Bab 33 - Balik Malaysia

653 19 0
                                    

- Mel's POV-

It's good to be back home!

Aku terus merebahkan badanku ke katil. Arhhh bestnye....

Happy sangat bila dah habis belajar ni. Mama laa yang paling happy sekali. Yelaa aku kan dah tunaikan harapan dia nak aku belajar sampai Master. Jangan pasni dia suruh aku amik PHD pulak sudah! Masaklaa nak belajar sampai ke tua....

Apa plan lepas ni ye? Nak kerja ke...? Aku mengubah posisi baring ku ke meniarap. Aku peluk bantal tidurku sambil aku pintal-pintal hujungnya.

"Kak Mel!!"

Semerta jantungku rasa lemah dek sergahan Zach yang entah bila dan dari mana datangnya kat dalam bilik aku ni.

Bodoh punya Zach!

Aku terus baling bantal ku ke mukanya "You stupid little punk...!"

Zach menyambut bantalku sambil tergelak-gelak melihat gelagat aku.

"Alaa... jangan laa marah! Zach rindu akak ni...tau tak?" Zach terus duduk disebelah ku.

Aku terus meraba-raba rambut Zach bagi serabai sikit. "Kau ni kalau tak kacau aku tak sah kan..?"

"Alaa ape ni kak Mel! Zach bukan budak-budak lagi ah!" Zach menolak tanganku dan terus membetul-betulkan rambutnya.

"You will always be my sweet little brother...." Aku semacam menyanyi, saja menyakat Zach. Dia ingat dia sorang je boleh sakat orang? Dan kami terus tertawa.

"What's your plan tonight...?" Zach bertanya kepada ku.

"Plan?" Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. "Entah...takde plan pape pun... Aku baru sampai kot! Jetlag pon tak hilang lagi ni... Aku nak tidur awal...." kataku lagi lalu kembali berbaring.

Itulah plan aku malam nanti. Aku senyum.

Tapi.... lain pulak jadinya. Sekarang, tiba-tiba pulak aku dalam kereta bersama Zach.

"Can you just tell me where are we heading to..?" Aku bertanya lagi. Zach beria-ia nak bawak aku ke suatu tempat, katanya nak tunjukkan aku sesuatu. Haiii adik sorang ni, macam-macam perangainya.

"Alaa Kak Mel ni... ikot je la! You will find soon..."

Aku mengeluh lagi dan membiarkan Zach membawa keretanya. Ke mana laa dia nak bawak aku ni? Aku tengok jam ditangan, dah hampir 9malam. Hancur rancangan asalku nak tidur awal malam ni.

Selepas beberapa ketika, aku menyedari yang Zach menuju ke kedai Nate. Really?

"Are we meeting Nate, tonight?" Dahiku berkerut kerana Zach telah pun parking keretanya di area kedai music Nate. "Seriously, Zach??" Aku tarik tangannya. "Dia tak tahu yang Kak Mel dah balik sini la! Aku bagitahu dia aku maybe balik minggu depan..."Aku menjelaskan lagi.

Zach cuma mengangkat keningnya dan bahunya dengan pandangan itu-aku-tak-tahu.

Dan dia terus keluar dari keretanya.

"Zach!! Wait!!" Aku tergesa-gesa mahu keluar juga tapi tersangkut dengan seat bealt ku yang belum dibuka lagi. "Damn it!" Aku gopoh-gopoh membuka seat belt yang dipakai dan kemudian pantas membuka pintuku.

"Zach!!" Aku menjerit lagi sambil berlari mendapatkannya.

"Adoiii Kak Mel ni... ikut je la! Zach nak tunjukkan sesuatu laa! I bet Kak Mel mesti terkejut nanti..."

Mukaku meminta penjelasan lebih darinya. Sungguh aku tak paham. Nak tunjuk apa budak ni??

Melihatkan aku yang agak lambat bergerak, Zach terus menarik tanganku. Menggesa supaya aku bergerak pantas sedikit.

The Story of That Lady & A Man (#COMPLETED)Where stories live. Discover now