"Hahaha Akulah Vampire yang paling menakutkan!" Kata Danish sambil ketawa terbahak-bahak. Dia memakai kot putih sambil memegang sekuntum bunga raya. "Ria, jangan salah tulis. Bunga ros la," marah Danish. "Sorry..." kedengaran lagu 'Sorry sorry sorry' yang dinyanyikan oleh kumpulan 'Super Junior'. Artis korea.
Danish memakai kot putih sambil memegang sekuntum bunga ros merah. Lagaknya seperti dalam anime 'Vampire Knight'. Ketawanya semakin galak apabila melihat seorang gadis yang dalam tawanannya. Gadis itu sedang lena di atas katil yang penuh dengan kelopak bunga ros merah. Dia berambut panjang dan berbaju tidur putih. Wajahnya memang cantik.
"Aku culik perempuan ni kat rumah dia malam tadi. Jahat tak aku?" kata Danish dan menyambung ketawanya semula.
Danish baring sebelah gadis itu. Tangannya sudah berada dileher si cantik. Tiba-tiba tangan perempuan itu menampar pipinya dan menyebabkan Vampire yang paling menakutkan itu jatuh katil.
"Kedebuk!" Danish jatuh dari kerusinya. Danish mengucap panjang.
"Aku mimpi rupanya. Kenapalah teruk sangat mimpi aku? Macamlah aku ni jahat sangat," dia berkata bersendirian.
Danish Aniq sedang berehat di taman sekolah. Itu tempat kesukaannya kerana boleh tidur tanpa ganguan. Apabila dia ingin memejam matanya semula, datang seorang gadis yang amat dia kenali.
"Ada apa nak jumpa Mia ni, Abang?" Damia buat muka malas. Di sekolah tiada siapa yang tahu mengenai hubungan adik-beradik ini.
"Abang nak tanya, kenapa Mia nakal sangat kat sekolah? Jaga sikit imej abang," kata tegas Danish.
"Jaga imej? Buat apa nak jaga? Mereka semua bukannya tahu hubungan kita," kata Damia pula.
"Kalau mereka tahu, malu abang yang ada adik yang lebih nakal daripada abangnya,"
"Banyak la nakal. Abang ni popular sangat ke kat sekolah?" soal Damia. Dia masih berdiri di depan abangnya sambil berpeluk tubuh.
"Mestilah popular. Kalau abang masuk carta pun, nombor satu selama setahun tau," jelas Danish berbangga.
"Setahun ajer," selamba Damia berkata.
"Memanglah setahun aje. Dah abang tingkatan 5, setahun aje lagi di sini. Mia ni pun," geram Danish melihat adiknya ini. Hendak melawan cakap dia sahaja.
"Abang, walapun Mia ni baru tingkatan 4, abang janganlah nak kelentong Mia,"
"Ala, nasib baik aje tu. Padahal umur baru 15 tahun,"
"Suka hati kita la!"
"OK. Abang kelentong apanya?" berkerut dahi Danish.
"Abang tu, tubuhkan kumpulan haram," selamba sahaja Damia berkata.
"Kumpulan haram? Mana ada haram? Kumpulan Halal lagi suci," sebaris gigi milik Danish ditayangkan pada adiknya.
"Yelah halal," Damia tidak percaya. Tiba-tiba kepalanya menjadi mangsa sekehan abangnya.
"Sakit la!" Damia mengadu kesakitan. "Teruk punya abang!" amuk Damia lagi. Dia terus meninggalkan Danish.
Damia pulang ke kelas semula untuk mengambil dompetnya yang tertinggal. Puas dia mencarinya tetapi tidak jumpa. Dompet itu hadiah daripada Danish. Dia memang menyukai dompet tersebut. Hampir menangis dia.
Bahu Damia di cuit oleh seseorang. Damia berpaling. Dia tidak mengenali gadis yang rambutnya ikat satu itu.
"Tadi akak ada nampak seseorang yang ambil dompet adik," jelasnya. "Akak nak kejar tapi tak sempat," jelas Lidya lagi.
YOU ARE READING
Cerpen : KELUARGA Vampire
RomanceKISAH KELUARGA VAMPIRE.... DANISH LIDYA HARIS (KAWAN DANISH) DAMIA (ADIK DANISH) IZZ IRFAN (ANAK DANISH) SYAZWINA (KEKASIH IZZ)