Bab 26 - Bunga-Bunga Indah Berguguran

1.2K 25 2
                                    

Bab 26 - Bunga-Bunga Indah Berguguran

-Nate's POV-

Telingaku khusyuk mendengar setiap apa yang mula diceritakannya. Aku masih lagi kaku ditempat dudukku. Mataku tak lepas dari menatap wajahnya, mendengar dan memberi perhatian setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya.

Kuat ke aku untuk mendengar semua ini?

Aku mendengar cerita Mel dari mula mereka bertemu di sini, sehinggalah sekarang ni Mel sedang bercerita mengenai mereka habiskan masa di Bonorong Wildlife Sanctuary, melihat hidupan liar dan hampir pupus yang masih lagi dijaga dengan rapi. Aku mendengar tentang betapa happynya mereka melihat kangaroo, memegang koala, melihat wombat dan juga memberi makan kepada Tassie Devil. Mel juga tunjukkan gambar-gambar mereka disitu.

Seriously? Aku boleh tahan lagi...??

Aku mengangguk kepada setiap cerita yang Mel bualkan. Ada masanya dia ketawa, dan ada masanya tiba-tiba dia menangis. Aku tak sangka yang Carl betul-betul sangat bermakna dalam hidup dia. Ya, aku boleh katakan melalui caranya bercerita.

-Mel's POV (Flashback)-

"Now your smell is just like one of them..." Aku memberitahu Carl dengan nada bergurau sewaktu kami berjalan menuju ke bas.

Aku lihat Carl mencium kiri kanan bajunya, kemudian dia sengaja mendekatiku dan meneruskan menghidu.

"I guess the smell is coming from you..." Carl membalas betul-betul ditelingaku.

"Shut up!" Aku tolak Carl dan dia terus ketawa nakal. Its quite fun back there in the sanctuary. Well, memang ini first time aku pergi tempat macam ni. Even dekat Malaysia dulu pun, seingat aku laa, sepanjang hidup aku, pernah sekali je aku pergi Zoo negara, itu pun sebab rombongan sekolah!

"Where are we heading to?" Carl bertanya lagi sebaik kami sudah duduk ditempat kami di dalam bas.

"You ni memang tak pernah baca itinerary eh?" Aku bertanya geram.

"Nop! I don't need to read it as long as you ada dengan I...."Carl tersenyum disebalik topi yang dipakainya. Dan aku? Hurm..rolling eyes laa!

"Malam ni and malam esok kita akan menginap di Grand Chancellor Hobart. Takde grup aktiviti malam ni, bebas...." Aku menjelaskan lagi sambil membelek-belek itinerary trip kami.

"Same room again?" Carl mendekat dan tiba-tiba nada suaranya bertukar nakal.

"Ugh...! Boleh tak you jangan start dirty minded?" Aku mendengus geram dan aku tarik kuat-kuat hidung Carl ni. Aku kemudian dapat dengar Carl menjerit kecil.

"I tak fikir bukan-bukan pun! You yang fikir macam tu.... I tanya je kan?" Carl mempertahankan dirinya. Kemudian dia tertawa sendirian.

"Yeah right......" Aku palingkan mukaku.

Hotel Grand Chancellor Hobart...

Selesai sahaja Carl mandi, aku kemudian mengambil turn ku. Awal-awal lagi aku pesan kepadanya aku nak berendam lama sikit dalam bath tub. Dan Carl juga beritahu aku dia nak keluar sebentar. Jadi bolehlah masa ini aku gunakan untuk rilexkan diri berendam dalam buih sabun. Oh best! Aku senyum sendirian.

Dari dalam bilik air, aku dapat dengar pintu bilik dibukak.

"Still not done yet?" Carl separa menjerit dari luar. Ingatkan siapa la tadi.

"Why? You nak guna bilik air ke?" Aku pula menjerit dari dalam.

"Nop! I nak turun bawah balik. Lots of girls there!"

Dan aku dapat dengar Carl ketawa. Dasar lelaki! Kemudian aku dengar pintu ditutup kembali. Carl dah keluar balik agaknya. Seriously betul dia nak pergi cuci mata?? Hurmm...sukati kau la, labu. Baik aku berendam kat sini, lagi bagus!

The Story of That Lady & A Man (#COMPLETED)Where stories live. Discover now