Bab 46 - Jangan Kacau

1.6K 14 0
                                    

-Mel's POV-

Hari ke 10...

"Sayang, I nak pergi dulu...."
Aku dapat dengar Carl melaung dari depan.

"Wait! Your breakfast!" Tergopoh-gapah aku berlari kedepan membawa bekal breakfast untuk Carl. Aku terlewat bangun pula pagi ni.

Carl senyum melihat aku.

"Sayang... it's okay kalau you tak buatkan I breakfast pun. You don't have to do this.."

"Haipp! Siapa cakap...? I kan isteri you, so it's my responsibility untuk siapkan you semua ni, isn't it?"

Aku senyum pandang Carl. Rasanya, aku dah terbiasa menyediakan semua ini untuk Carl dari hari pertama lagi.

We'll end this soon. Lepastu, tak tahu macam mana nanti jadinya....

Carl seakan tergamam, memandang mukaku seolah-olah ada sesuatu yang bermain difikirannya. Kemudian riak wajahnya bertukar menjadi sebuah senyuman indah.

"Thank you..." Carl mengusap-usap rambutku, seperti kebiasaan. Aku kemudian mensalam cium tangannya sebelum dia melangkah keluar menuju ke keretanya.

Aku cuma menyoroti kelibat Carl dan keretanya sehingga hilang dari pandangan ku. Kemudian, aku menutup pintu dan kembali semula kedalam.

________________________________________________________________________________

-Carl's POV-

"Sayang, I nak pergi dulu...." Aku melaung sebaik turun dari tangga dan menuju ke pintu hadapan.

"Wait! Your breakfast!" Aku terdengar Mel menyahut dari dapur. Kemudian aku lihat dia tergopoh-gopoh berlari ke depan dengan bekalan sarapanku.

Aku tersenyum melihat Mel tentang betapa dia bersusah payah menyediakan aku sarapan tanpa miss selama 10 hari ini. Aku hargai sangat-sangat layanan baik yang dia berikan kepadaku.

"Sayang... it's okay kalau you tak buatkan I breakfast pun. You don't have to do this.." Aku memberitahu lagi.

"Haipp! Siapa cakap...? I kan isteri you, so it's my responsibility untuk siapkan you semua ni, isn't it?" Mel tersenyum memandangku lagi.

I wish we can stay like this forever... You are so good as a wife, Mel...can't you feel this? How can you treat me better now knowing thay you will be leaving me soon...?

Siapa sangka bahawa tempoh 30 hari akan berlalu dalam masa 20 hari lagi, dan selepas itu akan tiada lagi rumah tangga kami. I wish that day will never come... Tak boleh kah Mel ubah fikirannya? Tak bolehkah dia batalkan sahaja semua ini? Tak bolehkah dia terus kekal sebagai isteri aku? Tak terasa kah dia dengan perbuatannya ini? Dengan cara dia melayan aku dengan baik seperti ini? Dan kemudian akan meninggalkan aku? Tak terasa kah dihatinya walau sedetik...?

Perlukah aku sujud merayu kepada Nate? Mengetahui bahawa lelaki itu satu-satunya harapan terakhir yang aku ada. Perlukah aku berjumpa dengannya? Demi kepentingan diriku...??

Melihat Mel masih didepanku, aku cepat-cepat membuang segala yang bermain difikiranku. Kemudian laju aku menghadiahkan sebuah senyuman indah untuknya.

"Thank you..." Aku mengusap-usap rambut Mel seperti kebiasaan. Kemudian dia mensalam cium tanganku sebelum aku bergerak ke tempat kerja.

Aku terus memandu keretaku ke ofis.

Perasaanku berkecamuk, ada happy, ada resah, ada kecewa, ada bahagia, ada sedih, macam-macam rasa. Mel... Perempuan itu, dialah racun dan dia jugalah penawar.

Sampai di pejabat, aku terus menuju ke bilikku. Melihat apa jadual untuk pagi ini dan memastikan semua fail-failku sudah tersedia untuk meeting pukul 10pagi nanti.

The Story of That Lady & A Man (#COMPLETED)Where stories live. Discover now