu kembali tenang. Tidak seperti tadi seakan sakit perut sahaja lagaknya.

"Aku ni pelakon terbaik heroin..." Kata Syazwina memujuk diri sendiri.

"Dan aku pelakon terbaik hero. Kau jangan nak mengarut. Perkahwinan ini tetap akan terjadi." Balas Izz Irfan dengan tegasnya.

"Okay tapi kenapa kau pilih aku?" Tiba-Tiba persoalan itu muncul. 'Nasib baik aku teringat nak tanya perkara paling penting ni.'

"Sebabnya..... malam pertama nanti kau akan tahu." Dia tersengih. 'Muka tak tahu malu. Malam pertama pula. Menyampah aku. Tak padan dengan budak. Eh, umur dia dah 19tahun! Lainlah aku ni masih bawah umur, baru 17tahun.'

"Dahlah!" kata Izz Irfan sambil berdiri. "Kau tetap jadi milik aku. Itu pasti!" katanya lagi sambil membetulkan cermin mata skemanya.

"Maknanya kau suka aku. Itu sebab kau nak sangat aku jadi bini kau kan?" Syazwina cuba meneka. Dia beritahu Izz Irfan mengenai pendapat yang agak bernas ini tetapi dibalas dengan gelak ketawa yang begitu mendebarkan hati wanitanya.

Izz Irfan merenung gadis itu dengan senyuman yang sentiasa membuat Syazwina tidak senang duduk pada hakikatnya.

"Mungkin.." kata mamat itu. Syazwina menjerit sekuat hati.

"Mamat poyo!!!!" Geram sungguh rasanya.

'Benci aku nak ingat perkara tu. Sakit jiwa dan ragaku.'

Syazwina berjalan sekejap ke kiri dan patah balik ke kanan.

"Aduh, kepala aku sudah pening. Sebulan. Dalam masa sebulan ni. Aku tak dapat nak fikirkan secara waras. Walaupun Izz dah meminang aku dan ayah menerimanya tetapi aku ada hak nak kahwin dengan lelaki yang aku cintai. Apa yang patut aku buat ni?" fikiran Syazwina buntu. Bertambah buntu apabila teringat peristiwa-peristiwa yang wujud antara dirinya dengan mamat tersebut. Alam sekitar dihadapannya dipandang sepi sahaja.

Cerpen : KELUARGA VampireWhere stories live. Discover now