Bab 22 - Senyap...

1.2K 27 3
                                    

Bab 22 - Senyap...

-Nate's POV-

Tak tahu apa yang aku rasa sekarang ini. Fikiran aku agak serabut, tetapi alu sendiri tak pasti kenapa aku rasa serabut. Lantas aku memainkan note piano mengikut apa yang hatiku rasa sekarang ini. Sebentar muziknya berbunyi rancak, kemudian perlahan, kemudian kuat dan entah...!! Aku tak rasa harmoni langsung didalam lagu ini! What's wrong with me?!

Aku meraup rambut ku ke belakang, kemudian melepaskan keluhan resah.

Jari-jemariku memetik lagi note disebelah kanan sambil tangan kiriku menopang dahiku di atas dashboard piano tersebut.

Aku tersentak saat iPhone ku berbunyi. Aku teliti nama yang tertera di skrin namun kecewa melihat bukan nama orang yang aku harapkan muncul disitu. Aku membiarkan sahaja iPhone ku berbunyi-bunyi. Malas nak angkat! Walaupun aku rasa mungkin customer yang call, aku buat tak peduli sahaja.

Alaa... Aku boleh call balik nanti...

Damn.... sumpah aku rasa tak senang duduk sekarang ni. Aku kemudian memainkan lagu yang pernah aku mainkan bersama Mel dulu.

".....Same bed but it feels just a little bit bigger now.... Our song on the radio but it don't sound the same...When our friends talk about you, all it does is just tear me down....'Cause my heart breaks a little when I hear your name...."

Why isn't she calling me..? Or at least texting me?

Bila aku terkenangkan sahaja Mel, aku jadi tak keruan. Lately ni, dia macam menjauh dengan aku.

Aku sengih.

Lately? Baru dua hari je kot yang dia lain macam!

Aku menghela lagi nafas resahku. Semua lagu yang aku mainkan terasa semuanya seperti tak kena.

Aku ambil iPhone ku lantas aku check semula whatsapp yang aku hantar kepada Mel. Sejam yang lepas.... Tak berbalas... Bukan tu sahaja, message-message yang sebelum ni pun dia tak balas. Bila aku call, dia tak angkat pulak. Ada pun yang semalam tu laa. Katanya tengah seronok ikut trip melancong dia tu. Itu last aku contact dengan dia.

Hari ini, sepatah huruf pun dia tak balas. Call pun tak berangkat-angkat.

Kenapa ni....?

Aku merungut-rungut lagi di dalam hati. Aku kemudian lantas mendail nombor Zach. Kot-kot dia ada dengar apa-apa pasal Mel.

"What's up bro...?" kedengaran suara Zach dihujung talian menyambut panggilanku.

"Busy ke...?" Aku bertanya.

"Takdelaa.... tengak tengok-tengok tv je ni..." Zach membalas.

"Zach, kakak kau ada call?" Aku terus straight to the point.

"Kak Mel...? Takde pulak.... Why?"

Dan aku tau Zach kedengaran macam pelik bila aku tanya dia macam ni.

"Entahlaa.... dia senyap je ni sejak dari semalam.... Aku call tak berangkat... message pun tak reply.... Risau aku!" Aku menyatakan kerisauanku pada Zach.

"Dia bukan gi bercuti ke sekarang ni?" Zach terus bertanya.

"Yelaa, sebab tu aku risau....Kot-kot jadi pape ke kat dia... Selalu dia tak macam ni pun...."

Aku kemudian duduk di sofa yang memang sedia ada dibilik ini, melabuhkan badanku sambil aku letak sebelah kaki ku ke atas meja kecik didepan ku.

"Dia tengah busy sangat la tu... Come on man.... woman kan? Kalau dah dapat berjalan tu, memang tak ingat ape dah....Alaa, ko takyah nak risau sangat laa... Nanti mesti dia call ko balik punya....."

The Story of That Lady & A Man (#COMPLETED)Where stories live. Discover now